Ulasan Buku: Awang Kenit: Pencarian Haiwan Kesayangan

9789674060046-medium

Naskah klasik remaja ini dimulakan dengan kisah Pak Ali dan Mak Munah suami isteri yang tidak disukai oleh orang kampung, terutamanya ketua kampung sendiri. Bertambah sedih lagi apabila Mak Munah didapati mandul dan Pak Ali menghidap penyakit kusta. Akibat tidak tahan dihina oleh orang kampung, mereka berdua melarikan diri ke Gunung Hijau untuk mencari nenek kebayan bagi mengubati penyakit kusta Pak Ali. Malang bertambah malang apabila Pak Ali pula meninggal dunia. Tinggallah Mak Munah bersama nenek kebayan dan tidak disangka-sangka Mak Munah telah mengandung. Kelahiran anak yang mempunyai susuk tubuh kerdil membuatkan Mak Munah menamakannya Awang Kenit. Awang Kenit membesar menjadi seorang yang kerdil tapi rajin dan baik hati. Awang Kenit mempunyai seekor lembu bernama Badang yang boleh berkata-kata tetapi dengannya sahaja. Kehilangan Badang pada suatu hari telah merunsingkan Awang Kenit, dia telah pergi mencari haiwan kesayangannya itu. Ketika dia keluar mencari Badang berlaku pelbagai keanehan. Cerita ini ditulis dengan baik memudahkan remaja untuk membacanya. Banyak tauladan yang dapat dipelajari dari hasil penulisan Aqmaer Halim ini.

 

Kategori: Novel Remaja

Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Harga: RM 6.99

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/129