[REVIEW] SENYUMAN NADIA

Senyuman Nadia Oleh Izatul Husna

 

Kehadiran Nadia di dunia tanpa seorang ibu, mungkin dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. Ramai menganggapnya sebagai seorang pembunuh. Punca ibunya meninggal semasa melahirkannya. Bukan Nadia yang pinta. Syukur, ayah menjaga Nadia serba lengkap bak seorang puteri, terima kasih ayah! Dan seorang abang yang sentiasa menyakitkan hati. Urgh!

“Kamu minat ke muzik-muzik ini? Setahu ayah, kamu minat memasak.” – Ayah

“Nabil serba boleh ayah. Memasak boleh, bertukang boleh, mengaji boleh, main alat muzik lagi boleh.” – Nabil

Namun, perlahan-lahan hidup yang disulam dengan warna-warni, semakin malap. Dimamah takdir. 

“Nabil, ayah kagum dengan kamu. Macam-macam kerja rumah kamu boleh buat. Ayah rasa macam ada dua orang anak perempuan pula. Hahahaha!” – Ayah

“Nabil, dia dah … tak ada.” – Nazafi

Apa yang bakal terjadi kepada Nadia?

Senyuman Nadia merupakan sebuah novel mini yang menceritakan sejarah tiga orang watak dari Permulaan Szanpiy dan petunjuk bagi novel kedua iaitu Misi Szanpiy.


Hai semua! Admin kembali untuk bagi review buku yang comel ni. Kalau kita tengok cover dia, comel je kan? Kena dengan genre novel ni yang merupakan teen novel. Jadi, ia sangat sesuai untuk bacaan para remaja. Ceritanya juga tidak terlampau berat dan mudah difahami.

Ebuku ini berkisahkan seorang gadis bernama Nadia yang pada mulanya hidupnya sangat dipenuhi warna warni kehidupan. Tetapi, satu tragedi telah menyapa dirinya serta abangnya, Nabil. Nabil seorang abang yang sangat bertanggungjawab dan penyayang. Dia menjaga Nadia dengan baik sekali walaupun kadang kadang annoying. Biasalah tu adik beradik mahu bergurau. 

Yang jenis senang air mata mengalir tu, boleh sediakan tisu siap siap sambil baca ni sebab banyak part menyedihkan. Admin pun lemah kalau bab bab kekeluargaan ni. Gugur jugak air mata baca part part sedih tu hahaha. Tapi yang best nya Nadia ni dikelilingi dengan orang yang baik baik je.

Bagi min lah kan, banyak nilai murni kita boleh jadikan contoh daripada novel ni lebih lebih lagi dari aspek kekeluargaan. Ia sangat bagus untuk para remaja menerapkan nilai murni dari usia setahun jagung. 

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/345958