Ulasan Buku: Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Lumpur

Jauh pemandangan luas pemandangan, Itulah pepatah yang sesuai digunakan di dalam novel dari Kuala Lumpur ke Kuala Lumpur. Ia mengisahkan perjalanan sepasang suami isteri, Jamal dan Zuraida yang menghabiskan masa berdua melancong mengelilingi dunia. Banyak pengalaman yang telah dikutip sepanjang perjalanan mereka mengelilingi dunia. Banyak peristiwa serta kejadian yang dirasai mereka ada yang menyeronokkan, mencemaskan, dan melucukan. Semasa singgah di beberapa buah tempat di negara-negara yang mereka lawati mereka berpeluang menemui sahabat handai, rakan kenalan serta sanak saudara.

Novel ini dapat membuka minda pembaca dengan memberi sedikit pengetahuan mengenai budaya bangsa lain di negara masing-masing. Novel Kuala Lumpur ke Kuala Lumpur yang ditulis oleh Nirmala Nur ini lebih santai untuk dibaca.  Isi kandungannya juga tidak telalu berat dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan umur.

Penulis: Nirmala Nur

Kategori: General Novel

Penerbit: Nirmala Nur

Harga: RM 7.99

URLhttp://www.e-sentral.com/search/byid/1651