[ SNEAK PEEK] Trilogi Ajaib #2: AWAN

9789670954110-medium

EBUKU Trilogi Ajaib #2 Awan oleh Syafiq Aizat

 

 

Sambungan novel bestseller AJAIB.

IZAQ merupakan watak utama, seorang budak (dalam cerita tu dia berumur 12 tahun) yang boleh nampak lebih dari manusia biasa – makhluk halus.

“Mungkin, awan tu satu metafora.”

Aku tengah pandang langit. Luas. Biru. Sumpah banyak yang aku nak tahu pasal langit; macam, kenapa ada masa langit jadi gelap, ada masa jadi warna oren, ada masa kena tutup awan. Tapi langit tak pernah hilang fitrahnya. Aku tahu ada jawapan saintifik, tinggal taip kat Google je. Tapi aku tak nak. Satu, sebab aku nak fikir jawapan sendiri, supaya aku puas hati, dan rasa diri sendiri pandai; dua, sebab aku malas. Come on la, aku baru 15 tahun. Banyak lagi benda lain aku nak search guna Mr. Google, macam cheat game, muzik, atau benda-benda tak senonoh. The point is, umur macam aku belum appropriate untuk gunakan Google bagi mengetahui jawapan saintifik. Sebaliknya, gunakan otak yang masih segar ni untuk analisis sendiri. (Sila jangan tiru ideologi ini).

Bertebaran di antara langit dan bumi, ada awan yang terapung dan bergerak mengikut arus yang entah dari mana datang, dengan bentuk yang tak pernah tetap, menghiasi langit yang kosong, lalu mempersonakan mata manusia yang menatap. Fikiran manusia macam awan, lebih kurang. Di antara bumi dan langit; di antara realiti dan fantasi. Ada yang padu berkepul-kepul, ada yang berserakan, ada yang gelap, berpetir, ada yang nipis gila, ikut bentuk fikiran tu. Mungkin sebab tu, kalau dalam komik-komik, bentuk awan digunakan sebagai semiotik, penanda character tu tengah bercakap dalam hati?

Manusia ni susah nak faham. Serious, entah kenapa manusia suka fikir dan buat benda yang diri sendiri dah tahu benda tu tak betul dan merepek. Contohnya, ramai orang tunjuk dan mendongak ke langit bila sebut ‘Tuhan’, kononnya nampak Tuhan di balik langit.

Ada seorang gadis tengah berjogging. Dia lalu di depan aku yang tengah seronok berbaring di atas rumput, di tengah- tengah tempat rekreasi ni. Dia menoleh dan merenung aku. Ayu sangat rupa parasnya, lemah-lembut gayanya, ditambah dengan tudung bawal dan senyuman manja. Tapi, apa yang ada dalam fikiran gadis ni?

[“Baring? Dah ready masuk ranjang ni…”]

Aku balas senyumannya. Takkan fikir je kak? Tak nak betul-betul ke?

Ini baru satu manusia. Belum manusia-manusia lain. Yelah, manusia ni tak sama. Tuhan tu Maha Bijaksana. Dia tak jadikan manusia ni sama 100 peratus di antara satu sama lain. Cikai-cikai pun, at least mesti ada satu benda yang berbeza. Kadang-kadang aku impressed, macamana wajah tu boleh jadi topeng untuk sembunyikan rupa sebenar manusia yang hodoh. Topeng yang bertukar-ganti ikut keadaan. Topeng untuk manusia menipu dengan sandiwara luaran.

Problem aku, bukannya dapat baca fikiran manusia. Tapi, macamana nak tahan diri lepas aku dapat baca fikiran tu. Manusia ada macam-macam dalam fikiran. Macam yang aku pernah cakap dekat Izaq sebelum ni, fikiran manusia lagi seram dari rupa hantu.

Biasanya, fikiran yang aku boleh baca secara tiba-tiba, cuma fikiran yang terlalu ligat bermain, atau terlalu kuat dipendam. Kalau aku betul-betul nak dengar fikiran semua orang, aku kena fokus. …

[Jogging, jogging… Kena kurus.]

[Malam ni kena call dia lagi.]

[Dah pukul berapa ni? Nak duduk sini sampai bila?]

[Fuh, esok kerja.] [Aku tumbuk kang muka natang ni] [Buruknya baju]

[Babi, makcik ni] [Apa aku dah buat ni?][Nak beli kereta baru, kena…]

[Comelnya budak tu.] [Pokai dah ni] [Cibai la, kasut ni]

[Nak buat body ketul-ketul.] [Kat sinilah dulu aku dengan dia buat…]

[Mu kecek gapo ni?] [Buat-buat faham jelah] [Is that true?]

[Buruknya muka.][Aku gemuk macam tu ke?][Baju tu…]

[Nak tangkap gambar tapi malu.][Aku cium kang budak ni]

[Bodoh punya budak.][OMG!][Cover, senyum.]

[Perh, montoknya.] [Tarik nafas.. Hembus] [Calm down…]

[Apehal tengok aku macam tu?] [Balik ni nak tengok blue.]

[What the f? Gila punya orang.][Hah? Alamak!!] [Gila!!!]

[Jeles aku tengok dia kurus.][Can I have your number?] [What?!!]

[Nak balik.] [Ya Allah, tolong aku.] [Tudung tu buang jelah. Serabut]

[Aku nak cari…] [Mungkin ke…]

[Fa‘iq?]

[…]

“Kau dah puas?” Izaq sedang menjulurkan kepala sambil berdiri.

“Tak. Belum climax lagi.”

“[Dah start dah budak ni punya tak senonoh.] Dahlah. Duduk!” Izaq bersila di sebelah aku. Di tangannya ada dua tin air.

“Nak tolong ke? OK. Tapi jangan rush tau. Slow-slow. Makin lama makin laju.” Aku suka kacau Izaq dengan lawak- lawak lucah. Budak ni kan innocent.

“Nak sangat? Nah.” Dia letak air sejuk betul-betul tepat kat tempat tu. Terus aku terduduk.

“Tolong tak ikhlas. Ceh.”

“Sama-sama.”

“OK. Terima kasih tolong belikan air,… and for the maths homework semalam.” Nasib baik homework aku sempat hantar harini.

“Small matter. Homework harini kau jangan lupa pulak.”

“Tak. KH dengan… KH je kan?” Aku ni pasal pelajaran memang loser sikit.

“Dengan Sains. Yang report experiment tu.”

“Apasal chapter 4 tak ada experiment? Best kot.” Jujur, bab reproduction tu yang paling aku semangat nak belajar, walaupun yang belajarnya taklah mendalam mana. Hormon lah katakan.

Izaq ketawa kecil, “Gila, nak buat experiment macamana?”

“Kan? Aku berharap je. Dapat try…”

“So, kau memang masa lapang duk baring kat sini kan? Kau buat apa?” Dia meneguk airnya, saja potong aku cakap sebab tak nak dengar aku start mengarut. Izaq memang expert bab alih topik ni.

“Aku…” Aku pun teguk air aku. “… baca orang. Macam biasa.” Angin petang bertiup. Rambut aku dah macam dalam scene iklan shampu.

Aku memang suka terlantar di kawasan ni sambil tengok langit. Boleh kata, macam bertafakur.

“Kau tak bosan guna kuasa kau tu?” Izaq dah start mood serius campur emo dia.

“Kuasa? Khurafat betul bunyinya.” Apa dia ingat ni cerita X-Men?

“Aku tanya tak bosan ke tak lah!”

“Entah… Benda ni dah sebati dengan aku…”

“Kau ingat tak, kau pernah cerita pasal orang kat hospital tu?” Flashback. Ni yang aku lemah ni. “… Dia pesan jangan beritahu orang, kan? Apasal kau beritahu aku dengan Yaw?”

Membaca fikiran manusia ni dah sebati dengan aku. Sejak aku 8 tahun. Tapi, aku tak ingat apa yang jadi masa tu. Aku tak ingat apa-apa. Yang aku ingat cuma peristiwa aku terjumpa seorang lelaki di hospital, dengan pesanan ‘jangan beritahu siapa-siapa’…

“Sebab korang berdua bukan orang,” aku jawab ringkas.

 eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/19257/trilogi-ajaib-2-awan