[Ulasan] Seluruh Alam dalam Sebutir Debu

Seluruh Alam dalam Sebutir Debu
-karya Saharil Hasrin Sanin


“…Keindahan ada dalam luka, dalam kehalusan benda-benda yang terbiar dipinggirkan. Tuhan tersalin ke seluruh alam, dalam secarik sinar matahari, dalam semilir angin, dalam secebis tanah, dalam sebintil debunga. Tuhan memang wujud dalam keindahan jalur pelangi, tetapi Dia juga wujud dalam titis air yang membentuk pelangi itu. Kita boleh melihat seluruh alam dalam sebutir debu. Dan dalam sebutir debu lantai yang halus tidak dipedulikan itu, ada Tuhan.”

13 buah cerpen karya Saharil Hasrin Sanin dalam naskhah ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera, dan membuktikan bahawa beliau kekal seorang tukang cerita yang ampuh. Dari kisah gerai penjaja alusmitai sehinggalah cinta ratusan batu di dasar Al-Aqsa, buku ini bakal membawa kita menjelajah ke pelusuk rencam rasa: bahagia, dan luka.

Dapatkan versi e-book di e-sentral.com

Penerbit: Kata-Pilar
Penulis: Saharil Hasrin Sanin