Tindakan Nia mahu menangguhkan majlis bahagia mereka, memaksa Tengku Ammar mengheret Ilya dalam hidupnya. Janjinya bukan kosong. “Kahwin dengan I,” Tengku Ammar melutut dihadapan Ilya. Bersaksikan pelanggan restoran mamak. “Apa Jaminan you?” Ilya. “I akan ajar you, apa itu bahagia. Apa itu cinta dan I akan buat you gembira sentiasa,” Tengku Ammar Lalu Ilya menerima lamaran itu bersama segunung harapan dan impian. Bahagia benar miliknya. Tengku Ammar mampu buat dia tersenyum Dan rasa dihargai. Kembalinya Nia bersama harapan. Kekasih yang dulu harus kembali padanya. Strategi diatur penuh teliti. “Tinggalkan Tengku Ammar. Dia kekasih Aku,” Nia Isma “Kau dah gila? Langkah mayat aku dulu, ” Ilya Ilya mula menjeruk rasa. Benci dan amarah bertamu dihati. Dia harus bertindak. Tidak rela kehilangan lelaki itu. Satu persatu tindakan diambil. Yang dia mahu, Nia pergi. Tersilap percaturan Tengku Ammar semakin menjauh. Dirinya semakin dipinggir. Cintanya seakan sudah tidak bermakna bagi lelaki itu. “I boleh kahwin lebih dari satu,” Tengku Ammar. Keputusan Tengku Ammar memilih Nia, buat Ilya berjauh hati. Di malam ulang tahun perkahwinan mereka, dia memilih untuk pergi. “Thanks For everything. You ajar I apa itu terluka,” Ilya. Pemergian Ilya mula dirasa. Jiwanya mula kosong. Cintanya pada Nia hanya mainan perasaan. Penyesalan sudah tidak berguna. Ilya pergi tanpa pesan Dan jejak. Hidupnya mula terumbang ambing. Ratapan sudah tiada maknanya. Mampukah dia membawa Ilya kembali dalam hidupnya setelah melukai Ilya?
Melihat reaksi suaminya, Puan Sri Suriani mengambil tempat di sisi Tan Sri Syed Aminuddin. “Abang fikir pasal Ilya?”
Tan Sri Syed Aminuddin memandang wajah isterinya sejenak. Kalau dia jawab tidak, nampak sangat menipu. Tidak pernah sesaatpun dia tidak memikirkan tentang Ilya. Sudah tiga tahun Ilya menghilangkan diri. Tidak pernah sekalipun Ilya menghubungi mereka. Perkara itu merunsingkan fikirannya. Sebagai ayah, dia sangat risau akan keadaan Ilya.
“Entahlah, Sue. Dah tiga tahun Ilya hilang. Call tak pernah. Mesejpun tidak. Abang takut kalau abang tiba-tiba dijemput pergi. Tak sempat nak minta maaf dengan dia,”
Puan Sri Suriani diam. Dia sedar kerunsingan suaminya itu. Sudah berkali-kali suaminya itu meluahkan rasa hatinya, tapi dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Semuanya salah dia. Kalau bukan kerana sikapnya yang keterlaluan, Ilya tidak akan pergi meninggalkan mereka semua. Dia menyesal atas apa yang dia pernah lakukan pada Ilya satu ketika dahulu.
“Papa!” Sumiati berlari anak menuruni tangga.
Tan Sri Syed Aminuddin berkerut dahi. Dia memandang Puan Sri Suriani hairan.
“Kenapa dengan Mia tu?”
Puan Sri Suriani angkat bahu tanda tidak tahu.
“Entahlah bang. Tanyalah dia,”
Sumiati berdiri di hadapan kedua ibu bapanya. Bibirnya menguntum senyuman gembira.
“Kenapa jerit-jerit ni, Mia? Gembira semacam je. Nak kahwin ke?” Puan Sri Suriani melancarkan soalannya.
Sumiati berdecit. “Apa pulak kahwin. Mia ni muda lagi,”
“Habis tu?” Tan Sri Syed Aminuddin menjongket kening.
Sumiati mengangkat telefonnya itu bersama senyuman gembira. Di skrin telefonnya terpampang wajah anak-anak Ilya.
“Anak sape ni Mia?” Puan Sri Suriani kehairanan. Telefon Sumiati itu dirampas perlahan untuk melihat gambar itu dengan lebih jelas.
“Ha’ah. Anak sape yang Mia tunjuk pada kami ni?” Giliran Tan Sri Syed Aminuddin bertanya. Sambil itu, dia menjenguk kepala untuk melihat gambar itu.
Sumiati hanya menjongket kening nakal.
“Cuba teka.” Sengaja mempermainkan mereka berdua.
Puan Sri Suriani berdecit. Dia memandang wajah Sumiati dengan pandangan yang menjengkelkan.
“Mama tak ada masa nak teka-teka,” balas Puan Sri Suriani. Dia menghulurkan kembali tepefon itu kepada Sumiati.
Sumiati mencebik bibir. “Papa?” Wajah Tan Sri Syed Aminuddin dipandang bersama senyuman.
Tan Sri Syed Aminuddin mengangkat kedua-dua bahunya. Tumpuannya kembali pada telefon sendiri.
Sumiati merengus. Nampaknya, tiada satupun antara mereka yang mahu meneka siapa budak yang berada di dalam gambar itu. Dia menghempas duduk dihadapan kedua orang tuanya sambil menilik gambar itu. Bibirnya tidak habis-habis mengukir senyuman gembira.
“Comel anak buah Mia, ni pa, ma. Tak sabar nak jumpa diorang,” kata Sumiati.
Tan Sri Syed Aminuddin memandang Puan Sri Suriani sambil mengerutkan dahi. Wajah Sumiati dipandang hairan. Anak buah? Sumiati mana ada adik beradik lain selain Ilya. Itupun tiri.
“Mia merepek apa ni? Anak buah siapa?”
Sumiati memandang mereka berdua silih berganti.
“Mia tak merepek. Budak berdua ni memang anak buah Mia. Anak Abang Am dengan Kak Ilya,”
Tan Sri Syed Aminuddin memandang wajah Sumiati tidak percaya.
“Mia jangan nak main-main. Mana Mia dapat gambar ni?”
“Ha’ah. Jangan nak bagi papa harapan palsu, Mia. Sian kat papa,” celah Puan Sri Suriani.
Sumiati mengeluh.“Mia tak main-mainlah. Ini memang anak Kak Ilya dengan Abang Am. Abang Am dah jumpa Kak Ilya. Dah berbaikpun. Cuma, Kak Ilya masih tak yakin nak balik Malaysia,”
“Alhamdulillah,” ucap Puan Sri Suriani. Wajahnya berubah gembira.
Itulah khabar yang dinantikan oleh mereka sekeluarga setelah sekian lama Ilya menghilangkan diri. Dia memandang suaminya yang sudah menunjukkan wajah gembira.
“Betul ke ni Mia? Am dah jumpa Ilya?” tanya Tan Sri Syed Aminuddin, kurang yakin.
“Dah sudah, papa. Yang bestnya, papa ada cucu kembar,”
“Alhamdulillah,” ucap Tan Sri Syed Aminuddin. Satu penantian yang berakhir dengan kegembiraan yang tidak terhingga. “Sue, anak abang….”
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/328087/MRS-PERFECTIONIST