e-Sentral di Pameran Digital Lifestyle Expo 2013

Sambil beraya pada hujung minggu hadapan, saudara dan saudari juga dijemput untuk mengunjugi Pameran e-Sentral di Digital Lifestyle Expo 2013, yang akan bertempat di KLCC Convention Center pada 23 – 25 Ogos. Expo yang dianjurkan oleh PIKOM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini akan mempersembahkan gaya hidup digital melalui perantaraan yang disediakan oleh syarikat-syarikat ICT Malaysia.

Antara produk baru yang akan diperkenalkan oleh e-Sentral pada expo ini adalah Digimag, iaitu platform majalah digital interaktif yang sesuai untuk peranti mobile.