[REVIEW] Cerita Abang e-Hailing

Cerita Abang e-hailing oleh Shah Othman

“Sir, can I ask you something?” Tiba-tiba passenger dari Pakistan yang duduk sebelah saya ni bertanya.

“Sure you can.” Jawab saya.

“Where are you coming from, sir?”

“From Penang. Why?”

“Because your face look like Shah Rukh Khan.” Katanya.

Meletus tawa kuat saya dalam kereta tu.

Ni apa pula main puji-puji? Nak saya bagi diskaunlah tu.

~ ~ ~ ~ ~

“Jika ingin melihat warna warni kehidupan pemandu e-hailing dari kaca mata seorang pemandu lelaki, coretan ini adalah pilihan yang tepat. Banyak pengetahuan dan pengalaman bersama rider (penumpang) telah dikongsikan di sini. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar serta pengajaran yang selama ini kita mungkin terlepas pandang dari sudut sebagai seorang rider mahupun sebagai seorang pemandu.”

– Nurdilla Zaini

Pemandu Grab &

Penulis buku Grab Me-Lah!

~ ~ ~ ~ ~

“Daripada kisah pertama sehingga yang terakhir, banyak ketika saya mahu senyum atau memang tersenyum. Pelbagai kisah lucu dipaparkan, kisah benar pemandu e-hailing.

Penceritaan yang ringkas, santai dan bersahaja. Tetapi banyak yang dapat dipelajari. Sungguh, dimensi kehidupan ini berbagai untuk diterokai.”

– Web Sutera

Penulis novel &

Pengusaha katering Negeri Sembilan.


Buku ini memaparkan himpunan kisah-kisah pendek. Ringkas tapi straight to the point. Saya senang hati baca ebook gaya begini. Dan dapat baca dari point-of-view seorang pemandu Grab yang menjadi pencerita adalah sangat seronok. Mungkin lepasni boleh baca tentang penghantar makanan Grabfood atau Food Panda? Sekadar cadangan hehehe sebab mungkin mereka pun ada macam-macam cerita yang boleh diceritakan.

Back on track, ada macam-macam kisah yang mempunyai pelbagai tujuan kenapa ia diceritakan. Ada cerita yang lawak, ada cerita yang membuatkan kita geram dengan gerangan manusia, ada cerita yang membuatkan kita rasa ‘ini rupanya yang dilalui oleh pemandu Grab’. Dari mula sampai ke penghabisan ebook saya terleka membaca. Tahu-tahu je dah habis. Dan tak ambil masa yang lama pun untuk baca seluruh ebook. Dengan harga RM8.65 bagi saya tidaklah mahal kerana harganya yang mampu milik. Dan ebook ini pun bahan bacaan ringan. Sesuai untuk semua peringkat usia.

Link untuk pembelian ebook ini tertera di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/340608/CERITA-ABANG-E-HAILING’

[REVIEW] I Love You 3000

I Love You 3000 oleh Nurshaza

Abang. Tak semua orang dapat abang yang boleh dijadikan tempat bermanja dan meminta perhatian. Biasanya seorang abang akan layan adiknya dengan cara tersendiri.

“Eh! Budak, kau tak payah nak berabang-adik sangat, eh. Geli aku dengar. Kau dah lupa ingatan ke lepas empat tahun terlepas dari sangkar? Aku kan suruh kau guna panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ saja. Tak ingat?” – RAYYAN HUSAINI

“Ya. Ingat. Tak payahlah nak tarik rambut aku. Semak ah! Balik-balik je nak kena hadap muka kau yang macam buaya bergerutu ni!” –  NUR AAZEEN RAIHANA

Semakin lama hidupnya semakin terumbang-ambing akibat rancangan abangnya itu. Dan, dia sendiri pun tak tahu apa salah dia sehinggakan Rayyan Husaini bertindak sedemikian. Sampaikan satu hari, maruahnya dipijak-pijak begitu saja tanpa belas kasihan. Dari situ, dia tekad untuk pergi dari hidup lelaki itu. Dia tak mampu lagi untuk bertahan. Dia mengalah supaya keadaan tidak menjadi bertambah teruk.

“Aku tahu, tak semudah itu kau nak maafkan aku. Aku ingat lagi kata-kata kau. Kalau aku menangis air mata darah sekalipun, kau tak akan maafkan aku. Tapi aku nak minta maaf jugak dekat kau sebelum kau pergi dari hidup aku.” – RAYYAN HUSAINI

Siapa sebenarnya dia pada Rayyan Husaini? Apakah ikhlas lelaki itu memohon maaf kepadanya? Tapi, kenapa tiba-tiba?


Helaian demi helaian yang admin selak, admin rasa geram sangat dengan permainan watak-watak antagonis dalam novel ni. Dan banyak juga adegan bertumbuk dan tampar-menampar dalam novel ni. Buku ni agak berat dari segi ujian yang perlu heroin lalui. Lelaki demi lelaki datang dalam hidupnya tapi tak ada siapa yang boleh membahagiakan kerana mereka memilih untuk mengecewakan Aazreen.

Kalau dibaca dari sinopsis, rasanya macam si abang a.k.a Rayyan adalah heronya. Bila admin baca, admin tak tahu siapa yang akan jadi hero. Admin sangka kan novel ni menceritakan tentang heroin dan abangnya sebab tak macam tak nampak kemungkinan mereka akan jadi pasangan pada permulaan cerita. Tapi kemudian mereka disatukan. So, yep. Novel ini berkenaan Aazreen dan abang angkatnya, Rayyan. Towards the end of the story, admin tak puas hati part bonda dan baba yang langsung tak diketengahkan. Nama bonda dan baba hanya disebut-sebut tanpa ada direct interact antara baba, bonda, Aazreen dan Rayyan. Tapi overall, superb!

Novel ni seronok bagi admin kerana admin rasa 1001 rasa dari karya ni. Rasa sedih dan marah terutamanya. Sesuai nak baca masa tengah emo. Tak rugi baca!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/340110/I-Love-You-3000

[REVIEW] Suami Terpaksa Rela

Suami Terpaksa Rela oleh Aulia Iman

Hasif Fikran, dia semakin hilang sabar dengan sikap si ibu. Melakukan kerja amal dan sukarela memanglah pekerjaan yang mulia. Tetapi yang tak bagusnya, si ibu suka benar menjadikan kediaman mereka sebagai transit sementara golongan sebegitu. Dia tak suka, dia hilang privasi.

Namun tiada siapa menduga, kewujudan Miranda Keysa telah menjadi punca keluarga itu berantakan.

Kerana perbuatan khianat pembantu rumah yang paling dipercayai, Hasif ditangkap khalwat dengan Miranda. Sementara itu pula, Puan Sri Dahlia tak putus menerima kecaman demi kecaman. Tekanan dari pelbagai sudut serta kewujudan satu petisyen mendesak dia meletak jawatan, mula tersebar. Kemasyuran Puan Sri Dahlia dalam kerja-kerja amalnya padam begitu sahaja. Beliau tersingkir dan terbuang. Akhirnya Puan Sri Dahlia tersungkur juga. Kesihatan merosot dan beliau terlantar tidak lagi berdaya.

“Kau kena kahwin dengan dia. Biar dia yang jaga mama.”- Khalif

“No! aku takkan turut kehendak kau along.”- Hasif

“Kau jangan nak pentingkan diri. Papa macam mana? Kau nak biar papa pula kena tangkap khalwat dengan perempuan ni?”- Khalif

Keadaan menjadi punca Hasif menjadi suami terpaksa buat Miranda demi merelakan kebajikan si ibu terus terbela.

Setiap hari melihat Hasif, Miranda rasa hatinya sudah terpaut lalu pengakuan itu diperdengarkan kepada si suami.

“Saya sayang awak, Encik Hasif.” –Miranda

“Kenapa mesti kau sayang orang yang tak sayangkan kau?”- Hasif

Kerana ditolak mentah-mentah, Miranda lari bawa diri. Dia malu dan mula tanam rasa benci pada Hasif. Tapi yang agak peliknya, Hasif pula muncul nak berbaik. Entah kenapa? Pasti ada sebab.

“Baru sekarang mengaku isteri? Kenapa, Dayana dah tak mahu dengan awak ke?” –Miranda

“Dayana mahu je dengan abang. Tapi abang yang jual mahal.”- Hasif

Walau Miranda tayang wajah beku, isterinya tetap tergelak bila dia buat lawak. Cuma mulut kata tak mahu, hati Miranda siapa yang tahu?

Ikuti kisah mereka dalam SUAMI TERPAKSA RELA.


Selesai jua membaca karya Aulia Iman yg ini. Dalam naskhah ni, penulis mengetengahkan watak Miranda yang ibunya seorang banduan kerana didapati bersalah menjual/menyimpan dadah macam tulah. Miranda ni menjadi gelandangan dan terpaksa dipaksa bekerja di kelab sebab orang cari dia untuk bayar hutang mak dia (berkenaan dadah). Miranda baik dan pandai. Baru berumur 18 tahun dan ditemui oleh Puan Sri Dahlia lalu mak si Hasif ni bantu Miranda.

Hasif tak suka dengan Miranda sebab dia suspicious dengan gelandangan. Ada background buruk, sikap pun mungkin entah apa-apa dan mengaharapkan bantuan orang sahaja. Memang Hasif benci dan selalu lemparkan kata-kata kesat kat Miranda. Kemudian mereka dipaksa berkahwin dan Miranda menjaga Puan Sri Dahlia yang sakit ketika itu.

Entah macam mana, Hasif terpaut pada Miranda. Paling nampak momentum mereka berubah semasa Hasif sakit sebab accident. Time tu Miranda dah berbulan tak jumpa Hasif sebab tengah semester dan pulang semasa cuti semester sebab Hasif accident. Dayana iaitu girlfriend Hasif pulak curang dan langsung tak melawat Hasif sampailah satu hari di mana hari itu hari yang sama Hasif memutuskan perhubungan mereka. Dan sejak dari tu, hubungan Hasif dan Miranda semakin pulih.

Bagi admin, cerita ni santai saja. Konflik pun common, biasa dah kita baca. Tapi, banyak pengajaran yang boleh diambil. Kita siapa nak menghina dan merendahkan maruah seseorang walau apa pun asal-usul dia. Dan kesilapan mak ayah kita tak menggambarkan itulah kita. Gituh. Dapatkan ebook percuma ini menggunakan link di bawah ya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/339776/Suami-Terpaksa-Rela

[REVIEW] Perempuan Tepi Jalan

Perempuan Tepi Jalan oleh Wardina Aisyah

Dia tidak mahu berpaling lagi. Walaupun dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan, dia nekad. Dia harus pergi dari dunia itu. Cukuplah selama ini dia menjadi hamba nafsu lelaki bernama Datuk Rizlan. Dia tidak mahu terus hidup bergelumang dosa seorang penzina.

Saat kaki berlari pergi, nyawanya hampir melayang. Di sinilah dia dipertemukan dengan seseorang yang telah menyelamatkannya. Membawa dia ke dunia baharu. Dunia yang akhirnya memerangkap seorang Maya Adriana untuk terus duduk di dalamnya.

“Marry me.” – Ferdaus

Maya terperangkap. Kisah silam yang masih memburu membuatkan dia keliru dengan kehendak hati. Dia kotor. Dia hina. Dia sudah lama hilang maruah diri. Layakkah dia untuk menerima lamaran itu? Akhirnya, dia ada jawapannya.

“Saya terima lamaran Encik Ferdaus. Tapi dengan syarat. Perkahwinan kita hanya pada nama. Tak lebih daripada itu. Saya nak Encik Ferdaus janji akan penuhi syarat-syarat saya.” – Maya Adriana.

Janji diikat. Namun bukan mudah bagi lelaki seperti Ferdaus mematuhi janji yang dipateri. Hari demi hari, janjinya hanya tinggal janji. Perlahan-lahan dia cuba menawan hati isteri yang beku.

“Hmmm… tadi kata tak suka. Sekarang ni… dia pulak yang over.” – Maya Adriana.
“Sebab tu orang tua selalu kata, tak kenal maka tak cinta. Macam hubungan kita jugaklah. Kalau awak tak cuba kenal saya, macam mana awak nak jatuh cinta dengan saya? Betul tak?” – Ferdaus

Maya cuba menjauh. Semakin dia mencuba, semakin Ferdaus mendekat. Sehingga akhirnya dia tak mampu mencuba lagi. Kenangan silam yang penuh noda dibuang jauh dari hidupnya.

Namun, bukan senang perjalanan menuju bahagia. Datuk Rizlan muncul tanpa diduga. Mengundang badai lalu menggugat keharmonian dan kebahagiaan yang baru dinikmati.

“I told you, Maya Adriana. Sampai bila-bila… you tetap jadi milik I!” – Datuk Rizlan

Kini kebenaran tentang siapa dia terbentang di depan mata Ferdaus. Dia terduduk. Dia tidak mampu untuk mengubah siapa dia yang dulu. Mungkin benar, takdir seorang Maya Adriana cuma layak menjadi perempuan tepi jalan sampai ke akhir nafasnya.

Maya Adriana. Dia hanya ada Ferdaus. Cintanya pada Ferdaus dan kasihnya hanya pada lelaki itu. Layakkah dia?


Aaaaa admin terusik baca novel ni. T=T .Banyak ujian yang perlu dilalui Maya dan Ferdaus. Tak mudah nak mengecap bahagia yang tertulis buat mereka. Satu demi satu peristiwa yang terjadi tapi kasih umi buat pasangan suami isteri ni tak tergugat. Umi yang jadi penguat mereka berdua. Umi adalah ibu mentua Ferdaus buat isterinya yang terdahulu. Meninggal sebaik melahirkan bayi kembar mereka.Umi jadi sumber kekuatan mereka. Dan watak umi through out this story, macam umi ni stabilizer tau hahaha. Dari awal cerita begitu, akhir cerita pun begitu. 

Bagi admin, cerita ni sangat menarik. Dalam cerita ni penulis paparkan zaman silam Ferdaus dan sisi gelap yang Maya cuba tinggalkan ke belakang demi hidup baru. Kiranya mereka berdua nak hidup yang lebih baik dari yang pernah mereka lalui dulu. Dan itu yang sebaik-baiknya, kita kembali ke pangkal jalan. Ferdaus nampak sangat penyayang terhadap Maya. Dalam beku-beku Maya melayan Ferdaus, dia tetap berusaha nak cairkan hati itu. Akhirnya tembok yang Maya bina, roboh dengan usaha dan kebaikan yang Ferdaus tunjuk. Anak-anak Ferdaus dah lama Maya jatuh sayang, mereka pun begitu. Cuma Maya belum ready dari segi soal hati pada awalnya.

Admin suka cerita ni. Konflik dan bahagianya sekata. Bahasa pun mudah difahami. Siapa nak baca cerita yang konfliknya agak berat boleh cuba novel ni. Maybe tak sebanyak konflik Siti Rosmizah, tapi tetap cukup.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/338145/Perempuan-Tepi-Jalan

[REVIEW] Sebelum Lamaran Diterima

Sebelum Lamaran Diterima oleh Ayumi Syafiqah

They say a princess always waits for a prince to come and save her, right? Well, this princess saves herself.

Itulah moto hidup yang dipegang Kamilia Asyiqin atau Cami, selama ini. Dia tidak perlukan mana-mana lelaki untuk berjaya dalam hidup. Sebab itulah calon-calon suami yang dicarikan oleh mamanya, Julia ditolak mentah-mentah.

“Apa masalah Cami ni? Semua calon yang mama carikan untuk Cami semua Cami tak nak. Cami nak yang macam mana sebenarnya?”- Julia

“Anak Aunty Marida tu orangnya baik, taat orang tua, ada kerja bagus. Kenal dengan dia pun Cami tak nak?” – Julia

“Sounds like a mummy’s boy.” – Cami

Julia pula tidak mudah berputus asa. Pencarian diteruskan lagi sehinggalah takdir menemukannya dengan Adam Khairy, mesra dipanggil Kai.

Oh, mama dah jumpa lelaki untuk Cami! Dia pemilik sebuah kedai perniagaan komik. Dia obsess dengan superhero! Tapi yang penting, dia baik hati!

“Pernahlah tengok Superman. Peter Parker is so not my type.”- Cami

“Sorry, sweetheart. Peter Parker is Spider-Man, not Superman.”- Kai

Bagi Kai, bertemu Cami bagaikan satu anugerah yang selama ini dinanti. Apatah lagi dalam masa yang sama dia sedang berdepan dengan dilema untuk menyertai konsert tribute buat arwah ayahnya, Allahyarham A. Iskandar, seorang penyanyi yang pernah terkenal suatu masa dulu.

Bersama Cami, dia mula menelusuri kehidupan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dan mula membongkar rahsia yang selama ini tersimpan kukuh.

Hari demi hari yang berlalu, hati Cami yang tegas dengan prinsip mula goyah. Dia jatuh cinta tanpa sengaja!

“You sound like a jealous girlfriend,” – Kai.

“Good night, Kai.” – Cami.

Tapi sebelum lamaran diterima, Cami perlu jawab soalan hatinya sendiri. Betul ke cinta, atau suka semata-mata?


Rasanya macam dah lama tak baca karya Ayumi Syafiqah. Baca sinopsis saja admin tahu buku ni bukan biasa-biasa sebab Kai ada kedai komik/action figures dan Cami adalah influencer. Somehow dalam fikiran admin, admin tau novel ini mungkin ada serba moden dan tak sama dengan novel lain. Kenapa? Novel lain balik-balik pekerjaan nya bisnes, arkitek, kerja office, doktor dan lain-lain. Bila ada karakter yang lain sikit, ia menarik perhatian admin sebab ada lah serba sedikit dia tunjuk apa Kai buat sebagai owner kedai komik, apa yang Cami buat sebagai influencer. Bukan letak watak perwatakan mereka semata dalam sinopsis. Seakan penulis dah study dulu.

Dan bermula dari muka surat pertama, admin dah terpaku dan terleka baca novel ni. Penulis pandai membuatkan admin rasa nak terus baca dan tak merasa bosan. Admin suka dinamik watak Cami-Kai-Puan Julia. Puan Julia memang minatkan si Kai untuk dijadikan menantu. Kai hormat pada Puan Julia dan hormat Puan Julia tak ubah seperti ibunya. Dan bagai bulan jatuh ke riba, Puan Julia nak kenen kan dia dengan Cami, perempuan yang menarik perhatian dia. While Cami, mula-mula jual mahal dengan si Kai. Lama-lama cair jugak. Dan sebagai seorang wanita moden yang tak nak beratkan fikiran tentang relationship, dia memang bersungguh tolak calon-calon mak dia nak kenalkan. But dia still hormat ibu dia. Interesting relationship sebenarnya. Sepandai-pandai Puan Julia handle perangai anak dia, pandai lagi Kai. hihihihi

Bahasa yang penulis gunakan mudah untuk difahami dan jalan ceritanya juga menarik. Macam biasalah, setiap novel ada watak antagonisnya sendiri. Dalam novel ni, Khaira adalah watak jahat yang mengganggu gugat rumah tangga Kai dan Cami. Khaira menguji kehebatan cinta mereka dan mereka banyak bergaduh disebabkan Khaira selain daripada keyboard warriors yang komen-komen pada social media Khaira. Overall, admin puas hati baca cerita ni. Admin suka sangat akan watak-watak dia walaupun pada ramai orang Cami ni nampak angkuh dan ego, tapi Kai faham Cami. They get each other. That’s what important. Siapa yang nak baca kisah lain dari yang lain, boleh dapatkan novel ini ya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/338144/Sebelum-Lamaran-Diterima

[REVIEW] Yang Terindah Maryam Sofea

Yang Terindah Maryam Sofea oleh Ailah Diela

Cantik dan mempesonakan! Itulah yang membuatkan dirinya hanya nampak keindahan di dalam diri wanita itu. Tapi kenapa makin dikejar, makin jauh. Yang tambah peliknya, kenapa makin mahal semakin hati meronta ingin memiliki gadis itu.

Maryam Sofea, nama itulah yang buatkan Farhad jatuh cinta berkali-kali. Dia bukannya tak ramai peminat, saban malam ada saja peneman di sampingnya. Tapi Maryam Sofea itu jugalah yang memaut hatinya.

“You pun tahukan cara I. Jangan nak buat muka hanya disebabkan benda yang you sendiri dah tahu jawapannya. Jawapan I tetap sama walau beribu kali you cuba.” – Sofea

Merajuklah sampai ke negara China sekalipun. Memang tinggal dalam mimpi sajalah Sofea nak pujuk. Tak apa! Dia boleh pujuk diri sendiri asalkan wanita itu menjadi isterinya. Tiada lagi kelab malam! Tiada lagi perempuan saban malam! Farhad sanggup dan rela demi memiliki wanita terindah itu.

“I tahu I salah sebab pernah abaikan dia. Tapi I yakin I mampu bahagiakan dia. Ceraikan dia…” – Azad

“Look, Farhad. I dengan Sofea dah lalui semua. Sebagai suami I yakin you sendiri pun tahu luar dalam Sofea macam mana. Dia bukan lagi perempuan suci yang you boleh banggakan sebagai seorang isteri. I dengan dia dah pernah terlanjur. Bagi I peluang untuk bertanggungjawab.” – Azad

Kenapa bila Sofea dah sah menjadi hak miliknya, harus muncul orang ketiga? Apa yang harus dia buat apabila wanita yang menjadi pujaannya selama ini rupanya bukan seperti yang dia sangkakan? Haruskah saja dia mengalah dan lepaskan wanita itu demi kebaikan semua?

Tetapi mampukah dia hidup tanpa ada wanita yang mengindahkan hari-hari yang dilaluinya?


Min enjoy baca novel ni. To be honest, ni first novel Ailah Diela yang Min baca. And Min sangat terpaut dan tak boleh berhenti baca. Min suka transisi watak-watak dalam novel ni yang berubah ke arah lebih baik. Penulis nak mengajak dan menyedarkan pembaca, salah tetap salah. Dosa tetap dosa. Ikutilah teladan watak-watak dalam novel penulis, belajar dari kesilapan dan mula mencari hidayahNya. 

Min suka betapa sayangnya Farhad pada Sofea dan betapa dia seorang yang gentleman. Farhad kejar Sofea sampai dapat. Farhad berjaya juga menawan Sofea yang jinaknya seperti merpati. Sebenarnya, Farhad dan Sofea ada masa silam masing-masing yang bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Tapi bila dah berkahwin, mereka saling memahami dan menerima. Mereka bukan tinggal pada masa silam tetapi realiti sekarang di mana mereka tak boleh ubah apa yang telah berlaku. Sofea pula dikatakan lawa dan seksi. Walaupun begitu, dia mempunyai hati yang baik untuk perempuan moden. Cuma masih tak cukup untuk menawan hati ibu mertuanya. Ya! Ibu Farhad tak suka dengan Sofea. Tapi Sofea sangat baik dengan ibu Farhad.

Ada banyak juga konflik dalam novel ni tapi ringan-ringan saje. Min suka bila Farhad sentiasa kelihatan waras dan positif. Sofea pula ada one moment dia kembali ke kelab. Lepas daripada itu, mereka grow stronger. Mereka hadap susah senang bersama-sama. Min jealous sebab Min membayangkan dorang ni macam idol couple tau. Sebab dua-dua ada aura tersendiri. Overall, memang enjoy baca novel ni. Sesuai baca untuk mereka yang nak release stress sebab bahan bacaan ni ringan saja.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/338148/Yang-Terindah-Maryam-Sofea

[REVIEW] Hessa It’s Me!

Hessa It’s Me! oleh Jaja Ahmad

Pertemuan semula di antara Hessa dan Niyaz membuatkan Niyaz teruja. Lalu tanpa melepaskan peluang yang ada, Niyaz terus menghulurkan salam perkenalan untuk berkawan dengan gadis yang pernah dia jumpa dua tahun lepas. Tetapi rasa teruja bertukar kecewa bila Hessa berperasaan sebaliknya.

“Friendship only exist when there is a trust Hessa.” – Niyaz

Namun satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku yang menyebabkan mereka bersatu di dalam ikatan perkahwinan. Tetapi bukan kahwin paksa dan juga bukan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga.

“Kita kahwin. Hessa akan jaga abang sekeluarga sepenuh jiwa dan raga Hessa bagi menebus kesalahan Hessa” – Hessa

“I accept your proposal.”- Niyaz

Semuanya nampak sempurna walaupun pada awal perkahwinan masing-masing seperti kabur dengan perasaan sendiri dan dengan menggunakan kunci ‘Tips on how to make a guy fall in love with you’ pintu perasaan Hessa dan Niyaz mula dibuka dengan perlahan-lahan.

“What’s on the menu?” – Niyaz

“It’s M – E – N – U…” – Hessa

Hessa yang manis, Hessa yang manja membuatkan kehidupan Niyaz lebih bermakna. Namun perkahwinan mana yang tidak dilanda badai? Kepulangan Nurul dan Naylie membuatkan kesemuanya berubah. Cemburu, marah, dan sedih bercampur menjadi satu. Rahsia yang ditutup dengan rapi juga mula terbongkar. Hessa, It’s Me! Dan hanya gadis itu yang setia bertakhta di hati.

Even if there’s no gravity on earth, I’d still fall for you. – Niyaz

You don’t need keys to drive me crazy. – Hessa


Bila dah baca novel ni baru Min tahu yang Hessa dan Niyaz ni berkawan je mulanya. Agak lambat lepas sesuatu kejadian baru mereka berkahwin. Kalau tak tahulah hahaha. Sebab dua-dua macam stuck dalam friend zone. Maybe dah selesa sangat berkawan sampai tak ada feeling atau maybe dorang sendiri tak sedar. Bila dah kahwin tu take time jugak nak wujudkan feeling antara mereka. Hessa berusaha dengan baik time honeymoon. Niyaz tak sedar yang dia dalam permainan yang direncanakan isteri dia sendiri hihihihi.

By the way, banyak ujian yang pasangan ni perlu tempuhi. Banyak juga watak-watak antagonis dalam ni, Nurul, Naylie dan Nek Ma. Lepas satu, satu yang terjadi. Tapi pasangan ni selalu ada untuk satu sama lain. Tak mudah untuk pisahkan mereka. Manakala, Nurul adalah watak paling gila antara antagonis yang lain. Buat kerja gila yang unexpected. Rasanya dia memang ada masalah mental kot? Nurul ni best friend si Niyaz sebenarnya.

Overall, Min enjoy baca cerita ni walaupun banyak jugak watak sampingan. Adik-beradik Hessa lah, family Niyaz la dan kawan-kawan Niyaz dan Hessa. But I enjoy it. Watak-watak dalam ni menghidupkan lagi ceritanya. Ada fungsi mereka tersendiri. Min enjoy baca novel ni. Min suka keteguhan Hessa dan Niyaz untuk terus bersama-sama. Tak mudah tapi mereka tak cepat melatah. Marah/merajuk sekejap pastu dorang back to normal. Tahniah penulis. Ni karya first dari Jaja Ahmad yang Min baca. Sesiapa belum baca lagi, boleh give it a try, tekan link di bawah ya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/337936/Hessa-Its-Me