[SNEAK PEEK] ASH DAN AISH

ASH & AISH OLEH MAYA ADRIA

“Awak okey?” Ashrafi hidupkan enjin kereta. Di hadapan mereka, Munirah bercekak pinggang, menjerit-jerit macam perempuan gila hilang boyfriend. Dia mahu ketawa melihat si gadis. Sayang, muka cantik, perangai jelik

“Kenapa awak ketawa?”

Ashrafi muncungkan mulut sambil tolak gear. “Tu, orang gila pun tak tunjuk perangai macam dia. Malang nasib siapa yang jadi laki Cik Munirah tu nanti.”

Aisha senyum senget. Ingatkan lelaki muka toya sebelah dia ini tak ada sense of humor. Manusia jugalah ya.

“Berapa dia caj awak satu malam tidur dalam stor kedai tu?”

“RM50, bukan stor tapi bilik rehat. Tapi tak macam bilik rehat kafe Encik Ashrafi.”

“Ash, boleh tak awak panggil saya Ash. Berencik-tuan ni buat saya geli-geleman.”

Pulak. Kita nak tunjuk hormat, biarlah ada beza pekerja dengan majikan.

“Saya tak biasa.”

“Biasakan.”

Kereta itu kembali sunyi. Mujur ada Ashrafi, kalau tidak mungkin dia bermalam di kaki lima. Sampai di hadapan kafe, Ashrafi terlebih dahulu turun dan bukakan pintu.

“Masuk dalam. Pintu ni saya kuncikan dari luar. Pintu belakang awak boleh buka dari dalam kalau ada apa-apa kecemasan.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351986