[REVIEW] AWAK SUKA SAYA TAK? 2

Awak Suka Saya Tak? 2 Oleh Melur Jelita

 

Kehidupan berdua dilayari dengan penuh kasih sayang di antara Hilman Yong dan Intan Yong. Tetapi biasalah, keharmonian pasti berkocak sedikit sebanyak dengan mulut manusia. Hilman dibebankan dengan pertanyaan yang sangat berat. Bagaimankah akidah mummy dan daddynya?

Novel Awak Suka Saya Tak? 2 ini adalah sambungan kisah peribadi antara Yong dan Intan selepas mereka berkahwin. Bagi admin, novel ini memang tebal dan mempunyai lebih 800 mukasurat untuk dihabiskan. Pelbagai konflik yang terjadi dalam perhubungan mereka antaranya ialah Intan seringkali mengalami keguguran, desakan keluarga mentua Intan untuk dapatkan cucu sebagai pewaris dan banyak lagi. Cerita ini sangat sesuai dibaca oleh umum terutama kepada mereka yang baru saja berkahwin untuk dijadikan sebagai teladan. Jadi bagaimanakah pengakhiran cerita mahligai yang dibina oleh Yong dan Intan? Bagaimana mereka atasi segala dugaan dan tohmahan yang dilemparkan? Mampukah mereka bertahan?

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/272110/Awak-Suka-Saya-Tak-2