[SNEAK PEEK] AKU BULAN DIA BINTANG

Aku Bulan Dia Bintang Oleh Anarif

“Darin, awak kena relaks. Tenggelam saya macam ni.” Relaks apanya? Suruh Darin relaks, dia yang tak boleh relaks!

Darin memukul belakangnya kuat, geram.

“Kenapa awak buat macam ni? Padan muka awak!”

Fakhri sengih.

“Kalau tak buat macam ni, mana awak nak peluk saya?”

Usikannya membuatkan Darin memukulnya lembut.

“Jangan nak menggatal! Saya nak pergi tepi kolam. Cepat!”

Fakhri tersengih saja. Datang pula idea lain dalam kepalanya.

“Saya tak boleh berenang dah, letih. Awak peluk je la saya. Kita tidur dalam kolam.”

Darin menjerit marah. “Tak nak! Saya nak tidur atas katil! Dah la malam-malam buta ni, sejuk! Awak… jomlah pergi tepi…” Kali ini

Darin merayu pula.

Fakhri tersengih lagi.

“Kiss saya dulu.”

Bulat mata Darin, terkejut mendengar permintaan nakal Fakhri itu.

Fakhri melonggarkan pelukan Darin di lehernya.

“Darin, tercekik saya nanti.”

Darin pantas mengerti, lalu dilonggarkan pelukannya. Tubuhnya melorot sedikit ke bawah, tetapi dia masih takut dan tidak yakin. Kali ini dia memeluk leher Fakhri dengan kedua belah tangannya pula, membuatkan wajah mereka berhadapan. Fakhri pula memeluk erat pinggangnya, kemas di dalam air.

Dalam usahanya untuk mengapungkan badan mereka, ayunan kakinya sedikit pincang membuatkan tubuh mereka tenggelam sedikit. Darin yang panik terus memeluk Fakhri lebih erat, mendaratkan wajahnya di dada Fakhri yang tidak berbaju itu.

Fakhri tersenyum lagi. She is so adorable.

“Takut sangat awak ya? Nanti saya ajar awak berenang.”

“Tak nak! Tak nak… nak naik…” rayu Darin sambil memejamkan matanya.

“Sampai bila nak takut macam ni? Seronok tahu dalam air. Kalau diving lagi best. Boleh la kita pergi tengok laut sama-sama.” Seronok pula dia berkeadaan begini. Kalau di rumah, mana ada peluang!

“Underwater world kan ada! Aquaria pun ada. Tak payah nak mengada-ada nak pergi berenang tengah laut tu eh. Kalau lemas macam mana?” Darin membidas.

“Sebab itulah kena belajar berenang. Kalau dah reti berenang, mana nak lemas. insya-Allah selamat.” Fakhri mengeratkan pelukannya.

Dia juga dah merasa sejuk malam, tetapi terasa sayang pula mahu keluar dari kolam.

Apabila Darin tidak membalas, Fakhri sedikit hairan.

“Darin…”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/344441