[REVIEW] KESAL YANG BERBISA

Kesal Yang Bersisa Oleh Arsha

Seperti mana pasangan lain yang berkahwin, Kamalia dan Naim berkahwin atas rasa cinta antara kedua-duanya. Dikurniakan tiga orang cahaya mata atas keizinan-Nya. Namun dalam kebahagiaan yang dibina, ada hati yang terluka tanpa sengaja.

“Biarlah dia orang tu. Dia orang tak nak jaga, abang mampu lagi nak jaga ayah tu.” – Naim

“Tulah abang! Balik-balik, biarlah… biarlah! Sebab abang biarlah, semua adik-adik abang lupa diri. Tak ingat langsung kat ayah!” – Kamalia

Ayah Chu sering menjadi punca perbalahan antara Kamalia dan Naim. Ayah Chu yang lebih banyak bergantung kepada anak sulungnya, Naim memandangkan anak-anak yang lain tidak mempedulikannya. Itu yang menjadi punca terbesar kedinginan Kamalia.

Kesabaran Naim tiba ke kemuncak apabila kata-kata isteri tersayang berterusan menyakiti hati ayahnya.

“Ingat Lia… abang ni suami Lia. Sabar abang ada limit. Kalau Lia dah tak suka sangat abang jaga ayah, Lia boleh…” – Naim

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Antara cinta kepada sang isteri dan kasih buat seorang ayah. Kedua-duanya adalah amanah daripada-Nya.

Naim buntu. Perngorbanan apa yang perlu dilakukan agar tiada lagi yang terluka?


Hi semua. Okay, entry kali ni min nak korang semua ubah mood korang semua kearah alam rumah tangga. Macam biasalah, adat rumah tangga ni mesti ada asam garamnya. Ada kalanya manis-manis belaka, ada kalanya pahit untuk ditelan. So, kali ni min nak korang semua dalami peristiwa dan ikhtibar yang dapat diambil dari novel ni.

Novel ini mengisahkan sepasang suami isteri, Naim dan Kamalia, serta bapa mertua kepada Kamalia iaitu Ayah Chu. Naim dan kamalia juga telah dikurniakan tiga cahaya mata yang melambangkan kasih sayang sepasang suami isteri ini. Disebabkan perasaan amarah dan ketidakpuasan hati Kamalia terhadap adik-beradik Naim telah menyebabkan keberantakkan pasangan suami isteri ini. Naim ingin bertindak adil dalam setiap tindakkan yang dia lakukan terhadap isteri dan bapanya. Tapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Antara cinta kepada sang isteri dan kasih buat seorang ayah.

Buku ini sesuai dibaca dari peringkat remaja hinggalah dewasa kerana buku ini dapat mengajar kita erti kasih sayang. Jadi min sangat mengsyorkan korang semua untuk baca buku ni.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351853