[SNEAK PEEK] TALAM MANIS ABANG BUJANG

Talam Manis Abang Bujang Oleh Cici Aida

 

“Kita putus. Saya tak nak kahwin dengan awak. Awak dah tak suci.”

Ternganga luas mulut aku mendengar tutur kata Dayang. Kejam sungguh tuduhan yang dilemparkan pada aku. Sampai begini sekali aku kena terima. Tercemar nama baik aku dengan mak ayah sendiri. Malu gila ni. Dengan muka bengang aku tarik tangan Dayang berlalu ke luar rumah.

“Auww..!”

“Sini kau!”

“Amer, jangan dia apa-apakan anak orang tu.”

“Biar dia mak. Suka-suka hati dia nak tuduh Amer macam ni.”

“Amer, kau nak tarik Dayang tu ke mana?”

“Nak tunjukkan pada dia yang Amer tak salah. Jiran sebelah rumah Amer ni baik nak mati ayah tahu tak. Jangan kata nak jeling, sentuh Amer pun dia tak pernah. Apahal pula nak kata Amer dah kena….ish tak suka benda tu.”

“Abang Amer…”

Terdengar nama aku tiba-tiba dipanggil, terus pandangan aku beralih.

“Sari?”

Waktu yang sama Dayang ambil peluang merentap tangan sendiri dari terus aku memegangnya. Tanpa peduli aku tidak mengendahkan. Sari yang berada tepi pagar aku dekati.

“Sari sebenarnya nak minta maaf pada abang.”

“Kenapa nak minta maaf. Sari bukan ada buat salah pun dengan abang.”

“Ada. Tapi abang lupa. Dan kalau boleh Sari tak nak abang benci Sari sebab hal tu.”

“Apa sebenarnya ni? Abang tak faham.”

“Abang lupa yang Sari dah… ter…. romen abang semalam.”

“Hah!” tercengang gila aku mendengar apa yang Sari cakap.

“Astghafirullah hallazim..!”

Tubuh mak tiba-tiba menyorot jatuh dengan sendiri.

“Mak cik!”

“Mak!”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/347145

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *