E-sentral di Pesta Buku Frankfurt 2013

E-Sentral di Pesta Buku Frankfurt 2013

 

Pesta Buku Frankfurt 2013 berlangsung selama 7 hari di Frankfurt, Jerman bermula dari 9 Oktober 2013 hingga 13 Oktober 2013. Hampir semua negara berkumpul di sini untuk berhubung dan bertukar-tukar idea, topik, gaya dan hala tuju industri buku dan e-buku di peringkat antarabangsa.

E-Sentral berada di Pesta Buku Frankfurt 2013 sebagai salah satu syarikat yang menawarkan pelbagai penyedia servis (servis solution provider) yang berkaitan dengan e-buku. Kami berada di Hall 8.0 L 139 Digital Hotspot bersama-sama dengan beberapa syarikat dari Amerika Syarikat, Ireland, UK, New Zealand, Canada dan beberapa negara yang lain.

image

Di Digital Hotspot, kami bersama-sama beberapa syarikat teknologi baru dan lama bersama-sama menawarkan kepelbagaian untuk penerbit dan syarikat teknologi yang lain untuk membuat dan memasarkan e-buku yang bersamanya tersedia dengan penyediaan perlindungan DRM supaya e-buku bukan sahaja cantik, mudah dibaca dan senang disimpan, tetapi juga tidak tertiris dan dicetak rompak.

image

Nantikan lebih banyak buku-buku di di E-Sentral.com pada masa akan datang!