ULASAN: Apple iPad Mini

Sungguh ketara, serupa seperti iPad, tetapi lebih kecil dan ringan

Pejabat eSentral baru-baru ini telah menerima kiriman dari luar negara yang merupakan sebuah Apple iPad Mini. Buat ketika, tablet kecil ini belum dipasarkan di Malaysia.

Sekali imbas, peranti tablet ini kelihatan kecil, dan nipis. Namun, apabila mengendalikannya, pengalaman yang pengguna terima tidak akan serupa seperti sebuah telefon pintar yang besar seperti Samsung Galaxy Note atau Galaxy Tab 7 inci. Pengalaman iPad Mini adalah lebih menyerupai tablet besar, kecuali kelebihannya adalah ianya kecil dan lebih mudah untuk pengguna wanita menyimpannya dalam beg tangan.

iPad Mini disamping Acer Iconia

iPad Mini memberi impak seperti iPad, cuma apabila menggunakannya, adakala saiznya yang kecil dirasai terutamanya apabila menaip kerana huruf-huruf adalah lebih kecil. iPad Mini telah melalui pembaharuan rupa oleh Apple, rupa bentuk peranti adalah lebih bulat di penjuru, dan belakang peranti adalah lebih kilat dan ber-chrome. Ini bermakna bahagian belakang juga mudah tercalar.

Apabila aplikasi eSentral digunakan, prestasi untuk membaca eBook adalah serupa seperti iPad yang full-fat. Namun ada sedikit bug yang kami perlu atasi pada aplikasi eSentral dalam sistem operasi iOS 6.0 untuk memperkasakan lagi penggunaan eBook eSentral.

Adakah pembelian iPad mini berbaloi? Pada pendapat kami, jika sifat mudah alih adalah satu faktor yang penting dalam gaya hidup kini, sudah tentu iPad Mini adalah berbaloi untuk dibeli. Kelebihannya; pengguna masih mengalami penggunaan peranti tablet, dimana pengalaman ini tidak dapat diperolehi pada tablet kecil  model lain yang juga bersifat telefon seperti Samsung Galaxy Note atau pun Nexus 7.

iPad Mini ditindih bersama peranti Acer Iconia