Ulasan Buku: Gadis-Gadis Badut

G_Gbadut

Kecantikan adalah aset yang paling penting buat Azi dan Maz. Mereka sangup menghabiskan masa yang agak lama di didepan cermin bagi memastikan diri mereka  sentiasa kelihatan cantik. Pernah sekali mereka di denda oleh Cikgu mereka kerana terlalu lama berdandan di dalam tandas ketika waktu kelas. Mereka juga tekenal dengan kenakalan dan kedegilan masing-masing. Ada saja agenda yang akan dibuat bagi mengenakan Junaidah, budak perempuan berkaca mata besar persis watak Betty dalam filem ‘Ugly Betty”. Namun Jun tetap sabar walaupun sering diganggu Azi dan Maz. Jun nekad untuk memenangi  Pertandingan Ratu Kebaya yang di adakan di sekolah, begitu juga Azi dan Maz. Dalam masa yang sama, Jun sering menerima surat misteri yang dikirimkan tanpa nama kepadanya. Siapakah pengirim misteri itu? Siapa juga yang akan memenangi  pertandingan ratu kebaya? Apakah yang akan terjadi seterusnya? Semuanya terdapat di dalam Gadis-gadis Badut keluaran Karnadya…

Novel remaja keluaran karnadya ini amat sesuai untuk dibaca oleh golongan awal remaja dan remaja. Susun atur jalan cerita juga teratur dan menarik untuk dibaca. Dapatkan novel remaja Gadis-gadis Badut di portal kami. Selamat membaca!!!

Kategori: Novel Remaja

Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Harga: RM 5.99

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/146