REVIEW SUAMIKU MR. BOSS

9789670567631-medium

EBUKU SUAMIKU MR. BOSS OLEH ELIN NADIA

NAIM HAZIQ, seorang lelaki kota yang berasal daripada keluarga berada telah jatuh cinta pandang pertama dengan SAFIA HANA, seorang gadis desa yang hidup sederhana. Naim memerlukan Safia hidup di sisinya kerana gadis itu penuh dengan jiwa penyayang. Manakala Safia yang masih muda dan naif memerlukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya menjadi seorang wanita dewasa yang matang.

Sebelum kahwin, Safia rasa dia tepat memilih Naim. Lelaki itu sempurna di matanya. Walau apa juga rintangan, dia terima asalkan dapat hidup bahagia dengan Naim. Hakikatnya dia tidak tahu Naim sebenarnya seorang lelaki kaki buli dan sudah mengatur rancangan untuk mengawal hidupnya. Maka hidup Safia jadi kacau-bilau kerana sikap Naim yang kuat cemburu, panas baran dan suka mengongkong.

“Semua perkara yang Safia nak buat kena beritahu abang dulu. Kalau tak ada hal penting duduk kat rumah aje, tak payahlah nak merayap pergi mana-mana. Kalau nak pergi ke mana-mana juga kena ditemani bodyguard. Tak boleh balik malam. Aktiviti berbahaya macam panjat gunung, jungle tracking, scuba diving, payung terjun dan segala aktiviti berlumba jangan haraplah abang akan izinkan.” Naim membebel panjang.
Meluap hati Safia mendengarnya. “Teruklah abang ni. Perangai macam budak-budak. Kalau abang banyak kerenah lagi, Safia ternak lipas baru abang tahu.”
Serta-merta bulu roma Naim meremang apabila mendengar ugutan itu. Dalam diam, dia menelan air liur. Sejak kecil lagi dia memang takutkan lipas!

“Good night, sweetheart. I love you,” bisik Naim.

Eh, eh… Tadi garang, sekarang jadi romantik pulak? Tak payahlah nak cover macho. Tak handsome pun!

“Good night, Mister Boss. I hate you.” Safia membalas geram.

Naim tersenyum mendengarnya. Dia tak kisah apa juga tanggapan Safia terhadapnya. Biar Safia rasa terkongkong hidup dengannya asalkan hatinya berasa tenang dan bahagia.


Best! Safia Hana menolong ibu-bapanya di kebun sayuran dan kolam ikan mereka sementara menunggu untuk menyambung pelajarannya di universiti. Naim Haziq pula adalah seorang pengurus di syarikat bapanya di KL. Suatu hari Naim ditukarkan ke kampung Safia untuk memantau pembinaan sebuah koleg kejururawatan di sana. Di sana mereka bertemu beberapa kali. Bila Safia putus cinta dengan Hisyam, Naim mengambil kesempatan itu untuk mendekati dirinya. Lama-kelamaan mereka jatuh cinta. Naim mahu cepat-cepat melamar Safia lalu keluarganya di beritahu.

Datin Azilah mahu menilai peribadi Safia sebelum meminang tetapi dia sendiri terpikat dengan peribadi Safia lalu perkahwinan mereka di percepatkan. Khatijah, Hisyam dan Darina semakin berdendam dengan Safia. Safia dan Naim mula mengenali hati budi masing-masing selepas berkahwin. Naim cepat cemburu, baran dan suka mengongkong. Safia pula nakal dan manja tetapi kasih sayangnya tulus. Hidup mereka penuh dengan dugaan tetapi ia mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri. Darina masih cuba untuk mendekati Naim. Ikmal pula cuba menggoda kakak iparnya. Safia hampir diculik. Naim pula hampir dibunuh. Rupa-rupanya dalangnya adalah orang yang dekat dan dipercayai. Akhirnya dia dapat ditangkap dan mereka dapat hidup bahagia bersama cahayamata mereka.

Sweet lah Naim. Bukan mengongkong tapi sebab dia sayang dengan Safia. Bro yang hati kental, pun sangat suka dengan cerita ni. Bro beri 4 bintang.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79482/suamiku-mr-boss