[SNEAK PEEK] KAMPUS

KAMPUS Oleh Syafiq Aizat

-HAZIQ

Hari ni aku jumpa Lara di kafe yang sama, seat yang sama.
“Hey, sorry for Azman,” kata gadis rambut ikal tu sambil dia letakkan secawan kopi di hadapan aku.
“Thanks. But I’m OK tho.”
“Minggu ni pun ada satu kes ‘bunuh diri’ dekat kolej perempuan.”
“Masih?”
“Entah bila benda ni nak stop. Uni langsung tak ambil apa-apa tindakan. I rasa sekarang ni terpulang dekat kita untuk solve this mystery.”
“You tak rasa ke dalang semua benda ni mungkin orang atasan uni?”
“Good point. But siapa?”
“Boleh jadi Doktor Maimun?”
“You can’t be serious, Haziq? How?”
“I rasa ada kena-mengena dengan kes 25 tahun lepas. Masa–” Telefon aku bunyi – ada WhatsApp masuk. “Excuse me,” dan aku periksa. Manalah tahu ada lagi seorang kena bunuh. Tapi tak. Cuma daripada Dani, dia ajak lepak.
“Phone baru?” tegur Lara.
“Yup. Dani yang bagi.”
“Wait, what?”
Aku ada salah cakap ke? “Dani. Dani ketua kolej. Dia bagi.”
“Oh my god…” Lara takup tangan pada mulut seakan baru dengar berita yang sangat buruk. “You couple dengan dia ke?”
Here we go. “Stop it. Kenapa semua orang cakap macam tu pasal kitorang?”
“Because, only orang couple je belikan pasangan dia handphone.”
“OK, first of all, kitorang tak couple. Kitorang macam brothers. Second, dia just bagi ni untuk cheer me up after Azman dah tak ada. Dia kan kaya gila nak mati.”
“No. Kau tak patut ambil. Baik kau pulangkan.”
Lara ni kenapa? Dia jealous ke?
“Actually, aku punya main suspect is Dani. And obviously sekarang dia tengah try nak racun you supaya you percayakan dia macam mana dia racun dua lagi kawan dia tu. Sedar-sedar je nanti, you dah jadi setan macam dia juga.”
“Apa yang you cakap ni, Lara?”
“In case you tak tahu, tahun lepas dia pernah try bunuh orang.”
Aku terus terdiam. Aku tak tahu kenapa aku rasa berat untuk percayakan Lara tiba-tiba. Atau sebenarnya aku dalam denial sebab aku rasa macam dah mula rapat dengan Dani?
“Fine. Tell me about it.”
“Sebelum tu, you kena tahu yang Dani dan John ada feud sejak awal semester tu. Dani ada suka dekat this one senior, but John sailang dia.”
“Sebab perempuan?”
“Budak lelaki kolej. What do you expect.”
“Okayy…” Meskipun kurang setuju, aku iyakan sahaja.
“And one more, semua orang tahu yang John suka pasang aromatherapy candle before tidur. Rumor has it hampir setiap sudut bilik tu dia akan pasang those candles.”
“Agak creepy.”
“Kind of.”
“Teruskan.” Aku kemudian cicip kopi aku.
“Masa tu Dani masih budak bawahan, so dia incharge belikan barang-barang budak-budak atas, termasuklah candles tu. And guess what?”
“What?” Dah kenapa aku teruja untuk tahu lebih mendalam ni?
“Satu malam, one of the candles exploded.”
“What?”
“Meletup. Nasib baik candle yang meletup tu dekat tepi pintu, so pintu bilik je yang rosak. Tapi bilik tu still terbakar separuh, dan John injured sebab kulit terbakar. John file report dan Dani jadi suspek utama kes ni. Dia ada akses untuk buat something macam, letak bahan letupan dalam candles tu sebelum bagi pada John, dan dia ada motif.”
“Wait. First of all… macam mana you tahu benda ni? I tak tahu pun pasal benda ni even I duduk kolej lelaki?”
Untuk beberapa saat, Lara hilang kata-kata. “Well… ada orang dalam bagitahu. Lagipun, tak penting macam mana I tahu.”
“Fine. Second, Dani tak disabit apa-apapun, kan? Maknanya dia tak salah.”
“Nope. Dia tak disabit sebab family Dani, bersama-sama dengan company yang keluarkan candle tu minta supaya kes settle luar mahkamah. I rasa you aware yang duit boleh beli jalan keluar daripada undang-undang dalam negara ni.”
Tiba-tiba terngiang-ngiang balik ayat Dani dalam kepala aku – ‘Aku kaya gila nak mati. I can buy your dad’.
God dammit! Selama ni aku ingat Dani tu cool. Rupanya…

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/93981/kampus