Apakah sebenarnya yang berlaku di Karbala? Sejauh manakah pula kita mengenali Saidina Husein, salam sejahtera dan keredaan Allah S.W.T ke atas beliau, yang merupakan watak utama dalam tragedi Karbala? – Adakah beliau hanya sekadar cucu Nabi s.a.w? – Adakah sayangnya Nabi s.a.w kepada beliau hanyalah seperti sayangnya seorang datuk kepada cucunya? – Apakah kelebihan-kelebihan beliau, yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi s.a.w? – Sejauh manakah kita tahu tentang sejarah hidup beliau? – Apa pandangan politik beliau? – Siapa kawan dan lawan beliau? – Apakah sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan beliau gugur syahid di Karbala? Apakah sebenarnya yang berlaku, sebelum, semasa dan selepas tragedi Karbala, berdasarkan kitab-kitab ulama Sunni? Adakah tragedi ini sesuatu yang patut dikenang, ataupun ia termasuk “barang yang lepas jangan dikenang?” Buku ini akan membantu anda dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut.
Novel Ada Apa Dengan Karbala hasil karya Baharuddin bin Muhammad merupakan novel yang penuh keagamaan. Banyak kisah keagamaan yang menarik beserta doa-doa ringkas yang diselitkan untuk dikongsi bersama dan boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Yang menariknya novel ini juga menceritakan kisah-kisahdan sejarah nabi yang boleh dijadikan teladan.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/279044/Ada-Apa-Dengan-Karbala