[SNEAK PEEK] PERFECTLY IMPERFECT

Perfectly Imperfect Oleh Ayumi Syafiqah

“Helo…” Suara Haizaq kedengaran lembut.

Shana meletakkan kepala ke bantal.

“Awak…” Dia memanggil perlahan, menahan getaran pada suaranya.

“I was expecting you,” akui Haizaq jujur.

“You knew I’d call?” Shana memujuk hati supaya bertenang.

“Awak minta saya jangan call dan text awak lagi. Dan sejak kita putus, hari-hari saya tunggu awak call atau text saya.”

“Saya call awak malam ni.”

“Does that mean… I still have a chance?”

Shana mengetap bibirnya. Tolonglah, jangan nangis. Jangan nangis, Izzatulshana…

“I don’t wanna get hurt again. ”

“You won’t. I promise.”

Air mata Shana menitis juga akhirnya.

Janji Haizaq menyentuh hati.

“Sha…” Haizaq memanggil lembut.

“Please… be my girl again?”

Shana menahan esakannya. Dia

sangkakan selepas dua bulan putus, dia dan Haizaq tidak akan ada harapan untuk bersama lagi. Tetapi malam ini, dia sendiri yang mencari Haizaq. Dan patah kata yang Haizaq tuturkan benar-benar buat dia sedar betapa dia masih sayangkan lelaki itu.

“Saya tahu saya dah buat silap sebelum ni. Give me second chance.

Please…” Suara Haizaq juga bergetar. Jelas yang dia sendiri pun sedang menahan sebak.

Shana mengesat air matanya.

“Kita bertunang?”

Shana tertawa kecil dalam tangisnya.

Selama ini bukan tidak pernah dia buka topik kahwin, tapi Haizaq selalu mengelak. Belum sampai masa katanya. Tapi sekarang, dia ajak bertunang!

“Awak yakin ke ni?”

“Ya, sayang. Nanti saya sendiri akan bagi tahu papa dan mama awak. Bila saya cuti nanti saya bawa awak balik kampung saya.

Jumpa parents saya. Okey?” Haizaq tenang mengatur rancangan. Seolah-olah sudah lama ia dirangka, hanya menanti masa hati Shana terbuka semula untuknya. Dan masa itu telah tiba.

Shana tersenyum. Rancangan Haizaq kedengaran indah di telinganya. Pipi yang basah dikesat lagi.

“Kita tunang dulu. Nanti lepas saya dah konvo, saya kumpul duit banyak-banyak, kita kahwin. Okey tak?”

“Saya tak habis belajar lagi, Haizaq.”

“Tak apa, saya tak kisah pun. Saya takkan halang awak belajar. Yang penting, kita kahwin. Itu aje.” Haizaq yakin dengan keputusannya.

“Dah habis fikir?” duga Shana lagi.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/347086