[SNEAK PEEK] CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY

Cinta Sejati Seorang Playboy oleh Syina

 

QAIREEN ketawa sendiri. Masih terbayang-bayang di matanya peristiwa tadi. Boleh pula Amanda mandi tepung. Semuanya gara-gara terperanjat luahan hatinya turut didengari oleh sang jejaka. Tapi comel aje Amanda dan Akid tu.

Lagu Hello dendangan Adele berkumandang kuat. Dia dekatkan badannya ke meja. Nama si pemanggil yang muncul pada skrin telefon bimbit membuat dia mengukir senyuman lebar. Ikon hijau ditekan. Telefon bimbit dilekapkan ke telinga.

“Assalammualaikum,” dia bawa tubuhnya bersandar pada belakang kerusi. Jemari bermain dengan hujung baju.

“Waalaikumussalam. Selesai dah semua?”

“Mission accomplished. Dia orang ada dekat dapur lagi tu,” ceria suara Qaireen memberitahu. Pandailah Akid memujuk Amanda.

“Kita?”

“Kita?” Dahi Qaireen dah berkerut.

Apa masalah dengan dia dan Adwan? Kalau pasal Natasha rasanya dah selesai. Beberapa hari selepas kejadian tu, Adwan bersemuka sekali lagi dengan Natasha. Adwan beri amaran akan mendapatkan perintah mahkamah agar jangan mengganggu hidup dia dan Qaireen lagi.

“Aah…”

“Kita buat kerja macam biasalah.” Qaireen ketawa. Itu sahaja yang dia mampu berikan jawapan sebab dia tak faham apa maksud Adwan.

“Sampai hati.”

“Laaa… kenapa pula nak sampai hati?” Dahi Qaireen berkerut semula.

Saat itu dia mendongak bila pintu bilik pejabatnya dikuak dari luar. Rahang dia jatuh sebelum dia menggeleng melihat si pembuka pintu. Matanya berbalas pandang dengan si pembuka pintu yang redup merenung dia.

“Patutnya kita pergi makan-makan ke? Atau apa-apalah.” Adwan tersenyum. Telefon bimbit masih melekap pada telinganya.

Mulut Qaireen dah herot ke kiri dan ke kanan. Telefon bimbit dimatikan.

“Nak jadi macam Akid juga. Surprise!” Qaireen pura-pura menjerit gembira. Memang bagus sangat Adwan dengan Akid ni pegang title playboy. Cara dan gaya tu serupa saja.

Adwan buntang mata. Kerusi di depan meja kerja Qaireen ditarik. Dia labuhkan punggung di situ. Telefon bimbit diletakkan sahaja di atas meja.

“Tak kelakar, okey?” Wajahnya berubah cemberut.

“Siapa suruh datang tak beritahu? Cara tu sama macam Akid. Elok sangatlah sebab awak berdua memang digelar playboy, kan?” Qaireen tersenyum. Suka pula dia nak mengusik. Nampak comel pula bila Playboy Malaya merajuk.

“Kedai adik kita. Suka hati kitalah nak datang bila- bila masa pun,” balas Adwan. Geram melihat senyuman mengusik kekasih hati.

“Oh, lupa! Kedai adik dia. Qaireen, kenapa tak sedar diri ni? Kaukan makan gaji dengan adik dia,” nada suara Qaireen berubah. Mendatar. Tidak seceria tadi.

Dia lantas menuntas pandang pada monitor komputer riba di sebelah kanannya. Melayan hati yang terusik mendengar kata-kata Adwan tadi. Mengada betullah Qaireen sekarang ni dengan Adwan, kan?

Tangan Adwan naik mengurut belakang tengkuknya. Sudah. Salah ke apa yang dia cakapkan tadi? Siapa merajuk dengan siapa ni? Baru nak merasa Qaireen memujuk dia, tapi lain pula jadinya.

Qaireen masih buat tak tahu. Muka Adwan tak dipandang. Jemarinya laju menekan papan kekunci. Keras dan kasar bunyinya. Biar Adwan tahu yang sekarang dia tengah protes.

Adwan memerhati wajah masam Qaireen yang berjaya buat dia susah hati. Dia kena pujuk ke? Tunggu dia sejuk sendirilah.

Lama kedua-duanya senyap. Masing-masing buat hal sendiri. Qaireen menyiapkan kerjanya. Adwan pula leka dengan telefon bimbit. Hinggalah masuk waktu asar.

Adwan berdiri. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Kunci kereta dalam kocek seluar dikeluarkan. Turut diletakkan di atas meja. Begitu juga jam tangannya yang sudah ditanggalkan.

Wajah Qaireen yang leka membuat kerja dipandang seketika. Belum terpujuk lagi agaknya hati si dia? Adwan melangkah lemah. Keluar dari situ.

Qaireen memandang sekilas belakang Adwan yang beredar dari biliknya. Dia bersandar. Satu keluhan kecil dilepaskan. Sungguh dia tidak suka dengan apa yang berlaku sekarang. Terasa dia yang melebih-lebih. Dia kena buat sesuatu. Takkanlah nak biar semua ni berpanjangan.

Lantas dia mencapai beg telekungnya di dalam laci. Ingin ke tempat yang sama Adwan tuju. Sebelum itu, dia menulis sesuatu. Sticky notes yang bertulis tangan diletakkan di bawah telefon bimbit Adwan.

10MINIT berlalu, Adwan muncul semula di dalam bilik Qaireen. Terkejut melihat bilik itu tidak berpenghuni. Si dia ke mana? Matanya tertancap pada sesuatu berwarna oren di bawah telefon bimbitnya.

Perlahan-lahan dia mendekati meja. Telefon bimbit dialihkan. Senyuman terukir di bibirnya.

Solat Asar juga,

Qaireen

Macam-macam, dia menggumam. Sticky notes itu diletakkan semula. Jam tangan diambil. Diacu pada pergelangan tangan. Terdengar pintu bilik pejabat Qaireen seperti dibuka. Lalu dia berpaling. Senyuman dilorekkan bila matanya bertembung dengan mata Qaireen.

Qaireen membalas sedikit. Dibiarkan sahaja pintu terbuka. Dia melangkah ke belakang mejanya. Dia tahu mata Adwan mengekori setiap langkahnya. Rasa yang mengganggu hatinya tadi sudah hilang.

Hatinya sudah sejuk. Betul kata orang, mengadu pada Yang Maha Esa saat menghadapi kesulitan mampu membuatkan kita reda dengan apa yang berlaku. Ujian itu dari Dia dan kepada Dialah kita mengadu.

“Lapar.” Adwan memulakan bicara. Mengharapkan respon dari Qaireen.

Qaireen yang baru saja hendak duduk, mati tingkahnya. Wajah bersih Adwan dipandang redup.

“Kopi, shepherd pie,” tutur Adwan lagi.

Qaireen bungkam. Beg telekung diletakkan di atas meja sebelum dia menyibukkan diri. Mula mengemas kertas-kertas yang bersepah di atas mejanya. Dia tak tahu nak balas apa. Malu sendiri dengan perangai keanak-anakannya sebentar tadi.

Adwan jongket kening. Takkanlah Qaireen tak dengar apa yang dia kata. Merajuk lagi ke?

“Qaireennn…”

Diam lagi.

“Look, Qaireen. I’m sorry. Saya tahu saya salah. Janganlah senyap macam ni. Mati kutu saya.” Adwan merayu. Mata memaku pandang wajah Qaireen sambil tangannya memasukkan telefon bimbit dan kunci kereta ke dalam kocek seluar.

Qaireen nak menyahut tapi akal nakal dia beri idea lain. Biarkan Adwan gandakan usaha memujuk dia lagi. Biar Adwan sedar hati dia bukan senang-senang boleh dipermainkan.

“Qaireennn…” Adwan tak putus asa. Memanggil lagi. Lebih lembut dari tadi.

Masih lagi Qaireen diam.

Adwan hela nafas dalam-dalam. Qaireen mencabar dia. Dia nekad. Kalau cara ini tak berjaya juga, dia mengalah. Perlahan-lahan dia melangkah ke belakang meja. Merapati Qaireen.

“Awak nak suruh saya buat apa? Just name it,” dia mendekati Qaireen dan berbisik di tepi telinga.

Qaireen yang tak menjangka tindakan Adwan cepat sahaja menjarakkan kedudukan mereka. Terbuntang matanya. Sungguhlah Adwan ni. Dia bukannya maksum. Sempurna segala segi. Takut lain pula jadinya bila mereka berdiri terlalu rapat.

“Sekarang ni, saya nak awak berdiri balik dekat situ. Pergi sana,” jari telunjuknya menuding pada tempat asal Adwan terpacak tadi.

“Garang,” usik Adwan. Dia ketawa. Kembali ke hadapan meja, senyum meleret dihadiahkan buat gadis itu. Tahu pula Qaireen takut. Siapa suruh cabar dia. Kan dah mendapat.

“Saya bukan macam ‘perempuan-perempuan awak’ tu. Lembut, lemah gemalai macam tak ada tulang.” Qaireen membebel.

“Pandai-pandai aje cakap ‘perempuan-perempuan saya’. Awak, saya ni dah pencenlah jadi playboy,” balas Adwan.

“Pening kepala saya berkawan dengan playboy ni. Ada aje jawapannya.” Qaireen sambung bebelannya. Dia menghenyakkan punggung di atas kerusi. Terasa penat pula berdiri. Mata merenung tajam pada Adwan.

Adwan kenyit mata. Suka pula mendengar bebelan Qaireen. Itu lagi bagus dari Qaireen diam seribu bahasa. Diam yang boleh buat dia sakit jiwa.

Qaireen ketap bibir. Boleh pula Adwan bermain mata dengannya. Tak nampak ke dia tengah geram.

“Jomlah minum kopi. Kesian tetamu awak ni. Dahaga,” pujuk Adwan.

“Tetamu? Bukan ni kedai adik orang tu ke?” Sindir Qaireen.

“Qaireennn…” muncung Adwan dah sedepa.

Laju sahaja Qaireen berdiri. Terasa bulu romanya merinding. Lain pula rasanya mendengar suara Adwan macam tu. Merengek. Tak macho langsung.

“Buruk tau merengek macam tu,” Qaireen menggeleng. Mula melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

“Cakap elok-elok awak tak layan. Kenalah tunjuk sisi manja.” Adwan membalas. Berjalan seiring dengan Qaireen.

“Manjalah sangat.” Qaireen julingkan mata pandang ke atas.

Adwan ketawa.

MEREKA untuk duduk di sudut kafé. Tak mahu ada gangguan. Qaireen dah buat pesanan. Kopi dan memilih shepherd pie menjadi pilihan.

Adwan memandang Qaireen yang sedang seronok ketawa. Apa yang lucu pun dia tidak pasti. Rasanya topik yang mereka bualkan bukan tahap maharaja lawak mega. Meja diketuk. Cuba menarik perhatian Qaireen.

“Yup?” Qaireen angkat kening.

“Kalau awak berterusan ketawa, nanti orang ingat saya dating dengan orang gila pula.” Adwan herotkan mulut. Bukan mengutuk orang gila tapi dia tak nak ketinggalan benda apa yang Qaireen ketawakan.

“So?” Qaireen tayang muka berlagak.

“Kongsilah dengan saya. Takkan ketawa seorang diri.”

“Tak takut dilabel gila?” Qaireen tarikan kedua-dua belah keningnya.

“Okey, okey. Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap tadi buat awak terasa hati.” Adwan memujuk.

Qaireen hadiahkan satu jelingan.

Spontan Adwan tepuk mulutnya. Geram pada mulutnya yang tak bayar insuran. Suka sangat lontarkan kata-kata yang menyakitkan hati Qaireen.

“Cuaklah tu.” Qaireen mengejek. Senyuman mengusik menghiasi wajahnya.

“Qaireen, kalau awak selalu buat macam ni. Boleh kena heart attack saya tau. Tua sebelum waktunya.”

Adwan pamer muka serius.

Qaireen memang ada aura tersendiri. Aura yang mampu buat perasaan dia tunggang-langgang. Gadis ini mampu buat dia tersenyum, marah atau ketawa.

Pendek kata Qaireen telah merubah segala-galanya.

“Janganlah marah, abang sayang. Kata playboy. Baru usik sikit dah melenting.” Qaireen tersengih.

Bulat mata Adwan. Memandang Qaireen tak berkelip.

“What? Did I said something wrong?” Mata Qaireen turut terbuntang. Serius, apa yang dia tersilap cakap tadi?

“Awak panggil saya apa tadi?” Adwan meminta Qaireen mengulang semula kata-kata yang dilontarkan tadi. Dia tahu dia tak pekak lagi bila Qaireen memanggil dia abang sayang.

“Panggil apa? Abang sayang. Eh!” Qaireen tekup mulutnya. Crap! Macam mana boleh terlepas panggil Adwan abang sayang? Dia terasa rona merah sudah mula melatari pipi mulusnya.

“Sejuk hati saya. Awak sayang saya rupa-rupanya.” Adwan tersenyum senget.

“Jangan nak perasan. Abang tu sebab awak dah 32. Read my lips. Tiga. Puluh. Dua!” Bersungguh-sungguh Qaireen menegakkan benang basah. Siap disebut satu persatu maksud panggilan abang sayang tu.

“Sayang?” Sebelah kening Adwan terangkat. Menuntut penerangan lebih.

“Itu tergelincir. Tak bermaksud apa-apa.” Qaireen tersengih.

“Tak kisahlah apa-apa. Janji awak sayang saya.” Adwan menyisip sedikit kopi panas yang baru dihantar pekerja kafé sekejap tadi.

“Nak tahu tak kenapa saya senyum-senyum tadi?” Qaireen cuba ubah topik. Garfu di tangan menguis pai di atas pinggan.

“Hmmm…”Adwan bersandar malas. Layankan.

“Teringat tadi yang adik awak mandi tepung.”

“Really?” Terjongket kening Adwan. Menarik. Adalah bahan untuk kenakan si adik.

Qaireen mengangguk. Senyuman dia kembali tersungging.

“Ambil gambar dia tak?”

Qaireen menggeleng.

“Why?”

“Tak sampai hati. Tapi serius buruk muka adik awak tu,” terhambur tawa Qaireen.

Adwan turut tersenyum. Cuba membayangkan sama keadaan Amanda tika itu.

“Hoi! Mengata aku eh?” Amanda menyergah. Mengambil tempat duduk di antara Qaireen dan Adwan.

Qaireen angkat dua jarinya pada Amanda.

“Alah, itu pun nak marah. Ni dah mandi ke belum?” Adwan menggosok kepala Amanda biar pun si adik menepis tangannya.

“Bro.” Akid turut datang menyertai mereka bertiga. Menghulur salam pada Adwan.

“Teruklah kau, bro. Sampai mandi tepung adik aku ni.” Adwan ketawa.

Akid kenyit mata pada Amanda yang sudah merah wajahnya.

“Dahlah, Akid. Merah dah muka kawan I ni,” usik Qaireen.

“Reen!” Bahu Qaireen menjadi mangsa pukulan Amanda.

Masing-masing tertawa. Gembira.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/266142/Cinta-Sejati-Seorang-Playboy