[SNEAK PEEK] CINTA GADIS GILA

ISBN97896714378-medium

CINTA GADIS GILA Oleh Zhamida Dyna

Di dalam perjalanan ke hospital, Raihana hanya berdiam diri sejak tadi. Fikirannya mengelamun apabila mengenangkan dialog terakhir di antara dia dan Khairul pada tengahari tadi.

“Saya dah makan… Awak dah makan belum?” Tanya Khairul kepada Raihana.

Raihana menjawab dengan perasaan gembira kerana berasa teruja apabila kekasihnya tidak pernah terlepas dalam soal mengambil berat terhadap dirinya.

“Saya dah makan tadi. Hari ni saya makan nasi lemak, nasi minyak dan roti canai. Hehehe… Terer saya kan? Semua tu habis saya makan tau! Awak pun kalah!” Kata Raihana berbangga.

Khairul berasa sungguh senang hati apabila mendengar celoteh Raihana memberitahu yang telah makan dengan banyak pada hari itu. Dia faham benar karenah Raihana dalam bab makanan, Raihana memang tidak pernah memilih. Semuanya ‘disapu bersih’ olehnya. Raihana boleh makan semua jenis hidangan, tidak kira hidangan kampung mahupun, hidangan bandar.

Khairul pun menjawab. “Awak memang! Kalau tak makan banyak, bukan awak lah tu! Saya ni pun, kalau awak boleh makan, dah lama awak makan kan?” Sinis Khairul terhadap kekasih hatinya itu.

“Ishh awak ni! Ke situ pulak! Takkan lah saya nak makan awak! Nanti kalau saya makan awak, awak mati, siapa nak jaga saya? Lagipun, dari saya makan awak yang isi belum tentu rasa sedap, lebih baik saya makan ayam Kentucky Fried Chicken(KFC) satu bucket! Hehehe… Confirm sedap!” Jawab Raihana yang cuba menyakat Khairul.

Khairul terhibur setiap kali dia menelefon Raihana, Raihana merajuk ke tak, baginya Raihana lah gadis yang paling sempurna sebagai pelengkap hidupnya. Khairul dengan spontan menjawab.

“Kalau saya mati, awak kena jaga diri awak sendiri tau! Tapi, awak kena ingat, walaupun saya takde kat depan mata awak, tapi saya tetap akan berada dalam hati awak… Saya tak kisah pun kalau awak nak makan saya, saya lagi suka mati di tangan awak… Hehehe” Jawab Khairul dengan nada mengusik.

Kata-kata Khairul itu masih terngiang-ngiang di benak fikiran Raihana. Air mata Raihana tidak jatuh walau setitik pun. Raihana kelihatan seperti patung tidak bernyawa sejak mendapat tahu mengenai keadaan Khairul tadi. Linda dan Razak masing-masing senyap tanpa berkata apa-apa.

Akhirnya selepas beberapa minit perjalanan, mereka pun sampai di hospital. Hospital yang memang dikhaskan untuk pesakit-pesakit cancer sahaja.

Dengan langkah yang laju, Raihana tergesa-gesa ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui nombor wad di mana Khairul berada. Linda dan Razak hanya mengekori dari belakang. Sampai sahaja di hadapan pintu wad, Raihana terus menolak pintu dan air matanya terus jatuh bercucuran ke lantai

Di hadapannya, terlantar sebunjur tubuh yang sangat lemah. Tubuh yang selama ini begitu gagah dan bermaya ketika bersamanya. Di sebelah tubuh tersebut, berdiri seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an. Itulah Doktor Affendi, doktor yang merawat Khairul selama ini.

Doktor Affendi tidak berkata apa-apa. Dia hanya mampu melihat keadaan Khairul yang sedang kritikal itu. Raihana menghampiri Khairul dan memegang tangan Khairul. Khairul semakin lemah dan tidak mampu menyambut genggaman erat tangan buah hatinya itu.

Dengan sedikit kekuatan yang ada, Khairul bersuara.

“Maafkan saya sayang… Saya tak dapat nak bawa awak makan aiskrim petang tadi. Maafkan saya tak dapat tunaikan janji menjadi suami awak! Maafkan saya… Saya sayangkan awak hingga ke jannah…” Kata Khairul dengan suara yang lemah.

Nafas Khairul pun terhenti. Mesin perubatan yang menunjukkan jangkaan degupan jantung Khairul pun turut terhenti. Genggaman tangan mulai terlerai. Air mata Raihana makin laju. Linda dan Razak yang tidak dapat menahan sebak dan turut menangis. Raihana menangis sekuat hati, memeluk jasad tanpa roh di hadapannya dengan erat.

“Tak! Awak tak salah! Awak tak perlu mintak maaf dengan saya! Saya sentiasa maafkan awak! Tapi awak mana boleh mungkir janji nak kahwin dengan saya! Saya tahu awak tengah bergurau kan? Awak saja nak buat saya merajuk kan? Awak saja nak buat saya marah kan? Bangunlah… Jangan macam ni, okey lah! Lepas ni, saya janji yang saya takkan merajuk dan marah-marah dah! Saya janji! Saya tak nak awak gurau macam ni lagi… Bangunlah!” Raihana cuba memujuk hatinya.

Raihana tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki yang paling dia cintai dalam hidup, telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Raihana bersuara kembali. Namun suaranya kali ini kendengaran agak lemah. Mungkin suaranya sudah tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

“Baiklah! Kalau awak tak nak bangun, saya akan duduk kat sini sampai awak bangun… Saya akan jaga awak macam mana awak pernah jaga saya sebelum ni… Awak tidur dulu tau! Nanti pagi esok, kita keluar jalan-jalan… Saya takkan merajuk dah…”Raihana berkata dengan suara yang teresak-esak sambil memeluk sebujur tubuh yang sudah tidak bernyawa itu.

Khairul masih tidak bergerak. Doktor Affendi dan jururawat-jururawat yang berada di sana, turut tersentuh melihat keadaan tersebut. Linda cuba menarik tangan Raihana agar melepaskan pelukkan tersebut. Linda cuba membuat Raihana agar menerima hakikat bahawa Khairul sudah tiada, namun pelukkan Raihana semakin erat. Linda tidak mampu meleraikannya. Linda berlari keluar wad. Dia tidak sanggup untuk melihat keadaan kawannya itu. Razak mengekori Linda untuk menenangkan Linda…

“Kenapa awak tak bagitau kitaorang selama ni! Sanggup awak rahsiakan semua ni! Kalau Raihana dapat tahu perkara ni awal-awal, sudah tentu dia takkan macam ni…!” Kata Linda.

Linda seakan-akan menyalahkan Razak dengan apa yang berlaku terhadap kawan baiknya itu.

Dengan suara yang sudah serak basah, Razak menjawab.

“Arwah tak nak Raihana tahu! Dia tahu hidupnya sudah tak lama sebab penyakit tu! Dia mintak saya janji jangan bagitahu sesiapa terutama Raihana! Dia tak nak Raihana sedih! Dia tak nak tengok air mata Raihana sebelum dia meninggal! Harapannya hanya untuk membahagiakan Raihana sehabis yang dia mampu… Sebab itu, saya rahsiakan hal ni! Saya terpaksa pegang janji kawan baik saya…” Razak mengakhiri kata-katanya.

****

“ Sayang, bangun! Dah subuh ni…” Dengan segera Raihana bangun. Dia mencari-cari Khairul di katil. Linda dan Razak yang sudah lama bangun mengerjakan solat subuh yang sudah hampir habis waktunya, terpinga-pinga melihat kelakuan Raihana yang kelihatan seperti sedang mencari sesuatu.

“Kau cari siapa?” Soal Linda.

Raihana menjawab sambil menggosok-gosok matanya seakan-akan masih tidak dapa menerima hakikat dengan apa yang terjadi. “Aku cari pakwe aku lah! Aku cari Khairul… Tadi dia kejutkan aku subuh. Kau ada nampak dia tak?” Raihana menyoal Linda kembali dengan riak muka seperti biasa.

“Astagfirullah al azim Nana! Kau sedar tak ni? Khairul dah takda! Awal subuh lagi, doktor dah bawa pergi jenazahnya untuk diuruskan. Aku yang kejutkan kau tadi, tapi kau tak bangun! Mengucap Nana… Dah pergi solat dulu tu.” Linda menjelaskan keadaan sebenar agar kawannya itu tidak terus hanyut dalam fantasi.

“Tak, kau tipu aku! Khairul ada lagi! Khairul masih hidup! Dia yang kejutkan aku tadi! Kau tipu aku… Sampai hati kau tipu aku!” Raihana membalas sambil menangis teresak-esak.

Razak hanya memerhatikan Raihana dengan perasaan belas kasihankan. Dia tidak mampu untuk membantu dalam soal hati.

Razak menghampiri Raihana dan menghulurkan sepucuk sampul yang mengandungi surat daripada Khairul. “Kau baca lah surat ni Nana. Aku harap, lepas kau baca surat ni, kau sedar yang arwah sendiri pun tak nak tengok kau sedih macam ni1” Razak menghabiskan kata-katanya.

Dengan linangan air mata yang tiada hentinya, Raihana menguatkan diri untuk membaca surat tersebut. Dia membuka sampul surat dengan sikap yang tergopoh-gapah. Raihana kelihatan sungguh tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut. Dia masih mengharap yang semua yang terjadi hanyalah gurauan daripada Khairul. Segala pesanan akhir daripada Khairul terkandung di dalam surat itu…
Salam sayang buat insan tercinta, Raihana Batrisya Bt Jahari…

Sayang, sewaktu awak membaca surat ini, semestinya saya sudah tiada lagi di sisi awak. Saya dah pergi menghadap Allah s.w.t yang dicintai. Saya harap awak tabah membaca coretan terakhir saya ini. Sayang, maafkan saya meninggalkan awak tanpa diduga. Maafkan saya merahsiakan semua ni daripada awak. Maafkan saya tak dapat bersama awak sampai ke anak cucu… Saya takde niat nak rahsiakan penyakit saya daripada awak. Tapi beberapa bulan yang lepas, saya disahkan menghidap kancer hati tahap kritikal. Sedangkan akhir tahun ni, saya dah rancang nak buat kejutan untuk awak. Saya dah rancang nak peristerikan awak. Apabila saya dapat tahu yang saya takkan hidup lama, saya dah berjanji dengan diri saya untuk bahagiakan awak dan tinggalkan saat-saat indah bersama awak. Saya sayang awak ketat-ketat. Saya taknak awak bersedih. Saya tak mampu tengok awak bersedih walaupun sekejap. Saya nak awak janji dengan saya, awak akan jaga diri awak sebaik saya jaga awak. Jangan lupa untuk kunci alarm jam loceng setiap pagi untuk bangun solat subuh ye! Solat jangan tinggal. Allah sayang hubungan kita, sebab tu Dia ambil saya daripada awak. Mungkin Dia nak saya tunggu awak di syurga… Awak jangan menangis ye? Jaga kesihatan awak baik-baik. Terima kasih sebab dah buat hidup saya lengkap selama ini. Sampaikan salam sayang saya pada ummi dan baba juga. Awak dan keluarga awak adalah perkara terindah yang berlaku dalam hidup saya. Awak anugerah Tuhan yang tak ternilai pada saya. Di sebalik semua ini, saya bersyukur Tuhan ambil nyawa saya sebelum awak sebab sekurang-kurangnya saya tak dapat melihat awak pergi dulu sebelum saya. Saya tak dapat bayangkan hidup saya sesaat tanpa awak sebab saya ni hanya sebatang kara. Dalam hidup saya selama ini, cuma ada awak soarng aje… Tapi awak tanpa saya, awak masih ada ummi dan baba. Awak kena kuat semangat ye sayang… Kalau awak ingatkan saya, awak sedekahkan aje lah surah al-fatihah buat saya. Saya nak awak tahu yang awak adalah kehidupan saya selama ni. Saya harap awak dapat mulakan hidup baru. Saya harap sayang saya ni dipertemukan dengan orang yang lebih baik dari saya. Mungkin, di antara kita tiada jodoh. Saya percaya, jodoh awak telah tertulis di Luh Mahfuz. Sebelum saya mengakhiri coretan saya yang panjang lebar ni, saya nak awak janji dengan saya, tolong jaga diri awak sebaik saya jaga awak… Impian saya untuk sayang awak seorang sampai saya menutup mata, akhirnya tercapai. Terima Kasih Ya Allah… Sayang awak sejuta kali ketat. Selamat tinggal… 

Salam Sayang, 

…khairulalfian…….

Airmata Raihana mengalir laju… “Awak! Saya tak kuat macam yang awak nak! Saya nak awak kejutkan saya setiap pagi! Saya nak awak yang jaga saya! Saya nak awak yang pujuk saya bila saya merajuk! Saya nak awak…. Awak tak boleh tinggalkan saya! Awak kan dah janji… Tolong jangan buat saya macam ni! Saya tak mampu buka mata saya tanpa awak…” Raihana berrkata-kata dengan lemah.

Linda dan Razak tidak mampu lagi menanggung seksa melihat kawannya itu. Linda segera memeluk Raihana dengan erat. “Sabar lah Nana… Kita semua akan pergi, kau kena kuat untuk terima hakikat ni! Kau kena ingat, kau masih ada Pak Jahari! Kau masih ada Mak Kasmah! Kau masih ada aku! Sabar Nana… Tabahkan hati. Aku ada…” Linda menangis teresak-esak sambil menenangkan kawannya itu.

Tiba-tiba Raihana berpaling dan mengesat air matanya, dia berhenti menangis dan mula tersenyum.

“Kenapa kau nangis ni? Dah jangan nangis! Nanti tak comel… Senyum okey? Aku tahu ni mesti rancangan Khairul kenakan aku! Takpe, kau jangan risau ye? Aku akan tunggu Khairul sampai dia penat permainkan aku…” Raihana berkata-kata sambil mengesat air mata kawannya.

Razak dan Linda mula kehairanan melihat kelakuan Raihana itu. Namun, Linda tidak sanggup untuk melihat Raihana bersedih, lalu dia pun cuba mengukir senyuman. Walhal, di dalam hatinya, terlalu perit untuk dia berpura-pura senyum melihat keadaan Raihana.

“Mungkin Raihana memerlukan lebih masa” Bisik Razak kepada Linda… Linda cuba berfikir positif dan memberi ruang kepada Raihana untuk menerima hakikat yang ternyata menyakitkan hati itu…

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/80025/Cinta-Gadis-Gila