[SNEAK PEEK] MRS. PERFECTIONIST

MRS. PERFECTIONIST oleh eyfah Zakirin

Tindakan Nia mahu menangguhkan majlis bahagia mereka, memaksa Tengku Ammar mengheret Ilya dalam hidupnya. Janjinya bukan kosong. “Kahwin dengan I,” Tengku Ammar melutut dihadapan Ilya. Bersaksikan pelanggan restoran mamak. “Apa Jaminan you?” Ilya. “I akan ajar you, apa itu bahagia. Apa itu cinta dan I akan buat you gembira sentiasa,” Tengku Ammar Lalu Ilya menerima lamaran itu bersama segunung harapan dan impian. Bahagia benar miliknya. Tengku Ammar mampu buat dia tersenyum Dan rasa dihargai. Kembalinya Nia bersama harapan. Kekasih yang dulu harus kembali padanya. Strategi diatur penuh teliti. “Tinggalkan Tengku Ammar. Dia kekasih Aku,” Nia Isma “Kau dah gila? Langkah mayat aku dulu, ” Ilya Ilya mula menjeruk rasa. Benci dan amarah bertamu dihati. Dia harus bertindak. Tidak rela kehilangan lelaki itu. Satu persatu tindakan diambil. Yang dia mahu, Nia pergi. Tersilap percaturan Tengku Ammar semakin menjauh. Dirinya semakin dipinggir. Cintanya seakan sudah tidak bermakna bagi lelaki itu. “I boleh kahwin lebih dari satu,” Tengku Ammar. Keputusan Tengku Ammar memilih Nia, buat Ilya berjauh hati. Di malam ulang tahun perkahwinan mereka, dia memilih untuk pergi. “Thanks For everything. You ajar I apa itu terluka,” Ilya. Pemergian Ilya mula dirasa. Jiwanya mula kosong. Cintanya pada Nia hanya mainan perasaan. Penyesalan sudah tidak berguna. Ilya pergi tanpa pesan Dan jejak. Hidupnya mula terumbang ambing. Ratapan sudah tiada maknanya. Mampukah dia membawa Ilya kembali dalam hidupnya setelah melukai Ilya?


Melihat reaksi suaminya, Puan Sri Suriani mengambil tempat di sisi Tan Sri Syed Aminuddin. “Abang fikir pasal Ilya?”
Tan Sri Syed Aminuddin memandang wajah isterinya sejenak. Kalau dia jawab tidak, nampak sangat menipu. Tidak pernah sesaatpun dia tidak memikirkan tentang Ilya. Sudah tiga tahun Ilya menghilangkan diri. Tidak pernah sekalipun Ilya menghubungi mereka. Perkara itu merunsingkan fikirannya. Sebagai ayah, dia sangat risau akan keadaan Ilya.
“Entahlah, Sue. Dah tiga tahun Ilya hilang. Call tak pernah. Mesejpun tidak. Abang takut kalau abang tiba-tiba dijemput pergi. Tak sempat nak minta maaf dengan dia,”
Puan Sri Suriani diam. Dia sedar kerunsingan suaminya itu. Sudah berkali-kali suaminya itu meluahkan rasa hatinya, tapi dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Semuanya salah dia. Kalau bukan kerana sikapnya yang keterlaluan, Ilya tidak akan pergi meninggalkan mereka semua. Dia menyesal atas apa yang dia pernah lakukan pada Ilya satu ketika dahulu.
“Papa!” Sumiati berlari anak menuruni tangga.
Tan Sri Syed Aminuddin berkerut dahi. Dia memandang Puan Sri Suriani hairan.
“Kenapa dengan Mia tu?”
Puan Sri Suriani angkat bahu tanda tidak tahu.
“Entahlah bang. Tanyalah dia,”
Sumiati berdiri di hadapan kedua ibu bapanya. Bibirnya menguntum senyuman gembira.
“Kenapa jerit-jerit ni, Mia? Gembira semacam je. Nak kahwin ke?” Puan Sri Suriani melancarkan soalannya.
Sumiati berdecit. “Apa pulak kahwin. Mia ni muda lagi,”
“Habis tu?” Tan Sri Syed Aminuddin menjongket kening.
Sumiati mengangkat telefonnya itu bersama senyuman gembira. Di skrin telefonnya terpampang wajah anak-anak Ilya.
“Anak sape ni Mia?” Puan Sri Suriani kehairanan. Telefon Sumiati itu dirampas perlahan untuk melihat gambar itu dengan lebih jelas.
“Ha’ah. Anak sape yang Mia tunjuk pada kami ni?” Giliran Tan Sri Syed Aminuddin bertanya. Sambil itu, dia menjenguk kepala untuk melihat gambar itu.
Sumiati hanya menjongket kening nakal.
“Cuba teka.” Sengaja mempermainkan mereka berdua.
Puan Sri Suriani berdecit. Dia memandang wajah Sumiati dengan pandangan yang menjengkelkan.
“Mama tak ada masa nak teka-teka,” balas Puan Sri Suriani. Dia menghulurkan kembali tepefon itu kepada Sumiati.
Sumiati mencebik bibir. “Papa?” Wajah Tan Sri Syed Aminuddin dipandang bersama senyuman.
Tan Sri Syed Aminuddin mengangkat kedua-dua bahunya. Tumpuannya kembali pada telefon sendiri.
Sumiati merengus. Nampaknya, tiada satupun antara mereka yang mahu meneka siapa budak yang berada di dalam gambar itu. Dia menghempas duduk dihadapan kedua orang tuanya sambil menilik gambar itu. Bibirnya tidak habis-habis mengukir senyuman gembira.
“Comel anak buah Mia, ni pa, ma. Tak sabar nak jumpa diorang,” kata Sumiati.
Tan Sri Syed Aminuddin memandang Puan Sri Suriani sambil mengerutkan dahi. Wajah Sumiati dipandang hairan. Anak buah? Sumiati mana ada adik beradik lain selain Ilya. Itupun tiri.
“Mia merepek apa ni? Anak buah siapa?”
Sumiati memandang mereka berdua silih berganti.
“Mia tak merepek. Budak berdua ni memang anak buah Mia. Anak Abang Am dengan Kak Ilya,”
Tan Sri Syed Aminuddin memandang wajah Sumiati tidak percaya.
“Mia jangan nak main-main. Mana Mia dapat gambar ni?”
“Ha’ah. Jangan nak bagi papa harapan palsu, Mia. Sian kat papa,” celah Puan Sri Suriani.
Sumiati mengeluh.“Mia tak main-mainlah. Ini memang anak Kak Ilya dengan Abang Am. Abang Am dah jumpa Kak Ilya. Dah berbaikpun. Cuma, Kak Ilya masih tak yakin nak balik Malaysia,”
“Alhamdulillah,” ucap Puan Sri Suriani. Wajahnya berubah gembira.
Itulah khabar yang dinantikan oleh mereka sekeluarga setelah sekian lama Ilya menghilangkan diri. Dia memandang suaminya yang sudah menunjukkan wajah gembira.
“Betul ke ni Mia? Am dah jumpa Ilya?” tanya Tan Sri Syed Aminuddin, kurang yakin.
“Dah sudah, papa. Yang bestnya, papa ada cucu kembar,”
“Alhamdulillah,” ucap Tan Sri Syed Aminuddin. Satu penantian yang berakhir dengan kegembiraan yang tidak terhingga. “Sue, anak abang….”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/328087/MRS-PERFECTIONIST

[SNEAK PEEK] Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah

Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah Oleh Dr. Amirul Amzar, Dr. Suhazeli Abdullah, Mohd Dziehan, Tayang Hamzah

Kenapa orang dewasa pun perlukan suntikan vaksin? Jawapan mudah untuk persoalan ini adalah bagi melindungi diri dan melindungi orang di sekeliling daripada jangkitan penyakit.

Vaksin yang diperlukan untuk individu dewasa bergantung kepada umur, gaya hidup, rancangan perjalanan ke luar negara, status suntikan vaksin yang pernah diterima sebelum ini, dan keadaan status perubatan seseorang.

Berikut adalah antara sebab mengapa individu dewasa juga memerlukan suntikan vaksin.

1. Anda mungkin tidak lagi dilindungi. Anda mungkin menerima vaksin semasa kanak-kanak. Tetapi sesetengah vaksin memerlukan dos suntikan booster untuk terus berada dalam status perlindungan. Status perlindungan mungkin tidak tahan lama untuk penyakit seperti pertusis (batuk kokol) atau tetanus, yang biasanya diberikan semasa usia kanak-kanak.

2. Mendapatkan suntikan vaksin membantu melindungi anak-anak anda – terutamanya dalam melindungi bayi yang masih kecil dan belum mencapai usia yang boleh diberikan suntikan vaksin. Vaksin batuk kokol disyorkan untuk wanita hamil (dicadangkan usia kehamilan antara 27 dan 36 minggu) dan individu yang mempunyai hubungan dengan bayi kecil. Begitu juga dengan suntikan vaksin flu/selesema ini kerana tiada vaksin flu yang sesuai untuk bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan.

3. Sesetengah vaksin memang hanya untuk orang dewasa. Sebagai contoh suntikan vaksin kayap/shingles (juga dikenali sebagai herpes zoster atau zoster) disebabkan oleh pengaktifan semula virus cacar air. Ia boleh menyebabkan ruam kulit yang teruk dan menyakitkan. Risiko untuk kayap meningkat terutama dalam golongan individu berumur. Vaksin ini disyorkan untuk orang dewasa berumur 60 tahun ke atas.

4. Anda mungkin memerlukannya semasa perjalanan. Melancong ke negara lain, anda mungkin menghadapi penyakit yang tidak akan didapati di Malaysia. Suntikan vaksin demam kuning contohnya diperlukan untuk perjalanan ke bahagian Afrika Sub-Sahara dan Amerika Selatan. Manakala untuk perjalanan semasa umrah, atau haji tahunan ke Mekah, kerajaan Arab Saudi mewajibkan suntikan vaksin meningococcal. Anda perlu membuat rujukan awal sebelum melancong ke negara lain bagi mengetahui keperluan mengambil apa-apa suntikan vaksin.

5. Setiap tahun memerlukan vaksin flu/selesema. Disyorkan semua individu berumur 6 bulan ke atas mendapatkan vaksin flu setiap tahun jika mereka tidak mempunyai alasan perubatan yang tidak membenarkan menerima suntikan vaksin tersebut. Vaksin flu ini diperbaiki setiap tahun dengan tujuan melindungi terhadap tiga ataupun empat jenis virus selsema yang sentiasa bermutasi dan dijangkakan akan menyerang setiap tahun.

6. Sebagai contoh buat kanak-kanak. Ramai kanak-kanak yang tidak tahu ataupun tidak boleh mengambarkan pengalaman dan mengapa mereka harus menerima suntikan vaksin. Mereka rata-ratanya takut kepada jarum dan kesakitan menerima suntikan. Oleh itu, individu dewasa boleh menunjukkan teladan dan membuktikan kepada mereka bahawa pencegahan sesuatu penyakit berjangkit melalui melalui suntikan vaksinasi adalah pilihan yang terbaik.

7. Anda mungkin tidak mendapat vaksin sepenuhnya semasa zaman kanak-kanak. Tidak semua orang bernasib baik divaksinasi sepenuhnya semasa zaman kanak-kanak. Katakan anda tidak mendapat vaksin untuk pencegahan seperti penyakit measles, begok (mumps), dan rubella semasa usia kanak-kanak. Oleh itu anda memerlukan suntikan vaksinasi walaupun sudah dewasa. Terdapat juga sesetengah individu dewasa yang pada ketika zaman kanak-kanak mereka, program vaksinasi belum bermula ataupun belum menyeluruh bagi merangkumi pelbagai jenis penyakit seperti pada jadual imunisasi kebangsaan yang ada sekarang.

8. Vaksin baru telah dihasilkan. Sesetengah vaksin yang disyorkan untuk orang dewasa agak baru. Sebagai contoh, FDA meluluskan vaksin HPV dan vaksin kayap/shingles pada tahun 2006. Meskipun jumlah individu dewasa yang diberi suntikan vaksin-vaksin baru semakin ini meningkat, namun tahap kesedaran bagi menerima sutikan vaksin ini adalah suatu cabaran untuk setiap negara.

9. Anda bekerja dalam profesion penjagaan kesihatan. Kakitangan penjagaan kesihatan berpotensi terdedah kepada segala macam jangkitan, serta terdedah kepada cairan darah dan badan pesakit. Kebanyakan dikehendaki bukan sahaja mendapatkan siri suntikan vaksinasi yang lengkap malah termasuk juga mendapatkan suntikan vaksinasi influenza tahunan, suntikan vaksin untuk measles, mumps, rubella (MMR), dan hepatitis B.

10. Anda aktif mengamalkan amalan seks bebas. Vaksin seperti hepatitis B sangat disyorkan kerana jangkitan virus Hepatitis B boleh dijangkiti daripada satu individu kepada individu lain melalui perpindahan cecair tubuh seperti air mani, cecair vagina, dan darah. Hepatitis B adalah 50-100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan HIV. Perlu diketahui, anda mungkin melihat pasangan anda sihat, namun pasangan anda mungkin membawa penyakit ini.

11. Anda mungkin mempunyai status imun tubuh yang rendah. Sebagai contoh, individu dewasa yang mempunyai masalah kesihatan seperti asthma, penyakit jantung, penyakit paru-paru, diabetes, ataupun penyakit kronik yang lain. Ataupun anda seorang perokok, sistem imun anda mungkin sedikit terganggu. Suntikan vaksin pneumococcal mungkin boleh membantu mencegah penyakit serius seperti pneumonia, meningitis, dan jangkitan darah yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae. Justeru untuk individu seperti di atas, boleh dapatkan vaksin pneumococcal kerana anda mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk jangkitan ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/324981/kau-vaksin-anak-kau-habislah

[SNEAK PEEK] Aku Ingin Jadi Penulis

Aku Ingin Jadi Penulis oleh DOMI RYC

“Seronok tak jadi orang popular.” Aku tanya spontan. Bukan nak tahu sangat cuma sekadar membuka peluang untuk dia bercerita.

“Maksud?”

“Yalah semua orang pun pandang kat Encik Ian bila pergi ke mana-mana.”

“Popular tu seronok, tapi jadi perhatian orang ramai walaupun hal peribadi kita menjadikan mana-mana pelakon pun tak selesa. Manusia ni tak ada yang rekodnya putih bersih tanpa calar, mesti ada yang bergaris hitam. Kecuali kalau kau kerja sebagai ustazah atau ustazlah.”

Aku angguk kecil. Serba sedikit faham dengan kata-katanya. Tiba-tiba terlintas dalam fikiranku tentang kekasihnya yang tempoh hari kutemui bersama dengan lelaki lain.

“Aku kena lebih berjaga-jaga terutamanya bila ada orang yang tahu banyak tentang kelemahan aku. Bila kita mula keluar di kaca televisyen, mulalah ramai yang korek sana sini nak tahu siapa aku sebenar.”

“Jadi kalau tak selesa, Encik Ian buat apa?”

“Saya biasa aje. Kalau over reacting nanti orang lain nampak kelemahan yang boleh mereka serang sana-sini. Saya pernah terperangkap dalam berita scandal dan saya cukup tak nak pengalaman buruk tu berulang sekali lagi. Rimas dengan berita-berita negatif dan spekulasi buruk terhadap saya walaupun benda tak pernah berlaku.”

Aku pandang jalan raya. Mungkin sebab tu kebanyakan waktu dia nampak tenang dan bersahaja. Kadang-kadang nampak sombong dan sukar untuk didekati. Dia dah bina tembok supaya dia tidak terluka nanti. Lagipun dia kata dia kena berjaga-jaga dengan semua orang kerana tidak mahu hal peribadinya dijadikan bahan topik perbualan orang lain.

Macam akulah agaknya sebab aku tahu banyak tentang dia. “Encik Ian jangan risau, saya pandai simpan rahsia.” Aku berjanji bersungguh-sungguh. Dia ketawa kecil nampak senang hati mungkin kerana kata-kataku kedengaran ikhlas dari pendengarannya.

Dia menoleh ke arahku dan tanpa diduga tangan kirinya mencapai bahuku lalu menepuk perlahan. Jantungku memecut laju dan aku rasa pipi dah naik merah masa tu. Terasa getaran demi getaran berlaku di dalam setiap sudut perasaanku walau aku cuba menafikan dan mengelak dari terus dihanyutkan oleh gelora jiwa. Yang peliknya semakin aku menghalang semakin banyak lagu-lagu cinta berdendang singgah di kepalaku.

Aku pandang dia lagi dan Ian Adafi nampak langsung tidak terkesan oleh perasaan. Aku cepat-cepat lontar pandangan ke arah cermin sisi.

Alamak Mika, itulah kan tak pernah bercinta, bila dapat perhatian dari lelaki walaupun sikit mulalah tak tentu arah. Ini sikit aje Mika. Lelaki di sebelah kau ni dah berpuluh kali peluk perempuan cantik-cantik masa dia tengah berlakon. Bagi dia tepuk bahu ni seperti tepuk buah labu je. Aku gertak hati sendiri yang sudah tak tahu malu terusik pada orang yang sejuta kali lebih baik dariku

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/317532/aku-ingin-jadi-penulis

[SNEAK PEEK] Lindungan Kasih Suraya

Lindungan kasih Suraya oleh Nursha Ahmad

DUM!

Bunyi sesuatu tumbang di dalam bilik Nureen kedengaran agak kuat. Suraya apa lagi, terus cuak mukanya. Masakan tak cuak kalau tiba-tiba sahaja bunyi. Takut juga dia kalau Nureen tersungkur terhantuk buku almari. Boleh gawat jadinya.

“Nureen?”

“Apa kau nak?” Nureen yang baru membuka pintu terus bertanya. Pintu pula hanya dibuka suku seakan-akan menyembunyikan sesuatu. Rambunya berserabai, matanya sedikit memerah. Mungkin baru bangun tidur?

“Kau okey ke? Macam pelik aje.” Suraya tolak pintu bilik Nureen suapaya terbuka dengan lebih luas. Nureen pula tidak menganjak, tangannya kuat menghadang pintu bilik. Suraya tidak mengalah, terus dia memanjangkan lehernya untuk mengintai isi bilik Nureen.

“Kau dah kenapa?” Marah Nureen. Pantang betul dia, mesti Suraya fikir yang bukan-bukan mengenainya.

“Kau la kenapa? Kenapa kau tak nak buka pintu, kau ada sembunyikan sesuatu ke?” Sikap ingin tahu Suraya semakin meruap-ruap. Meruap-ruap lagi dia apabila terdengar akan sesuatu tersungkur sebentar tadi. Bila diteliti Nureen dihadapannya ini tiada pula tanda-tanda terbabas atau terhantuk. Takkan bunyi jembalang pula.

“Aku sembunyikan apa? Kau jangan macam-macam. Dah pergi, aku nak tidur.” Nureen menutup pintu biliknya kembali. Namun, pantas tangan Suraya menghalang.

“Bukakan pintu ni…”

“Kau ni sibuk sangat kenapa? Pergi berambus sana.”

“Buka aje la sekarang.” Paksa Suraya sambil menolak-nolak dedaun bilik.

“Aku cakap berambuskan? Tak faham bahasa ke pekak?” Nureen menghadang pintu itu dengan sepenuh tenaganya.

“Kenapa kau tak nak buka? Mesti ada sesuatu kan? Aku ni mungkin nampak bodoh tapi bodoh aku ni bodoh sepat tahu!” Suraya geram.

“Kau ni tak habis-habis dengan bodoh? Memang patut pun bodoh tu melekat kat kau.”

“Buka!”

“Kau nak sangat kan? Aku buka!” Tempik Nureen lalu membuka pintu biliknya. Mata suraya menganalisis setiap pelosok sudut, tiada apa pun yang mencurigakan. Mati-mati dia ingat Raykal di sini. Ya Allah, sucikanlah hati hamba-Mu yang suka bersangka buruk ini.

“ Puas? Dah berambus aku nak tidur!” Pintu bilik dihempas kuat oleh Nureen.

“Su… subuh jangan lupa.” Pesan Suraya terjeda-jeda. Pagi-pagi sudah berperang dingin. Kalau matahari sudah naik, mahu perang segala perang dunia. Baik dia berangkat ke surau cepat, buang masa sahaja berlama-lama di sini.

Terus Suraya sarungkan kasut seliparnya dengan lincah. Tudungnya dibetulkan sebentar. Mahu ke masjid, haruslah bertudung. Kalau tidak bertudung, mahu ditendang keluar dari masjid.

“Awal-awal nak ke mana?” Sapa seseorang dalam kegelapan.

“AllahuAkbar!” Suraya urut dadanya sendiri. Sejak-sejak Nureen pulang, ada sahaja gejala sakit jantungnya. Jangan sampai mati kering sudahlah.

“Semua memang suka muncul macam ni ke?” Rambut berserabai Raykal Suraya pandang sekali. Tidak cukup dengan itu, Raykal yang hanya bersinglet putih tersebut agak menganggu pemandangan indah di pagi Suraya.

“I memang suka muncul macam ni. Baru suprise sikit.” Loyar buruk Raykal. Suraya pula tersenyum sumbing. Suprise nenek dia. Kalau aku mati kejung macam mana? Desis hati Suraya.

“Tak sejuk ke? Uhm… saya pergi dulu eh saya dah lewat.”

“Pergi mana? Nak I hantarkan?”

“Eh tak usah. Saya nak ke masjid. Kalau awak nak solat subuh sekali, Boleh la nak ikut sekali.” Bilang Suraya. Dengar sahaja tentang solat subuh, Raykal terus terdiam seribu bahasa. Sudah terang lagi bersuluh yang dia tidak sudi mahu mengikuti Suraya.

“Kalau macam tu saya pergi dulu la ya.”

“Okay. Take care.” Pesan Raykal sebelum kelibat Suraya hilang dari ekor matanya. Fuh! Nasib baik tidak ketahuan. Kalau tidak mahu dia ditendang keluar dari rumah ini. Terus dia tadah tangannya membawa rasa seribu kesyuukuran.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa aku sebentar tadi. Dan terima kasih kerana engkau telah menutup aibku.” Terus Raykal menyapu wajah menggunakan telapak tangannya. Hari ini sudah terlepas dari pukat, esok-esok siapa tahu kan?

“IBNUL Qayyim Rahimahullah berkata, manusia masuk ke neraka dari tiga pintu. Pintu yang pertama ialah pintu syubhat yang memunculkan keraguan terhadap agama Allah. Pintu syubhat ini membuatkan kita berada dalam keraguan. Ragu kepada Allah SWT. Ragu kepada nabi SAW. Ragu dengan Islam dan lain-lain. Pintu yang kedua pula ialah syahwat pula yang menyebabkan ia lebih mendahulukan hawa nafsu dari ketaatan kepada Allah dan keredhaan-Nya. Pintu syahwat ini membuatkan manusia mengutamakan nafsu dan kehendak diri daripada kehendak Allah dan rasul. Tidak peduli halal dan haram, janji nafsunya dapat dipuaskan. Tidak risau jika tidak mendapat redha Allah SWT.” Lembut sahaja suara Aswad menyapa gegendang telinga Suraya. Tidak sia-sia dia bersetuju untuk mengaji bersama-sama selepas solat subuh tadi. Dapat juga dia mengaut pahala dan ilmu yang lebih.

“Pintu terakhir, pintu kemarahan yang melahirkan permusuhan terhadap makhluk. Pintu ini membuatkan manusia hilang pertimbangan, membuatkan manusia berkelahi dan bermusuhan sesama sendiri.” Sambung Aswad lagi.

“Encik tahu cara menggelakkan diri daripada terjerumus dalam tiga pintu neraka ni?”

“Manusia sebagai hamba Allah SWT memerlukan tiga benda untuk menggelakkan diri terjerumus ke dalam pintu-pintu neraka ini. Yang pertama, kita perlukan ilmu pengetahuan yang yakni ilmu itu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Manusia juga perlu menjauhi majlis-majlis, buku-buku dan rakan-rakan yang suka menyebarkan syubhat. Yang kedua ialah kesabaran. Manusia kena sabar dalam mengamalkan perintah dan menjauhi larangan. Yang ketiga pula, manusia kena menahan marah dan bersabar dalam menghadapi orang yang berbuat zalim kepada dirinya. Lebih mulia apabila disertai dengan pemaafan dan lebih mulia lagi jika ditambah dengan balasan berbuat baik kepada orang yang berbuat zalim kepada kita.” Terang Aswad dengan lebih mendalam. Suraya hanya mengangguk mengerti. Nampak seperti mudah tetapi semua perkara itu kurang dalam diri Suraya.

“Ustaz apa dekat sini? Tak pergi ke ladang hari ni?” Tanya seseorang kepada Aswad. Suraya tidak tahu siapa orang tersebut kerana pandangannya terhalang dengan langsir yang memisahkan tempat solat lelaki dan perempuan.

“Ustaz? Aswad ustaz rupanya… bagusnya muda-muda sudah dapat gelaran ustaz. Bila tua nanti mesti dapat gelaran mufti.” Puji Suraya dalam hatinya.

“Saya memang nak ke ladang. Tapi sebelum tu saya ada sesuatu sikit nak kena selesaikan dekat pekan.”

“Baiklah ustaz. Saya nak bersihkan sikit kawasan masjid ni. Apa-apa ustaz bagitahu saya la ya.” Mesra sahaja lelaki itu berkata. Dialog yang dilontarkan semua dengan intonasi hormat. Buat baik pasti dipandang mulia.

“Suraya, saya pergi dulu ya.” Pamit Aswad apabila menyedari masa kian mencemburuinya.

“Encik.” Panggil Suraya membantutkan niat Aswad untuk beredar.

“Ya?”

“Saya selalu lalai, saya seorang pendosa. Saya kurang ilmu di dada. Saya malu dengan semua orang. Saya malu dengan Allah. Saya selalu terfikir, adakah Allah akan menerima doa saya? Taubat saya? Kedudukan saya rendah sangat.” Adu Suraya sebak, air mata bertakung di tubir mata.

“Cik Suraya… Allah itu maha pengampun dan penyayang. Dia dengar semua doa dan taubat hambanya. Ttidak pernah dia menilai hambanya dengan kedudukan di dunia. Sama ada kedudukan itu rendah atau tinggi. Saya juga pendosa Suraya, kita sama-sama pendosa. Selagi pintu taubat masih dibuka, belum terlambat untuk kita bertaubat dan bersujud padaNya. Buat yang baik, tinggal yang buruk. InshaAllah, ada tempat kita di sisi Allah.” Aswad menyedapkan hati Suraya. Masih luas terbuka pintu taubat kepada hamba-hamba-Nya. Jadi, ingatnya, jangan lalai dans sentiasa mendekatkan diri dengan sang pencipta. Air mata Suraya jatuh, sejuk hatinya mendengar penjelasan Aswad. Jadi dia belum terlambat, dia ada masa.

“Terima kasih. Saya tak tahu nak berterima kasih dengan encik macam mana. Saya beruntung sangat dapat bertemu dengan encik.”

“Tidak perlu berterima kasih pada saya. Mungkin Allah hantar saya untuk bimbing awak? Siapa tahu kan? Kalau awak nak mengaji lagi dengan saya, awak boleh datang sini setiap pagi. Saya ada dekat sini.”

“InshaAllah encik. Terima kasih sekali lagi.”

“Ye la, saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/325652/Lindungan-Kasih-Suraya

[REVIEW] GADDAFI Fakta di Sebalik Pembunuhan

GADDAFI Fakta Di Sebalik Pembunuhan Oleh Firdaus Zainal

Dalam kesimpulan yang mudah, Gaddafi merupakan sebahagian contoh pentadbir yang kuat, beliau dijadikan imej yang berkuasa walaupun telah lama meninggalkan dunia. Sewaktu zaman beliau, Penambahbaikkan terhadap tanah negara tercinta iaitu Libya. Antara peringatan terbesar beliau ialah Gaddafi pernah mengusir tentera Britain, Amerika Syarikat yang berpangkalan di dalam negaranya. Presiden Reagan pernah menggelar Gaddafi sebagai Mad Dog of the Middle East.


Sebelum menyelam kedalam cerita, saya ingin mengucapkan kata tahniah dan ribuan terima kasih kepada penulis,penerbit dan juga individu yang membantu untuk mengumpul informasi yang penuh bermakna. Buku in Menceritakan kisah Pemerintah bernama Gaddafi.

Pada 1951, Libya memperoleh kemerdekaannya di bawah kepemimpinan Raja Idris yang bersekutu dengan negara Barat. Pada 1961, Gaddafi masuk ke perguruan tinggi militer di kota Benghazi. Gaddafi muda yang mengagumi sosok pemimpin Mesir, Gamal Abdel Nasser ini juga pernah menjalani masa pelatihan militer selama empat bulan di Inggris. Setelah lulus, Gaddafi bergabung dengan militer dan karirnya cukup menanjak.

Namun di saat yang sama, ketidakpuasan terhadap pemerintahan Raja Idris berkembang dalam dirinya. Gaddafi pun bergabung dalam pergerakan para perwira muda yang ingin menggulingkan raja. Dengan bakat dan karisma yang dimilikinya, Gaddafi terpilih menjadi pemimpin dalam kelompok pergerakan penggulingan pemerintah dan pada 1 Septermber 1969, Raja Idris dilengserkan ketika dia berada di Turki untuk mendapat perawatan medis.

Gaddafi kemudian diangkat menjadi panglima tertinggi angkatan bersenjata sekaligus ketua Dewan Komando Revolusi yang memegang kekuasaan Libya yang baru. Pada usia 27 tahun, Gaddafi pun menjadi penguasa Libya. Terdapat beberapa pencapaian yang dibincangkan didalam buku ini, antaranya:

1. Gaddafi pernah memalukan Itali apabila berjaya menuntut patung purba Tuhan Venus yang dicuri di era kolonialisme dikembalikan semula ke Libya.
2. Kematian Gaddafi telah dirancang oleh agensi perisikan Britain dan Amerika Syarikat dengan bantuan beberapa negara Islam seperti Qatar, Arab Saudi dan UAE
3. Al Jazeera pernah menyiarkan berita palsu yang menuduh tentera Gaddafi menggunakan pil Viagra dan merogol rakyatnya sendiri.
4. Gaddafi mempunyai karekter yang sama seperti Adolf Hitler yang anti Yahudi dan Israel. Antara percaya atau tidak! Gaddafi pernah ditakuti bangsa Yahudi dan negara haram Israel.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

Ada Apa Dengan.. Miss Honey

Karya pertama Miss Honey di eSentral!

 

Hello readers sekalian. Sudah lama rasanya kita tidak bertemu dalam slot Ada Apa Dengan.. Penulis. Pada slot kali ini, kita bawakan seorang penulis Wattpad yang kini melebarkan sayapnya dengan menerbitkan hasil karya beliau di eSentral. 

 

Tak nak lengahkan masa lagi, jom kita berkenalan dengan penulis yang kami maksudkan.

 

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Miss Honey menulis?

-Sudah tentu sekali inspirasi saya adalah ibu saya. Suatu ketika dahulu dia juga mempunyai minat dalam bidang penulisan. Ke mana tumpahnya, kuah kalau tidak ke nasi?

2. Apa makanan kegemaran anda?

– Asam pedas

3. Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

-Zaid Akhtar

4. Apakah novel kegemaran Miss Honey? (tak kisah luar negara or dalam negara)

-Yang Terindah Maryam Sofea by Ailah Diela

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

-Tiada, sebab saya agak alah dengan bulu haiwan.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

-Turki. Sebagai penonton drama sejarah Turki, saya lebih berminat untuk mengkaji mengenai sejarah empayar Uthmaniyah dan merasai pengalaman di sana.

7. Apakah Miss Honey merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

– Menulis novel terbaru masih dalam perancangan. Buat masa sekarang saya masih fokus terhadap ebook pertama saya yang bertajuk ‘Jodoh Di Luh Mahfuz’.

8. Apakah pesanan Miss Honey kepada pembaca di luar?

– Kepada pembaca di luar sana, selamat membaca daripada saya. Teruskan membaca buku, novel, ebook dan banyak lagi. Bukankah membaca itu jambatan ilmu? Yang penting sekali bacalah buku yang boleh mendatangkan manfaat, jangan sesekali membaca buku yang boleh memudaratkan diri kita.

9. Pada pandangan Miss Honey, apa istimewanya novel Miss Honey berbanding novel lain di pasaran?

-Pada pandangan saya, setiap novel mempunyai keistimewaan tersendiri. Saya sendiri perlu banyak belajar kerana saya masih terlalu baru dalam bidang ini. Tetapi masih ramai yang belum tahu, saya selalu selitkan sastera-sastera lama dan jalan cerita yang berlainan di dalam penulisan saya.

10. Dari mana Miss Honey selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

– Dari pengalaman sendiri, memang tiada. Saya selalu mendapat ilham untuk menulis melalui lagu.

11. Apa rutin harian Miss Honey? Ada yang rare tak?

-Tiada apa yang rare ;). Membaca ebook dan menulis novel boleh dikatakan sebagai rutin harian

12. Describe diri Miss Honey dalam 3 patah perkataan?

– Agak pemalu, suka berkongsi ilmu dan tak banyak cakap.

13.Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Miss Honey kuasai?

-Bahasa Indonesia. Kerana kita kan serumpun.

 

Kami mendoakan agar Miss Honey akan terus berkerya dalam mewarnai industri buku tanah air ! Klik di link di bawah untuk terus ke eBook beliau.

https://www.e-sentral.com/book/info/319211/jodoh-di-luh-mahfuz

PENGUMUMAN INDUSTRI: Kerjasama Xentral Methods dan DJI untuk Pasaran Dron dan Robot Pendidikan

Kerjasama Xentral Methods dan DJI untuk Pasaran Dron dan Robot Pendidikan

 

Oktober 2020, Cyberjaya – Syarikat Xentral Methods, lebih dikenali dengan portal ebook e-Sentral, sedang menjalinkan kerjasama dengan syarikat China Dà-Jiāng Innovations, 大疆创新, atau lebih dikenali sebagai DJI, untuk membangunkan pasaran robotik dan dron kegunaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics (STEAM)) dalam segmen pendidikan Malaysia.

 

DJI, syarikat yang terkenal di dunia dalam industri penghasilan dron, sudah mula aktif dalam industri pendidikan dengan menawarkan penyelesaian penggunaan robotik dan dron untuk tujuan pengaturcaraan.

Integrasi perkakasan dan perisian DJI telah menghasilkan produk STEAM yang lebih canggih berbanding  produk-produk lain yang sedia ada di pasaran.

Melihat peluang ini, Xentral Methods Sdn Bhd, syarikat yang mengutamakan operasi kandungan digital dan sistem inkripsi kriptografi, memainkan peranannya sebagai pengedar produk pendidikan DJI untuk pasaran Malaysia.

Kedua-dua syarikat telah menandatangani perjanjian setelah berbulan-bulan berbincang. Hasilnya, Xentral Methods telah menjadi ahli baru dalam segmen pendidikan DJI yang sedang berkembang pesat.

Faiz Al-Shahab, 40, Pengarah Urusan Xentral Methods Sdn Bhd berkata, “Kita sebagai sebuah syarikat mementingkan reka cipta dan inovasi. Walaupun, produk China tidak terkenal dengan inovasi, DJI adalah syarikat yang istimewa.

Produk dan budaya kerja di DJI sangat mengagumkan sejak operasi syarikat tersebut bermula. Mereka telah menerajui hala tuju global untuk dron komersial di samping meraih kejayaan dalam industri dron dalam masa yang singkat, sesuatu yang jarang dilihat dalam syarikat-syarikat lain di China.”

Menurut Faiz, darah daging syarikatnya sentiasa wujud untuk mereka cipta dan membangunkan produk, dan bukanlah untuk  menjual semula produk milik syarikat-syarikat yang lain. Tetapi, apabila peluang DJI dibuka, ia dilihat sebagai terlalu lumayan untuk diketepikan.

Xentral Methods akan menawarkan dua produk pendidikan yang sesuai untuk kursus-kursus pengaturcaraan di institut-institut pendidikan tinggi Malaysia dan juga sekolah-sekolah awam dan swasta.

Produk pertama, Tello Edu, merupakan dron dalam bangunan bersaiz miniatur yang mudah dikawal dengan perisian yang berbeza serta selamat dan mesra pengguna untuk tujuan pendidikan.

Produk kedua ialah Robomaster EP, sebuah robot beroda mekanum yang berprestasi tinggi dengan fungsi tangan dan boleh atur cara melalui kod Scratch untuk pembelajaran tahap sekolah dan kod Python untuk pembelajaran tahap pengajian tinggi.

Orang dewasa juga akan teruja dengan keseronokan dan tarikan yang dibawa produk-produk tersebut.

 

Xentral Methods akan mengadakan pertandingan tahunan Malaysia dalam sektor pendidikan untuk kategori darat dan udara bagi kedua-dua produk DJI tersebut pada tahun 2021.

 

***

Untuk maklumat lanjut:

 

www.djieducation.com

www.xentralmethods.com

www.dji.com

 

Call      : +603-8328 0844

Email   : info@xentralmethods.com

 

https://youtu.be/jIdLErsfjIc
https://youtu.be/pK2qcSR7dSU
https://youtu.be/YcTDcphdObA