Ulasan buku : Rindu & Air Mata di Ktzi’ot

“Kerana Allah, ambillah syahid itu Allahuakhbar!” pekik Pasha..melontarkan kata-kata semangat juang fisabillilah

“Mungkin hari ini atau esok, saya akan dihukum mati. Namun, saya berasa puas kerana dapat menyelamatkan maruah adik perempuan saya”

Tekad! Hanya itu yang bermain dikepala Ibrahim Pasha, seorang remaja lelaki Islam yang berusia 19 tahun. Dia tekad untuk balik ke negara asalnya iaitu Lebanon, untuk menyaksikan sendiri kehancuran yang sedang berlaku dibumi tumpah darahnya. Nawaitunya itu mengerakkan keinginnanya merasai sendiri situasi sebenar yang di alami oleh penduduk Lebanon. Malang tidak berbau apabila dia ditangkap ketika menceroboh Rosh Hanikra untuk pergi ke Lebanon. Dia telah dibawa ke Penjara Ktzi’ot dimana ia merupakan penjara tahanan untuk tawanan pengganas Israel. Di situ dia telah diseksa dengan teruknya oleh rejim zionis. Berita penangkapan Pasha telah diketahui oleh kekasihnya Anatasya seorang gadis berusia 17 tahun yang beragama Yahudi. Perasaan geram dan dendam telah membuatkan Abed, Abdi, Dan Halutz, Noah, Jeremy dan Ameer telah merancang dengan rapi bagi membebaskan Pasha dan membunuh Rafeal Eitan, ketua tentera zionis yang kejam itu.

Hasil nukilan dari Ashadi Zain dan Mohd Dat Haji Muluk ini sedikit sebanyak telah menyentuh hati kecil saya. Ini membuatkan saya berasa amat bersyukur kerana masih berada di sebuah negara yang aman dan masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa sebarang ancaman dari luar. Hati kecil saya tersentuh ketika mendalami novel ini, sehingga menitis air mata kerana seolah-olah saya yang sedang berada di situasi tersebut. Kekejaman yang dialami oleh umat Islam amat menyayat hati saya. Demi mempertahankan agama, mereka sanggup berjihad sehingga kehujung nyawa mereka. Buku ini bukan sahaja membuka mata saya tentang penyeksaan yang di alami oleh umat Islam tetapi ia juga memberi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai sejarah islam dan sejarah mengenai zionis itu sendiri.

Kategori: Novel Remaja

Penerbit: PTS Publications Sdn Bhd

Harga: RM 7.99

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/570