[SNEAK PEEK] Janji Untuk Eterniti

Janji Untuk Eterniti oleh Aja

WALAUPUN muka dia tak cakap yang dia tengah cuak, takut, malu ataupun murah tapi percayalah, hanya perasaan itu sahaja yang berbolak-balik dalam naluri dia sejak menghadap Engku Sarfaraz.
Orang selalu cakap yang dia berhati robot; buatlah apa-apa sekali pun, dia langsung tak peduli. Tapi orang salah menilai dia. Bukan dia tak peduli, tapi dia dah cemuh dengan segala tohmahan yang orang bagi pada dia.
Anak haram, anak jalanan, tak ada rumah, mak bapak tak nak, adik-beradik darah kotor… Pedih.
Orang lain yang sepanjang hidup bergelar anak halal tak akan sesekali faham apa yang ada di dalam hati anak yang tak sah taraf seperti dia. Orang lain yang tiap-tiap hari boleh nampak senyuman pada wajah ibu bapa mereka tidak akan faham apa yang ada di dalam hati seorang anak yang ditolak orang tuanya mentah-mentah.
Apalah salah dia?
Dia dah penat untuk jadi sempurna di mata emak supaya emak sudi jaga dia sepanjang dia tak mampu untuk hidup berdikari. Otak dia terlampau lelah berfikir positif tentang sikap emak yang asyik bertukar lelaki.
Mungkin emak akan kahwin, mungkin lelaki tu akan sayangkan emak dan akhirnya… akan terima dia sebagai anak tiri. Mungkin emak akan berhenti pandang dia dengan pandangan penuh kebencian dan juga kekesalan. Tapi tak! Buatlah apa yang dia nak buat sekalipun, emak tetap tak akan ambil peduli.
Dan disebabkan itu, keyakinan dia untuk mengambil hati orang sekeliling turut sama dirampas. Sepanjang hidup meningkat remaja, situasi yang brutal telah meyakinkan dia bahawa dia tidak pernah akan sempurna untuk orang lain.
Kenapa? Sebab dia anak banduan ke? Atau sebab dia anak pelayan warung? Ataupun mungkin sebab dia anak haram kepada banduan dan juga pelayan warung?
Kenapa? Tak layak sangat ke untuk orang lain bagi peluang kepada dia berbuat bakti? Kenapa? Malaikat yang tulis pahala kat sebelah kanan tak akan catat ke pahala dia kalau dia buat kebaikan?
Aim tengok tangan dia yang berada di sisi badan; terketar-ketar dan juga sejuk membeku. Dia cuba untuk berlagak tenang walaupun apa yang dia rasa sekarang adalah bertentangan dengan apa yang cuba dia pamerkan.
Pertama sekali, dia takut Engku Sarfaraz akan pukul dia sama macam Amani. Kalau dia tak mengandung, mungkin perkara pertama yang akan dia takut ialah reaksi Fiq yang mungkin sekarang sedang dalam perjalanan menuju ke rumah.
Seorang pembantu rumah lengkap berbaju uniform menghantar minuman dan juga snek petang untuk Engku Sarfaraz.
Buat seketika, Aim rasa selamat. Tapi tak lama pun benda tu dia rasa sebab apabila dia kembali ditinggalkan berdua, tahap cuak dan bimbang yang dia rasa tadi semakin bertambah teruk.
Kalau boleh, dia nak tanya keadaan Amani. Tapi layak ke dia tanya soalan tu sebab dia tahu, dia yang jadi punca kepada penderitaan Amani? Kalau dia tak ada, Fiq akan tetap bergelar tunang Amani. Bak kata Fiq, dia akan tunggu sampai umur 35 baru dia akan berhijrah ke luar negara.
“Okey, kita ikut cara simple?”
Mukadimah Engku Sarfaraz bila rasa mata dia dah terbakar tengok isteri Fiq yang tak ada perasaan tu. Well played, young woman.
Aim mengangguk sekali. Jantung kat dalam tulang rusuk dia semakin kuat berdegup sampai nak pecah arteri. Engku Sarfaraz nak suruh dia bercerai dengan Fiq jugak? Ataupun tujuan dia datang sini sebab nak menghina? Dia tak pasti. Kemungkinannya terlampau banyak.
“Awak bagi tubuh awak kat Taufiq… kat Royal Club?” Kening Engku Sarfaraz ternaik tinggi bila dia tak berapa pasti pasal tempat itu.
Dia nampak video ringkas dalam telefon Amani selepas jururawat menyerahkan barang peribadi pesakit kepadanya selepas mereka menguruskan Amani. Dan video jijik yang dibintangi Fiq dan juga perempuan murahan berdarah haram ini merupakan perkara terakhir yang Amani tengok sebelum dia terlibat dalam kemalangan.
Aim dapat rasa segala otot serta daging yang membentuk keseluruhan tubuhnya mula tersimpul kemas apabila nada jijik sarat bocor pada suara Engku Sarfaraz. Tak apa. Dia dah terpaksa membiasakan diri dengar orang hina dia. Tapi dia tak pernah lagi ajar diri sendiri untuk terbiasa mendengar hinaan ditujukan kepada Fiq.
Dia faham kalau orang hina ayah sebab ayah buat kerja tak elok. Dia juga faham kalau orang hina emak sebab perangai emak lebih kurang sama aje dengan perempuan eskort. Tapi kenapa perlu hina Fiq?
“Semua tu salah Ai… s…saya.”
“No! No need to explain. Saya tahu tu salah awak. Lelaki macam Taufiq takkan terliur tengok awak kalau awak tak start dulu. So…”
Nafas panjang sengaja diambil. Dia nak uji tahap keberanian yang dah Fiq salurkan ke dalam urat nadi isterinya selama ini. Kata isteri kerabat. Psikologi mestilah kena kebal.
Agak lama juga Engku Sarfaraz mengakses ciri-ciri fizikal pada tubuh Aim. Sama ada Fiq buta ataupun memang citarasa dia dah menurun. Kenapa dia fikir Amani lagi cantik daripada perempuan hingusan ni?
“Awak sedar yang awak kurang kat… semua tempat? Saya tak dapat tengok mana lebih awak.”
“Tak apa, Engku. Saya bukan nak tagih pujian Engku.” Lemah Aim bagi jawapan sebab sebetulnya, dia teringin supaya orang lain tengok nilai-nilai positif yang ada pada dia.
Aim membetulkan kedudukan bila rasa tangan dia semakin terketar menggenggam sofa kulit mama yang berharga ratusan ribu. Dia tahu dia tak layak. Tapi dia tak pernah sekalipun paksa Fiq untuk kekal dengan dia.
Kalau lepas ni Fiq tiba-tiba kembali ke jalan yang lurus dan berkenan pada perempuan berketurunan bangsawan, dia tak larang Fiq nak kahwin dua. Dan dia tak akan cakap apa-apa kalau Fiq nak ceraikan dia sebab dia tahu dia berdiri takat mana sangat di sisi Fiq.
“Awak perlu tagih pujian saya kalau awak nak status Fiq kekal mulia di mata orang lain. Mampu ke awak?”
Mata Engku Sarfaraz dari tadi lagi asyik pandang Aim atas, bawah berkali-kali. Postur badan yang tak betul, pandangan mata yang lemah, suara yang tak jelas. Kat mana sebenarnya Fiq jumpa perempuan teruk macam ni?! Tidak dapat tidak, dia rasa terhina bila Fiq pilih Aim berbanding Amani yang cukup lengkap dari segala segi.
“Saya boleh belajar.”
“Benda yang boleh belajar! Tu pun saya tak pasti awak boleh buat. Tapi macam mana dengan darah awak yang haram tu? Ada sebab kenapa Allah suruh hamba-Nya cari pasangan dari keturunan yang elok-elok, dari keluarga yang berharta dan ada iman.
You young woman, ayah awak banduan. Mak awak pulak bimbo expired. Tak payah cerita pasal hartalah, sebelum ni awak merempat, kan? Dan kalau iman pulak… well, awak sendiri mengaku awak goda Taufiq.”
Bergenang air mata Aim bila satu per satu kelemahan dia diungkitkan oleh mulut asing. Hati dia sakit. Tapi belum lagi cukup sakit untuk dia hina balik betapa kejinya sikap Engku Sarfaraz.
Kadang-kadang dia tak faham status hati manusia yang suka hina makhluk Allah. Kenapa? Sempurna sangat ke dia dengan status anak halal? Sebab emak ayah dia buat dia dalam ikatan perkahwinan, benda tu buat dia jadi sempurna ke?
Kenapa? Ada butang ‘on, off’ ke yang menentukan tahap kemuliaan anak halal dan juga anak haram? Perlu ke dia cari anak haram juga semata-mata untuk jadi peneman hidup?
Kalau boleh buat benda tu, dah lama dia buat. Tapi boleh ke dia tanya orang lelaki ‘hei, awak anak haram ke anak halal? Kalau anak haram, kita couple nak? Baru sekufu sikit.’
“Engku Sarfaraz, saya tak pernah paksa Fiq kahwin dengan saya. Saya silakan Engku pergi paksa dia ceraikan saya. Saya boleh terima dengan reda sebab saya memang dah biasa hidup susah. Tu memang dah jadi makanan saya.
Setakat dapat pakai baju designer dalam rumah, ada pembantu rumah hantar makanan depan mulut saya, saya tak kisah.”
“Kalau saya boleh paksa dia, saya takkan rendahkan martabat saya kat sini cakap dengan orang macam awak. Apa kata awak aje yang mintak cerai dengan dia?”
Aim tersenyum sinis. Sikit sangat hujung bibir dia terangkat sampai Engku Sarfaraz tak nampak.
“This is the thing, Engku Sarfaraz. I might be a rejected daughter, but I’m not stupid. Yes, I do welcome you to force him to divorce me. Please, do that. But that’s it.”
“I take it you’ve met my lovely wife, Engku Sarfaraz?”
Satu suara yang tak asing lagi pada telinga Aim tiba-tiba muncul dari arah belakang. Ada nada penuh bangga di situ. Sarat.
Aim tunggu bunyi derapan kaki Fiq menghampiri posisi dia yang masih lagi tak berganjak bangun dari sofa. Engku Sarfaraz dah pun berdiri tegak sambil senyum pada Fiq.
“How’s she? Adorable, isn’t she?” tanya Fiq lagi sebelum Aim tengok tangan Fiq memeluk erat bahunya.
Masa ni, barulah Aim bangun untuk menerima ciuman ‘abang dah balik’ daripada Fiq. Sengaja dia cium Aim lama sikit depan Engku Sarfaraz bila dia ingat balik permintaan wanita tua itu tadi.
Sebelum hilang mana-mana pertimbangan yang masih bersisa, Fiq meleraikan ciuman mereka dan cuba sedaya-upaya untuk senyum pada Engku Sarfaraz. Tangannya dikemaskan pada pinggang si isteri.
“Hari ni special day agaknya. Engku Shah datang jumpa Fiq kat ofis tanpa buat appointment. And you’re here to meet my wife without an appointment too. What’s wrong? She’s my wife, you know? Nobody’s meeting her without my permission.”
Mula-mula suara dia memang mesra. Tapi bila masuk saja ayat kedua yang terakhir, nada dipenuhi amaran mula memberat pada suara Fiq yang sedia kasar, dalam dan garau. Dia tahu keberanian Engku Sarfaraz sedikit terjejas.
“Saja datang sini tanya khabar.” Engku Sarfaraz cuba bersikap mesra.
Sesekali bila bibir Fiq singgah pada dahi Aim, tidak dapat tidak, hati dia terbakar seakan disimbah gasolin.
“What? You don’t have a rebellious daughter to be taken care of? ” Fiq berubah jadi mesra balik.
Tapi mana-mana manusia yang normal akan tahu Fiq memang dah letak Engku Sarfaraz dalam zon ‘Manusia Yang Tidak Digemari’.
“Did she insult you, baby?” soal Fiq perlahan pada Aim walaupun dia tahu memang itu tujuan Engku Sarfaraz datang sini.
Dia menanyakan soalan tu sebab dia nak tengok reaksi Engku Sarfaraz dan juga jawapan daripada Aim. Dan dia harap sangat-sangat yang Aim yakin dengan kemampuan dia untuk bersikap jujur. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap akan jaga Aim. Aim tak payah takut dengan orang lain sebab pada waktu ini, orang lain yang kena takut dengan Aim.
“Hmm, sayang? Did she insult you? Yes or no?” tanya Fiq sekali lagi sambil memberikan kekuatan untuk Aim supaya bercakap benar.
Lambat-lambat Aim menggeleng sebab dia tak nak timbulkan apa-apa masalah di antara keluarga Fiq dan juga keluarga Engku Sarfaraz.
Tapi bila dia tengok ada riak lega menyorok di sebalik ketenangan yang wanita bangsawan itu tampilkan, oh… lantaklah!
Sekarang ini dia nak tengok keyakinan Engku Sarfaraz pula semasa berdepan dengan Fiq. Manalah tahu kut-kut kuasa wanita bangsawan ni boleh lawan angin Fiq bila darah suami dia mendidih.
“Dia cakap adik tak ada kelebihan. Lepas tu dia cakap dulu adik hidup merempat. Ayah pulak banduan lepas tu mak bimbo expired.”
Dalam nada tenang, satu per satu Aim keluarkan balik apa yang Engku Sarfaraz cakap tadi. Dia tak fitnah. Dia cakap benda betul dan secara jujurnya, dia nak tengok kalau Fiq tak ada, Engku Sarfaraz berani ke tak cakap pasal semua benda tu kat dia.
Tapi ternyata, perempuan itu tak berani berdasarkan wajah dia yang serta-merta pucat bila Aim habis mengadu. Aim kerling sekilas untuk tengok muka Fiq yang bangga.
“Apa kata ni giliran saya pulak yang bagi Engku rasa apa yang isteri saya rasa? How about… Amani tu perempuan murah? Datang rumah orang lelaki tanpa dijemput, lepas tu menempel-nempel macam orang tak ada iman, tak ada ajaran mak bapak.
Why, Engku Sarfaraz? Engku tak ajar ke dia tatasusila macam mana nak hidup sebagai anak dara yang tak tercemar? This is my open declaration. I hate Amani with all my heart.
Dia masuk bilik saya pukul 4.00 pagi sambil pakai baju yang sangat seksi, tapi saya tak lalu pun tengok dia. She’s so clingy, her voice’s so pitchy I’d rather listen to the sound of chalk scratching the board. She’s so fake, so demanding, so hateful, so vengeful… and not to forget, unladylike.
Saya tak pernah fikir pun nak buat dia jadi isteri. Kalau Aim tak ada sekalipun, saya tetap akan ikat dia jadi tunang kalau dia nak sangat jadi tunang saya. Tapi kalau jadi isteri, sampai mati pun saya takkan anggap dia macam isteri betul. Dengar nama dia pun saya dah naik meluat.”
Ayat Fiq terhenti sebab tangan Engku Sarfaraz kuat memberikan impak pada pipi dia.
Aim tak sempat nak proses benda tu sebab dia tengah melopong dengar ayat Fiq yang agak… kejam. Dia nampak dada Engku Sarfaraz berombak menahan amukan.
Tiba-tiba Fiq ketawa sinis.
“First time orang hina Engku ke?” soal Fiq lantas menggerakkan lidahnya pada dinding pipi sebelah kiri. Oh, dia tak akan free-free dapat sakit macam ni. Dia akan pastikan Engku Sarfaraz bayar balik.
“Kurang ajar kau kan?”
“Get out. Go back and absorb everything. Bila dah rasa betapa nikmatnya kena hina tu, then come again for another round. At least, my wife didn’t slap you for your insults. She’s not low like you.”
“You will pay for this, Taufiq!”
“Come. Let me pay. You have nothing on me. I am the one who will make you pay,” kata Fiq penuh serius sambil menekan perkataan ‘I’.
Mana-mana manusia yang waras tak akan cari pasal dengan dia. Keluarga ke, tak keluarga ke… semua dia lawan kalau orang tu berani buat Aim sedih.
Bahagian ‘isteri tercinta YAM Tengku Taufiq Syahlan’ mana lagi yang mereka tak faham sampai berani datang sini dan hina Aim?
“Kurang ajar!”
“You came here, in our residence to insult us. And should I mention, without any invitation? Siapa yang kurang ajar sebenarnya?”
“Having power and privilege make you foolishly confident, young man.”
“And you desperately want that confident. Out. Before I call my security and drag you out of here. It’s quite humiliating, Engku Sarfaraz.”
Dia sedikit melepaskan tawa. Dengan mekap macam tu, dengan baju, dengan barang kemas yang ratus-ratus ribu… dia boleh bayangkan betapa jatuhnya maruah Engku Sarfaraz bila kena heret nanti.
Ada berlaku adegan tenung-merenung di antara mereka bertiga. Bermacam-macam emosi dipamerkan pada wajah masing-masing tapi Engku Sarfaraz tahu dia patut mengalah. Selagi dia berkeras, selagi itulah Fiq akan pastikan maruah dirinya yang mulia diinjak-injak.
“You should go and see her!”
“Yes. But with my wife’s consent.” Lambat-lambat Fiq menutur perkataan sebab rasa-rasanya tadi dia ada bagi tahu Engku Sarfaraz yang dia bencikan Amani. Tubuh Aim semakin rapat ditarik.
“Ask her.”
Dia tak nak dengar dah orang memperkecilkan Aim lepas ni. Dia harap dengan apa yang dia buat hari ini, semua orang akan tahu yang dia tak akan mempertimbangkan mana-mana individu yang buat Aim terasa hati.
“No, you won’t!”
“Then, get out.”
Hadi yang berada lebih kurang 30 kaki dari kedudukan mereka dipanggil menggunakan isyarat badan. Kepalanya dianggukkan sedikit; memberikan kebenaran pada Hadi untuk menyentuh golongan kerabat.
Dia perasan muka Engku Sarfaraz berubah jijik apabila Hadi semakin hampir menyentuh lengannya yang ditutupi lengan baju kurung sutera yang sangat mahal.
“Don’t you dare!” Jari telunjuk Engku Sarfaraz naik tinggi apabila dia mengundur ke belakang menjauhi Hadi yang masih lagi dengan muka beku.
“Let’s go, baby. Kita jalan-jalan kat Aquaria hari ni,” bisik Fiq perlahan pada cuping telinga Aim; menghantar mesej kepada isterinya supaya bersiap-siap. Dia tak nak Aim ingat lagi pasal hinaan Engku Sarfaraz yang tak berasas tadi.
“Abang, tadi dia cakap dalam telefon Amani ada…” kata-kata Aim terhenti sebab dia malu nak sebut mengenai perkara yang berlaku di gudang Royal Club. Langkah mereka lambat-lambat memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas.
“Ada apa, sayang?”
Aim senyap sebab dia tak tahu nak cakap apa. Fiq buat keputusan nak tanya masa dalam bilik aje sebab dia tak nak bercakap tengah-tengah jalan.
Lebih kurang setengah jam kemudian, selepas mereka mandi dan bersiap-siap, Fiq tanya balik pasal tadi.
“Dalam telefon Amani, ada apa sayang?” tanya Fiq bila dia berpeluk tubuh sambil menyandar pada panel yang menyimpan deretan tudung bawal sutera Aim.
“Oh…” Itu saja balasan Aim bila dia cuba menyusun ayat dan juga menyusun lipatan tudung pada bahagian wajahnya.
Tangan Fiq mencapai bahagian hadapan lengan Aim. Segala pergerakan Aim terhenti bila dia tengok anak mata Fiq benar-benar meminta supaya soalannya tadi berjawab. Aim mengeluh panjang.
“Adik mintak maaf sangat-sangat sebab buat abang ada dalam situasi macam ni.”
“Situasi apa, sayang? Apa ada dalam telefon budak tu?”
Dahi Aim berkerut sedikit.
“Abang ingat tak malam tu masa kita kat Royal Club?”
Tanpa bagi Aim meneruskan ayat, segera Fiq melebarkan senyuman untuk memaklumkan Aim yang segala-galanya berada di bawah kawalan dia.
“Tak apa, sayang. Abang boleh uruskan.” Dia senyap sebentar.
“Gambar ke video?” tanya Fiq dengan senyuman yang menenangkan walaupun dalam kepala dia dah keluar muka Rey dan Farah. Celaka!
“Video,” jawab Aim hampir-hampir ingin menangis sebab lepas tu, Fiq dah tarik kepala dia untuk disandarkan di atas dadanya yang lebar.
“I’ve got you, babe. I’ve got you,” bisik Fiq berkali-kali sambil mengusap-usap bahagian belakang Aim dengan penuh kasih.
Dia perlu cakap dengan Hadi pasal perkara ni sekarang juga tanpa buat Aim curiga.
Lambat-lambat, dia meleraikan pelukan mereka. “Cepat pakai tudung, sayang. Abang pergi panaskan enjin kereta dulu.”
Bila Aim mengangguk penuh keterpaksaan, Fiq menghadiahkan satu ciuman pada dahi Aim.
Tak sampai dua minit, muka serius dia dah pun menghadap muka batu Hadi di pekarangan kediaman ibu bapanya.
“Delete apa-apa media yang dia orang ambik malam tu. This is a strict order. Do everything to make this right .”
“Everything, boss?”
Fiq mengangguk tanpa banyak berfikir. Dia tak kisah sangat kalau orang nak tengok dia buat apa sekalipun. Tapi kat dalam video tu ada Aim.
“Lepas dah wipe semua, I want him and his family off the street. Kalau dia pandai negotiate, good for him. But make it real good. Untuk Cik Farah… any membership yang dia ada, cancel semua. VIPs… everything. Brief Zach pasal ni dan mintak dia uruskan Rey aje.”
Hadi mengangguk sekali.
“Phone Amani. Erase semua data. The links, history… everything. Kita nak semua ni settle dalam dua hari. Money’s not a problem.” Tenang Fiq bagi arahan.
Dagu Hadi bergerak sedikit dengan penuh siaga. Dia tahu kalau Fiq sebut perkataan ‘strict order’, ini bermaksud Fiq nak dia sahaja yang dapat akses untuk benda tu. Diakui, untuk individu yang berpengaruh seperti YAM Tengku Taufiq Syahlan, dia bangga dapat jadi orang kepercayaan lelaki itu.
“Macam mana dengan Engku dan Puan Emma?”
“Hantar bodyguard dua orang. This time, jangan ikut dekat sangat. I’ll use Evoque for the mean time. Or Levante. Just keep an eye on these two,” bagi tahu Fiq perlahan dan ayat dia harus dihentikan bila tengok mata Hadi menghala ke arah sesuatu yang berada di belakangnya.
Teka Fiq, Aim dah keluar rumah Segera dia berpaling ke belakang lepas Hadi meminta diri.
“Baby, careful,” pesan Fiq bila tengok Aim sedang menuruni anak-anak tangga. Seriau betul tengok Aim panjat tangga tu.
“Iya, abang. Dah 21 tahun adik turun naik tangga, tak pernah jatuh lagi,” balas Aim sambil senyum tak nampak gigi.
Sampai saja pada tangga terakhir, tangannya dihulurkan pada tangan Fiq yang dah sedia menyambut.
“Wanginya isteri abang,” puji Fiq bila dia cium ringkas pipi Aim.
“Setakat ni morning sickness tak ada lagi kan, sayang?”
Aim geleng. Baru nak masuk tiga minggu dia bawa benih dalam perut. Tak bagi kesan apa-apa pun lagi.
Fiq cuba tunjuk muka gembira walaupun dia cuak apabila membayangkan imej Aim sedang muntah-muntah depan singki dalam bilik mereka. Tolonglah jangan ada fenomena tu.
“Kita nak pergi mana, bang?” tanya Aim.
“Aquaria, sayang. Kat KLCC. Patutnya minggu ni abang rancang kita pergi Mont Blanc, main luncur salji. Abang Ing dah inform pilot dia dah. Tapi…”
Fiq tak tahu apa yang patut dia rasa sekarang. Sedih sebab tak dapat bawa Aim jalan-jalan ataupun gembira sebab Aim mengandung? Dia tahu dia pentingkan diri sendiri.
Aim dengar tak dengar saja jawapan Fiq. Kepala dia masih lagi fikir pasal video tu. Macam mana dia nak jelaskan? Benda tu maruah dia dan Fiq. Kalau orang nampak dia, orang akan kecam Fiq tak reti jaga maruah isteri. Tapi dia tengok Fiq kat sebelah macam rilek aje, tak ada apa-apa. Siap nak keluar jalan-jalan lagi di petang hari.
“Abang, video tu macam mana? Nanti kalau mama papa nampak…” Aim tak habiskan ayat itu.
“Hari tu masa mama papa tanya pasal kita, abang cakap kita tak buat apa-apa pun sebelum kahwin. Nanti orang tahulah abang tipu. Adik dulu yang gedik dengan abang.”
“Ya Allah, sayang. Mana ada kita buat apa. Hisy, buat apalah fikir benda yang patut abang fikir? Hari ni kita santai aje. Makan Baskin Robin, jalan pegang tangan…”
Musykil Aim dengan Fiq. Dia terlampau fikir ke ataupun Fiq langsung tak kisah video mereka akan jadi tontonan umum? Memanglah dia orang tak buat apa-apa yang ekstrem kat dalam tu. Tapi tetap juga, dia duduk berdua-duaan dengan tunang orang.
“Abang, Engku Sarfaraz dah tengok video tu. Abang dengar tak ni?” Aim nak menangis.
Nanti Engku Sarfaraz cakap kat mama. Nanti mama pulak salahkan Fiq.
Genggaman Fiq pada stereng kereta dikuatkan bila dia geram dengan situasi sekarang. Tengok! Sebab ni lah dia tak suka kalau Aim bercakap dengan manusia yang ada lidah macam ular.
Memang betul video tu wujud. Dia dah lama syak. Tapi dia tak sangkalah pula ada orang hantar pada Amani. Padahal hari tu awal-awal lagi dia berkias dengan Rey yang dia tak nak buat Rey sebagai musuh. Jadi, Rey patut tahulah yang dia patut padam apa-apa yang ada kaitan dengan Fiq dan Aim.
“Abang tak malu ke? Abang ni dahlah ramai orang kenal.”
“Kita tak buat apa-apa pun, kan?”
Aim geleng bila dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa malu sangat kalau emak tengok betapa gatalnya dia duduk berdua-duaan tunang orang lain.
“Malu…”
“Malu apa?”
Aim diam sebentar sebelum dia tarik tangan nya dari genggaman Fiq. Muka dia ditutup.
“Abang, malu abang…” Dia betul-betul rasa nak menangis. Kenapa Fiq rileks aje? Kenapa?
“Tu la. Kalau abang pesan jangan cakap dengan dia, dengarlah pesan abang. Ni memandai aje keluar bilik konon nak layan tetamu.”
“Tu tetamu pertama adik, okey. Mestilah adik nak layan.”
Fiq ketawa kecil.
“Tetamu ni bila kita jemput aje, sayang. Lepas ni ajak Pa datang rumah. Layanlah adik nak layan dia sampai lunyai pun. Abang tak kisah.”
Sekejap saja Aim gembira bila bayangkan Pa datang ke rumah. Tapi bila ingat balik pasal video tu, dia mengerang balik sambil hantuk-hantuk kepala pada dashboard.
Semua ni salah Fiq! Kenapa entah tiba-tiba masuk gudang cakap dia patah kaki, patah tangan semua? Tak fikir apa-apa, tangan dia spontan mencubit lengan Fiq. Dia tak rasa pun Fiq akan sakit sebab muscle dia tebal kat situ.
“Ouch! Kenapa tiba-tiba cubit abang pulak, sayang?”
“Abang la ni!” Jerit Aim 2.5 oktaf bila garisan mulut dia dah jatuh ke bawah. Dia malu.
“Kenapa abang pulak? Ouch!” tanya Fiq separuh ketawa bila tengok Aim betul-betul marah tanpa sebab-musabab.
“Siapa suruh abang masuk dalam tu? Balik ajelah. Abang datang situ naik kereta. Bukannya kena tunggu sampai hujan reda.”
“Siapa yang kerja lebih syif? Abang pergi cari la sebab masa tu adik tak balik lagi.”
“Macam mana nak balik? Hujan.”
Fiq sengih. Dia tak nak bagi tahu Aim pasal rancangan jahat Rey dan Farah.
“Abang nak hantar adik balik rumah la.”
“Leave me alone!” Dua-dua tangan dia dah tolak bahu Fiq.
“Sayang, abang tengah drive ni!” jerit Fiq dalam nada yang sama bila teruja tengok muka Aim tengah membara.
Semua darah dah berkumpul di bahagian muka. Lubang hidung pula asyik kembang-kempis. Dia tak tahu pun muka Aim masa marah sangat-sangat menarik. Selama ini dia tak pernah rasa nak buat Aim macam ni.
“Leave me alone!”
“Baby, you know kan dari situ abang boleh cari alasan kahwin dengan adik? So the answer is, I won’t leave you alone. Not then, not now, not ever.” Selamba saja dia cakap bahasa rojak.
“Tak nak pergi Aquaria!” Aim muncungkan mulut sambil angkat lutut pada dada. Dia tak kisah jadi budak lima tahun hari ni.
“Bukan adik bawak kereta pun.”
Bibir bawah Aim dimain-main perlahan. Dia tengok Aim macam nak senyum.
“Ala princess abang merajuk. Baring atas paha abang, meh.”
Dia tarik bahu Aim sambil tengok cermin pandang belakang. Kelajuan kereta diperlahankan. Apa-apa pun yang tengah Hadi buat sekarang, dia harap segalanya berjalan lancar.
Rey, Farah, Engku Sarfaraz dan juga Amani. Dia tahu dia kena buat sesuatu. Nak tercabut urat kepala rasanya ni! Kalau yang perempuan tu boleh tahan lagi la, tapi kalau Rey… darah dia menggelegak.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/343924