REVIEW NYANYIAN SYAHDU

9789831246474-medium

EBUKU NYANYIAN SYAHDU OLEH WEEDA AIRIZA

Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini?


Pendapat mengenai ulasan novel ini, cerita ni santai. Menceritakan mengenai sepasang kawan baik yang berkawan sejak zaman sekolah lagi hingga salah seorang dari mereka menjadi artis. Rul dan Shaz. Suka dalam diam yang dianggap hanya mainan hati akhirnya menjadi satu kenyataan. Malangnya, apabila pintu hati ini diketuk oleh dua jejaka, susah juga untuk memilih.

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Benarkah pepatah ini? Rul bakal digantikan dengan siapa? Admin sendiri tersengih membaca novel ini. Sebab… Manis itu macam hempedu, pahit itu rasanya macam gula. Serba tak keruan!

Jadi, nasihat saya, bacalah hingga penamat cerita supaya sengih la sampai hujung cerita.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/66597/nyanyian-syahdu