[REVIEW] MUNGKIN AKU PUN SAYANG

Mungkin Aku Pun Sayang Oleh Cyda Yusof

PERKAHWINAN yang terjadi pada mulanya hanyalah kerana permintaan Izly untuk Eamir menggantikan tempat Dani. Tapi entah bagaimana, selepas akad terjadi, Eamir memungkiri janji apabila Eamir menuntut cinta daripada Izly. . Izly jatuh cinta pada Eamir? Sangat mustahil untuk Izly move-on dan menyerahkan cintanya pada Eamir. 

"Sampai bila awak nak jadi hero?" - Izly
"Saya akan pergi bila awak tak perlukan saya lagi." - Eamir

Apa yang membuatkan admin tertarik untuk baca buku ini adalah, satu, semestinya kerana penulisnya yang hebat, kedua, adalah kerana cover buku yang sangat comel dan cantik. Min suka! Buku ini mengisahkan tentang Izly, seorang gadis yang patah hati akibat dipermainkan dengan lelaki yang tidak layak memiliki hatinya yang baik itu. Dani, lelaki yang telah melukakan hati Izly, mengatakan dia menjumpai ‘the right person‘ kepada Izly tanpa mengambil kisah tentang hatinya.

Bagi admin, kisah novel ini memberi kita sebagai pembaca banyak pengajaran dan nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam hubungan percintaan. Terdapat banyak part yang sedih, gembira, sweet dan macam macam lagi. 

Walau bagaimanapun, novel ini bagi admin sesuai dibaca untuk orang dewasa mahupun remaja. semua lapisan umur sesuai untuk membaca novel ini. 

Apakah nasib hidup Izly selepas ditinggalkan dan dikecewakan oleh Dani? Adakah dia juga berjumpa ‘Mr Right’ dia? 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/346820