Ulasan Buku: Aduhai Korea

Minat yang mendalam dengan artis korea telah membawa Jue Alissa dan rakan-rakan terbang ke Korea tempat di mana tumpahnya darah artis kesayangan mereka. Di sana mereka telah diminta untuk membuat persembahan di sebuah hotel milik bapanya bersempena majlis pembukaan hotel tersebut. Tuah menyebelahi Jue Alissa apabila dia berpeluang bertemu dengan artis kesayangannya. Sepanjang berada di bumi Korea, mereka banyak mempelajari tentang budaya

negara artis kesayangan mereka itu. Novel remaja keluaran KarnaDya Solutions Sdn Bhd kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan menerbitkan novel bacaan digital kepada pembacanya. Novel Aduhai Korea ini merupakan antara novel yang yang diterbitkan secara digital. Novel ini merupakan hasil penulisan kedua Farissa Hany selepas novel Gelagat si Kembar keluaran KarnaDya Solution. Jalan cerita yang cuba di sampaikan mudah untuk difahami dan ia amat berseuai untuk dibaca oleh semua golongan umur. Bahasa yang digunakan juga ringkas dan mudah difahami.

Penulis: Farissa Hany Kategori: Teen Novel Penerbit: KarnaDya Solution Harga: RM 6.99 URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/1753