[SNEAK PEEK] FAMILI TUAN IHSAN

Famili Tuan Ihsan by Sara Kyoko

INILAH, famili Tuan Ihsan.

Hati Tuan Ihsan bersenandung dengan lagu bahagia. Siapa sangka, dia yang begitu selesa dengan kehidupan sunyi tanpa gangguan sebelum ini boleh berasa bahagia dengan suasana hiruk-pikuk ini. Setiap masa, penuh dengan jeritan dan tangisan. Tak masuk lagi suara-suara membebel yang berselang-seli dengan rungutan.

“Daddy! Tengok Ilyas tu. Dia makan dengan tangan kiri. Oh, my Allah! Ilyas Ihsan!” panggil Iman sambil menepuk dahinya. Lagak macam orang dewasa dia geleng kepala tanda tidak puas hati. Lebih tepat, lagak sebiji macam Tuan Ihsan sendiri.

“Manada?” Ilyas bulatkan mata. Cepat-cepat makanan dipindahkan dari tangan kiri ke tangan kanan.

“Ilyas… makan pakai tangan kanan, please? Iman tolong daddy jaga Ibti dengan Imti ni dulu.” Balas Tuan Ihsan pendek, sebelum mengerutkan dahi mendengar jeritan Ibtisam, si diva kecilnya itu.

“Dediii!!! Imti curi Ibtinyer pancake!!! Huwaaa!!!” Dua tocang yang berhias dengan reben satin merah jambu ditarik-tarik tanda tidak puas hati.

“Ibti darling, daddy dah pesan so many times…”

“We do not shout at each other, kan daddy?” Iqram mencelah menunjuk pandai.

“Bukanlah! Jangan suka tuduh orang lain mencuri.” Sampuk Iman pula.

“Nooo… jangan suka cakap banyak waktu makan.” Ujar Ilyas selamba.

“Huwaaa!!! Imti curi pancake Ibti yagi!”

Tuan Ihsan geleng kepala lebih laju. Anaknya yang seorang ini, hobinya memang melalak tak kira tempat dan masa. Rasanya Ibtisam ada bakat nak jadi penyanyi soprano. Eh, eh? Penyanyi? Tuan Ihsan terkedu sendiri.

‘Over my dead body! No daughter of mine akan cari makan dengan menyanyi!’

“Dediii!!! Imti pencuri!” tuduh Ibtisam lagi dengan jeritan yang lebih nyaring. Abang-abangnya yang lain sudah menekup telinga masing-masing. Sudah masak dengan perangai adik mereka yang seorang ini.

“Nooo… manade Imti curik pancake Ibti? Imti pinjam aje yaaa… nah! Imti puyangkan to Ibti. Janan ah mayah.” Imtihal, dengan selamba melontar sisa pancake di tangannya.

“Imti pun dah tenyang. Erk…” sambungnya lagi dengan mulut yang penuh.

Tuan Ihsan gigit bibir tahan gelak. Hailah… si montel ini.

“Imti jaattt!!!”

“Daddy. Please panggil mommy…” rayu Ilyas, seolah-olah tahu yang daddynya itu tidak akan mampu mengawal perangai dua adik kembarnya itu. Dua tangan kecilnya menekup telinga rapat-rapat. Sakit!

“Ya. Panggillah mommy. Kejap lagi Ibti mesti mengamuk. Kalau Ibti mengamuk, Imti pun nak join sama. Habislah kita semua.” Iman mengangkat keningnya.

Tuan Ihsan mengeluh kecil. Niat dalam hati hendak membantu meringankan beban isteri tercinta sementara ada di rumah. Maklumlah, peraturan utama dalam famili Tuan Ihsan; anak-anak mesti dijaga dan dididik dengan tulang empat kerat Tuan Ihsan suami isteri. Tahu tulang empat kerat dia dan Seroja taklah sehebat mana, dia ada juga mengupah dua orang ‘nanny’ yang turut tinggal bersama untuk membantu isterinya itu.

Tuan Ihsan tahu dia jarang berada di sisi keluarganya. Bukan mudah untuk memastikan empayarnya terus berkembang dan bertahan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang. Dalam usia sebegini, dengan anak-anak kecil dan bilangan pekerja yang jumlahnya mencecah ribuan orang, dia harus bekerja lebih kuat. Bukan periuk nasinya sahaja yang perlu dijaga.

“Hmm… sorry, baby.” Bisik Tuan Ihsan perlahan. Telefon bimbit dicapai, jari menekan nombor satu pada aplikasi speed dial. Telefon kemudian diletak ke telinga.

Erk? Kening mulai bertaut. Pipi terasa melekit. Telefon bimbit dipandang sekilas. Sirap mapel? Siapa punya kerja?

Hmm… muka si montel Imtihal yang menyambung aktiviti mengisi perutnya dengan lahap direnung penuh kasih. Dua tangan kecil itu menggoncang kuat botol berisi sirap mapel sehingga isinya terpercik ke sana sini. Mujurlah sirap mapel itu sudah diisi semula ke botol plastik yang lebih ringan. Kalau botol kaca, alamat ada pula yang cedera parah.

Kepala digeleng-geleng. Tiba-tiba sehelai Sara Kyoko 16 | Famili Tuan Ihsan napkin disua ke depan muka.

“Daddy lap pipi dulu. Muka daddy dah comot macam Imti. Hahaha…” Ilyas dengan senyuman yang manis.

Tuan Ihsan mengusap kepala Ilyas lembut.

“Thanks, Ilyas.”

“Welcome, daddy.”

“Huwaaa!!! Ibti yang nak kasi dedi nappyyy!Abam Iyas jaat!”

“Ibti ni semua pun jahat. Dia aje baik. Malas nak layan!” protes Iqram.

“Uwekkk! Abam Icham pun jaat!” Ibtisam jelirkan lidah.

“Yalah. Ibti ni asyik melalak aje. Bosan tau. Suara dia aje buat kita pekak.” Iman menambah perisa.

“Dediii!!! Imti nak matan agi. Pewut Imti munyik agi.”

“Say please, Imti.” Saran Iqram berlagak.

“Pweesee???” Imtihal sulam semua jemari gebunya, kemudian dua tangan dilekap ke dada. Matanya yang bulat, dikerdipkan laju. Bibir bawahnya dijuih panjang.

Tuan Ihsan mengurut pelipisnya.

“Okey, kita panggil mommy!”

“Mommmyyy!!!” jerit Ibtisam tak semena-mena.

“Not like that Ibti darling…”

“Mommy…” panggil Imtihal berbisik. “Camni kan dedi? Imti pandai. Ibti bodo.” Sambung Imtihal menutup separuh mulut dengan tangan kecilnya.

“Huwaaa!!! Imti kata Ibti bodo!!!”

“Imti sugar…” Tak habis pun ayat Tuan Ihsan, bibir Imtihal sudah bergetar menahan tangis. Sikit masa lagi kumpulan the dynamic duo itu pasti akan mula melalak.

“Huwaaa!!!”

Tuan Ihsan menghela nafas panjang.

“BABY… WAKE-UP, please?”

“Hurmmm…”

“Bangunlah, baby. I perlukan you sekarang. Mayday! Mayday!”

Perlahan-lahan Seroja menggosok kedua pelupuk matanya. Namun, mata masih belum mahu terbuka. Kenapa pulak telinganya buat hal pagi-pagi ni? Haih! 14 hari tidak bersua muka dengan sang suami, lain macam rindunya. Otak boleh tak betul membawa ke telinga. Sampaikan boleh terngiang-ngiang suara garau dan dalam si pak cik hot itu. Mata masih tertutup rapat, namun telunjuk disumbat ke lubang telinga. Garu, garu.

“Baby…”

Seroja menekup muka ke bantal empuk. Sebiji lagi bantal dicapai untuk menutup kedua telinganya. Parah!

“Baby… bangun, sayang.”

Mata Seroja terbuntang luas. Haih! Kedua tangan digawangkan ke udara. Tangan mengibas-ngibas angin. Nyahlah mimpi-mimpi indah! Buat dia kesal aje tiap kali buka mata sebab yang dirindu hanya muncul dalam mimpi. Cis!

Pek! Pek! Pek!

Seroja menjentik dahi sendiri. Satu, dengan harapan dia akan mampu untuk terus terjaga. Dua, sebab dia rindu hendak dijentik. Hahaha… Betul, betul parah! Tubuh yang cuma berbalut dengan spaghetti strap shirt dan seluar pijama dari kain kapas sudah terlentang di atas tilam. Tangan di depang seluasnya. Mata tertancap ke atas siling putih yang tinggi. Wajah yang paling dirinduinya itu mulai menghiasi pandangan mata.

‘Daddy…’ keluh Seroja dalam hati. Rindu!

Lepas solat subuh tadi, Seroja langsung tidak dapat merehatkan diri. Entah kenapa Ibtisam dan Imtihal buat hal. Tepat pukul 8 pagi tadi, dia sudah tidak larat. Dibiarkan saja anak-anaknya dalam jagaan ‘nanny’ dan pembantu rumah yang lain. Kak Maznah hujung minggu begini memang tidak bertugas seperti biasa. Seroja dengan Tuan Ihsan faham, mereka juga perlu berehat.

Nafas dihela panjang. Dia ada lima orang anak yang perlu dilayan sekarang. Yup! Korang semua tak salah dengar dan tak salah baca…

L-I-M-A O-R-A-N-G A-N-A-K!

Semua orang di sekeliling mereka tak putus-putus melahirkan rasa kagum dan mengucapkan kata tahniah atas rezekinya dan Tuan Ihsan dikurniakan anak kembar tiga dan kembar dua berturut-turut. Tapi, yang semua orang itu tidak tahu dan tidak mungkin akan faham ialah kesukaran yang Seroja rasa dalam proses membesarkan anak-anak kecil seramai itu dalam usianya yang masih muda. Anak-anaknya pula semua sama baya! Beza setahun. Ingat senang?

Pak cik hot itu pula dah bagi amaran awal-awal. Seroja julingkan mata ke atas. Ironinya, dalam rasa jengkel, bibirnya pula mengoyak senyuman lebar. Tiba-tiba teringat kata-kata pak cik sejurus sahaja dia selamat melahirkan Iman, Iqram dan Ilyas lima tahun dulu.

“Our children, walaupun ada ramai pembantu, I tetap nak kita sendiri yang besarkan mereka dengan tulang empat kerat kita. Period.”
Seroja mencebik. Cakap senanglah… dia kan selalu outstation? Tulang empat siapa pulak yang terpaksa buat semua kerja kalau bukan tulang Seroja Irdina?

Eh? Teringatkan sesuatu yang lucu, membuatkan bibir Seroja tersungging senyum.

“Tulang empat kerat? You tu larat ke lagi nak…”

Pek!

“You!” Dahi digosok perlahan.

Tuan Ihsan geleng kepala. Macamlah dia tidak tahu apa lanjutan ayat yang hendak keluar dari bibir sang isteri itu. Nak mengejek pasal dia dah tualah tu. Tahu sangat fiil Seroja Irdina.

“Sakitlah daddy…” rengek Seroja seraya menyondol kepalanya ke dada bidang Tuan Ihsan. Nak pasang muncung, tapi tak jadi. Manakan tidak, Tuan Ihsan sudah mula melurut lembut rambut panjangnya. Memujuk. Sudahnya, dahi yang kerap menjadi mangsa itu dikucup lembut.

Haih! Seroja mengeluh kuat. Mengelamun lagi dia. Dahi sendiri dijentik berkali-kali. Rindunya!

“Kenapa mengeluh baby? Tak baik, tahu tak? Dahi tu jangan dijentik. Hanya I yang boleh sentuh kulit isteri I.”

Mata Seroja terbuntang seluasnya. Aik? Seroja menoleh kiri dan kanan. Suara itu… di mana? Bagaimana? Pandangan tertancap ke arah kanan katil.

“Daddy!” Kelam kabut Seroja mencapai iPhone yang tegak bersandar di sebalik beberapa buah novel bersiri ‘Real’ karya Katy Evans, salah seorang penulis yang paling Seroja minati.

“Baby.”

Erk!!!

“Daddy!” Terpampang wajah Tuan Ihsan yang sedang tersenyum manis di skrin melalui aplikasi FaceTime. Tapi… siapa yang atur panggilan kemudian sengaja letak telefonnya dalam keadaan begini? Setahunya, telefon bimbitnya tersadai di atas katil di tepi bantal tadi.

Seroja tepuk kedua pipi pula. Manalah tahu dia masih mengigau? Tak mungkin!

“Nope. You tak mengigau. Ini betul-betul I. Kenapa ni, baby? Penat?” Tuan Ihsan melorekkan jari di skrin telefon. Seolah-olah dia sedang mengusap pipi Seroja.

Seroja tersengih. Dia tak mimpi!

“Ingatkan I mimpi lagi tadi. Penat sikit, daddy.” Seroja juihkan bibir panjang-panjang. Nak minta simpati, okey?

“Ibtisam dan Imtihal meragam lepas subuh tadi. Tak sampai hati nak kejutkan Gia dan Mona. You…” sambung Seroja, disudahi dengan rengekan yang panjangnya berkilo-kilometer!.

Sudah! Tuan Ihsan automatik jadi tak betah. Penangan ‘you’ Seroja sejujurnya masih lagi berkuasa dalam menggoyahkan iman dan menggoncangkan debar dalam dada. Awww!

“Ehem, ehem! Kenapa baby?” tanya Tuan Ihsan lembut selepas berdeham-deham membetulkan anak tekak yang gatal. Segatal hatinya melihat wajah sang isteri yang begitu seksi memintal-mintal hujung rambutnya.

“Rindu.”

Sengih.

“I pun rindukan you, my baby.”

“Baliklahhh…”

“Kalau balik dapat apa, baby?” soal Tuan Ihsan penuh menggoda.

Seroja sudah mula duduk bersila. Tangan menyebak rambut ke belakang bahu. Mata dikerdipkan perlahan.

“Nakal, ya? Selalu nak minta upah. Mesti nak ada imbuhan.”

“Well. I’m a businessman, kan?”

“You baliklah. Kalau you balik, tahulah apa yang akan you dapat nanti.”

“Promise?” soal Tuan Ihsan dengan suara garaunya.

“Promise, daddy.” Sengaja Seroja bermain-main dengan tali spaghetti strap shirtnya.

“Mommy! Tengok ni. Ilyas makan pancake!”

Erk? Seroja menggaru kepala bingung. Kenapa pulak si Ilyas ada kat…

“Mommy! Mommy! Ibti dengan Imti gaduh lagi. Habis dapur berkecah,” adu Iman pula.

Homaiii… Seroja tekup kedua pipi. Wajah Iman, Iqram dan Ilyas yang silih ganti di skrin iPhone Tuan Ihsan cukup buat Seroja jadi teruja dan mulai faham apa yang sedang berlaku.

“Daddy???”

“Mari turun ke tingkat bawah. We’re in the kitchen. I dah sediakan sarapan untuk kita semua. Err… itu pun kalau Imti tak lapar lagi. By the way, I miss you too baby boo…”

Tidak sempat Tuan Ihsan menghabiskan kata, iPhone sudah jauh terpelanting di sudut katil luas itu. Bagaikan tak cukup tanah Seroja berlari menuju ke tingkat bawah. Terlihat saja kelibat lelaki yang menyimpan cinta dan kasihnya itu sedang menyuap Ibtisam dan Imtihal, Seroja sudah terpekik.

“Tuan Ihsan Iskandar!” Tangan terus dilayangkan ke leher Tuan Ihsan, sementara kedua batang kaki Seroja sudah berpaut di kiri kanan pinggang sang suami.

Tuan Ihsan tergelak kecil. Geli hati melihat reaksi kelima-lima orang anaknya yang jelas terlopong dengan aksi akrobatik mommy mereka. Seroja, kan? Si diva sengal!

“I rindu you sangat-sangat wahai Tuan Ihsan Iskandar!” Seroja mengucup pipi Tuan Ihsan bertalu-talu.

“Samalah. I love you, baby boo.” Bisik Tuan Ihsan di cuping telinga Seroja.

“Lebih daripada Ibti dengan Imti?” soal Seroja bergurau.

“You’ll always be my baby. My baby tua… yang utama.”

Seroja tergelak sambil membenamkan mukanya ke pangkal leher Tuan Ihsan. “Nasib baik pinggang you masih ku…”

“Seroja Irdina!!!”

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271740/Famili-Tuan-Ihsan