Ulasan buku: Geng Ninja Totoi: Misi Gerak Gempur

9789674060701-medium

Komik karya Jas ini memaparkah kisah sekawan remaja sekolah menengah yang menggelarkan diri mereka Geng Ninja Totoi. Kenakalan geng ini sudah terkenal seantero sekolah. Maka apabila seorang cikgu perempuan baru bernama Cikgu Bedah mula mengajar di sekolah itu, Geng Ninja Totoi cuba mempermainkannya. Walaupun begitu Cikgu Bedah bukan calan-calang orangnya. Maka terjadilah pelbagai peristiwa lucu ketika mereka saling menunjukan kehebatan masing-masing. Dialog-dialog selamba yang digunakan oleh Jas dalam komik ini mampu mengingatkan kita tentang kehidupan

semasa di sekolah dulu. Gaya lukisan yang kelakar dan ciri-ciri kemalaysiaan jelas terpapar dalam komik 108 muka surat ini.

      Kategori: Komik Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM 6.99 URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/387