[REVIEW] Tuan Muda Cik Hana

Tuan Muda Cik Hana Oleh Chempaka Lyana

TUAN MUDA: Aku tak tahu kenapa aku jatuh cinta padanya. Nak kata elegan sangat, tidaklah. Ganas, suka berontak dan usik ibunya adalah. Jatuh cinta pandang pertama! Itulah Nur Hana Sulaiman, gadis yang pertama kali aku melihat sedang berkaraoke di laman rumah selepas habis majlis kahwin abangnya. Gadis yang marah giler kat aku sebab aku langgar pokok ‘bunga kembang pukul 10:00’ dia tu. Eh ehhh…dia tak nampak ke kereta aku kereta apa? Kereta Jaguar kut. Kenapa dia tak hormat aku seperti orang lain? Kenapa dia tak sudi pun pandang muka aku? Tak handsome ke? Aku Ayahanda Bad kut. Cameron Highlands tu aku pegang! CIK HANA : Cis! Ini ibu punya pasal la! Orang yang aku tak kenal pun, dia sanggup terima jadi bakal suami aku. Nak sangat kan…baik, ini syarat aku… 1. Tidak boleh jumpa saya empat tahun. 2. Sanggup menunggu saya habis belajar. 3. Jangan telefon saya. 4. Jangan hantar hadiah atau apa sahaja buah tangan sepanjang tempoh bertunang. 5. Kalau bertembung pun, buat tak kenal, buat tak peduli. 6. Dalam tempoh empat tahun, sila buat hal masing-masing. 7. DAN Jika saya merasakan kita tiada jodoh, saya berhak buat keputusan demi masa depan saya. APA akan jadi setelah empat tahun berlalu dan mereka ini sepejabat : “Selamat tengah hari Tuan Muda. Saya Hana, saya bawa…” “Berhenti bercakap, susun buku dan keluar!” Tegas Badri. “Ya.” Hana angkat muka. Hanya separuh belakang kepala Tuan Muda yang dia lihat. Berlagaknya! Kalau tidak mengenangkan gaji bagus. Dicari sampai ke lubang cacing juga siapakah sebenarnya Tuan Muda ini. “Dah jam satu ni, Tuan Muda. Makan dulu, baru sambung baca. Nanti gastrik, siapa susah? Tuan Muda juga kan? Bye, saya keluar dulu.” Badri terkedu. Sebaik sahaja pintu ditutup. Hana sentuh dadanya. “Ah kau! Beria prihatin kat dia, dah kenapa? Lantak dialah, nak baca ke apa ke? Perut kau tu yang kena isi. Dah mengamuk semua cacing kat dalam ni?” Ditamparnya mulut perlahan. “Capoi sangat.” “PERNIKAHAN bukan sekadar jatuh cinta, lelaki memiliki perempuan, sayang. Ia berbentuk amanah dari Tuhan. Pasangan yang sudah tersurat, Allah susun cantik dah.” – Badri / Tuan Muda


Cerita fairy tales yg indah dan penuh bumpy road tapi sangat menarik. Kisah cinta pandang pertama Badri terhadap Hana. Walaupun berbeza usia tetapi itu bukan halangan untuk Badri mengikat Hana dengan tali pertunangan walaupun tanpa persetujuan Hana.
Terus terang saya berasa sedikit sebal dengan perangai Hana yang degil dan tidak mendengar kata. Dia hanya mengikut apa yang ada di kepalanya tanpa menghiraukan perasaan tunang serta abangnya sendiri.
4 tahun masa yang diminta oleh Hana dan sepanjang 4 tahun itu, Hana menjalani hidupnya sebagai pelajar tanpa masuk campur tunangnya. Tunang terpaksa mengikuti syarat yang dikenakan. Hailah! Tabahnya tunang ni. Siapa sangka, Badri yang merupakan bekas ketua gengster yang punya pangkat tertinggi sehingga bergelar Ayahanda Badri tunduk kepada Hana kerana cinta.
Dalam rasa sebal dengan sikap Hana, saya rasa terhibur juga dengan kedegilannya. Suka dengan sikap berdikari dan beraninya. Hana digambarkan sebagai gadis yang happy-go-lucky dan berdikari.
Jalan cerita yang menarik serta menghiburkan. Penuh rasa dan warna. Syabas untuk penulis walaupun ini merupakan percubaan pertamanya. Sesuatu yang membanggakan.
Permulaan citer buat saya teruja. Kisah empat tahun kemudian best juga part when Hana mula kerja dengan Tuan Muda Badri Syah. Tapi terus mood saya perlahan merundum selepas tahu ramai orang yang meninggal. Macam mana nak ada kisah keluarga bila mak bapak watak utama dah meninggal. Short and tak sweet pun penulis matikan parents dorang.
Pembacaan saya dah mula perlahan dan kadangkala bosan. Banyak penceritaan yang berulang dan takde excitement walaupun ada terselit gangsterism.
Saya tertanya-tanya semua watak ni umur berapa? Bujang terlajak 40an ke? Cuma tahu Hana dalam lingkungan umur 23-24 tahun sebab baru dapat ijazah. Tuan Muda Badri, Rayyan, along Hanafi, Kak Ida, Pak Mail dan isterinya Tuti (orang Indonesia ke?) semua saya fed up tak tahu tua mana dorang ni.
Sebagai pembaca, saya layarkan video dan gambarkan every scene. Mungkin umur watak tak penting pada pembaca lain, tak tahu lah kan. Actually it relates well with their characters.
Bagaimanapun, bahasa penulis yang santai dan senang dibaca saya kasi kredit. Plot yang lain dari yang biasa pun saya puji cuma kurang rempah ratus dan perencah so cliffhanger is missing.
Hana ke pantri. Tekaknya terasa haus. “Buat air coklatlah.” Dibuka sebungkus Cadbury, dituangkan ke dalam cawan, curah air panas dan kacau.
“Laaaaa, mengular ya?” Muncul Zaiton dengan wajah yang muram.
“Hauslah, kak.” Hana berasa pelik. Zaiton tidak pernah sesedih begini.
Zaiton menarik kerusi. Duduk dan terus mengelamun panjang. Mengeluh diri, mengenangkan nasib akan datang apabila Tuan Rayyan mengambil alih Jaaf Plantations Sdn Bhd daripada Tuan Muda.
“Kak Zai ni, cuba cerita apa masalah?” Soal Hana ingin tahu.
“Tuan Muda makin hari, makin baik. Kak Zai lega sangat. Hurmmm… mungkin disebabkan Cik Tunang dah kerja dekat-dekat si…” Tiba-tiba Zaiton berhenti cakap. Dipandangnya ke arah Tuan Muda yang baru sahaja berdiri di hadapan pintu pantri. Spontan dia berpaling ke arah Hana yang begitu tenang sekali. Tertib sambil mata menghadap dinding. Meneguk dan menikmati air coklat tanpa memandangnya atau menegur Tuan Muda sekalipun.
“Tuan Muda nak air? Saya buatkan.”
“Hana minum apa?”
“Air coklat Cadbury. Nak?” Jawab Zaiton tanpa menunggu Hana menjawab. Tahu sangat dia. Sah tengah bergaduh. Lagi dan lagi!
“Saya nak yang ni!” Badri tidak senyum. Terus diambilnya cawan daripada tangan Hana dan beredar keluar.
Terperanjat Zaiton.
“Cik Hana gaduh lagi dengan Tuan muda?”
“Belum lagi. Kenapa Kak Zai tanya?” Hana relaks sahaja walaupun sebenarnya dia pun tergamam tadi.
“Dah berbaiklah kiranya? Kan?”
“Hmmmm… pun tak juga.”
“Cik Hana dengan Tuan Muda dah tak payah berahsia kan?” Zaiton tongkat dagu ke meja.
“Rahsia syarat tu ya? Dah tak payah. Huhuhu! Bagus kan?”
“Rahsia syarat? Bukan rahsia bertunang?” Pening balik Zaiton.
“Huh? Saya tak kenallah tunang Tuan Muda. Lantak dialah kalau tunang dia dah kerja dekat-dekat sini. Bagus juga. Kalau Cik Tunang dia terjah maki hamun saya pun bagus. Saya ada alasan. Tuan Muda dah tak bolehlah paksa saya buat itu ini, kan? Tuan Muda mesti pilih tunang terchentaa dia tu! Hehehe…” Seketul-seketul Hana senyum dan gelak.
“Dan tak payahlah juga saya kena mengekor temankan dia sana-sini. Tension tau. Saya ni pustakawan peribadi dia aje.”
Ternganga mulut Zaiton dengar bebelan Hana. Apa punya ngok ngek lah budak ni! Allah!
Kelihatannya ada kelibat bayangan seseorang di luar pantri yang mencuri dengar perbualan mereka berdua.
“Bukan. Maksud Kak Zai, Cik Hana dah tahu tak siapa tunang Tuan Muda tu?”
“Oh yang tu. Belum Kak Zai.”
Pap! Zaiton tepuk dahi. “Dia tak tahu lagi rupanya. Aduh! Pening kepala aku!”
“Dah Tuan Muda tak kenalkan, manalah saya nak tahu.” Hana bangun dan membancuh air coklat Cadbury yang baru. “Kak Zai bayangkan ya, tiba-tiba Cik Tunang Tuan Muda datang masa Tuan Muda ambil cawan air yang saya dah minum, tak ke jadi hal? Eeee tak leh blah la! Seram saya!”
Badri terus balik ke biliknya. Curi dengar pun tak begitu membantu tenteramkan hatinya yang rawan. Tarik nafas panjang dibuatnya.
“Aduh!” Zaiton picit kepala. “Apa sampai ke situ kau fikir? Ish kau ni Hana. Macam-macam hallah.”
Hana tercengang. Lain benar, Kak Zai pagi ini. “Malaslah nak borak dengan Kak Zai. Saya nak balik perpustakaanlah!”
Zaiton lambai tangan. “Pergilah berhambus cepat. Sebelum meletup kotak kepala aku ni kau orang berdua kerjakan! Jalan!”
Nak lebih lagi?, boleh dapatkan di