[REVIEW] KERANAMU AKU RELA

KERANAMU AKU RELA Oleh Sania Yasmin

 

Air mata Tasnim tidak pernah kering. Merebut cinta Jeffrey dia dibenci keluarga lelaki itu. Namun jodoh mereka kuat. Dia bahagia. Malangnya takdir menentukan Jeffrey disahkan menghidap leukimia. Setiap hari menunggu mati, Jeffrey hiba melihat derita Tasnim. Dia merencana sendiri. Isterinya berhak memiliki bahagia kedua. Jadi, Tasnim mesti dilepaskan. Tasnim akan dipaksa kahwin lain. Dia sendiri sudah memilih lelaki yang bakal menjadi suami baru Tasnim. Cinta Tasnim cinta mati. Berulang kali dia menolak kemahuan Jeffrey. Dia rela jadi balu daripada mereka bercerai hidup! Namun, Jeffrey tetap melafazkan talak. Tasnim pasrah. Hatinya remuk-redam. Mereka berpisah bukan dek sengketa! Cuma, dia bingung disuruh mengahwini lelaki yang memang dikenalinya. Kuatkah Jeffrey melihat dia bersama lelaki itu?

Pada pendapat admin, pada cover depan eBook ini perlu diletak amaran seperti “Sila sediakan tisu satu kotak”. Cerita ini berjaya membuat air mata admin yang berharga ni tumpah jatuh ke pipi. Dari mula Jeffrey jatuh sakit sampailah ke nafas Jeffrey yang terakhir. Kunci kebahagian Tasnim adalah sentiasa ikhlas dan redha untuk menempuh jalan hidupnya yang berliku. Walaupun Jeffrey nampak kejam sebab menjatuhkan talak kepada Tasnim, tetapi demi menjamin kebahagiaan Tasnim dan anaknya, dia rela. Ayat yang paling admin ingat ialah “Selamat tinggal, Tasnim. Nim akan sentiasa kekal di hati dan diri abang sehingga akhirat…”       *Admin crying*

Konklusinya, cerita ini sarat dengan pengajaran dan pengetahuan tentang penyakit Autisme dan Leukimia. Tahniah kepada penulis!

So, itu adalah ulasan buku yang dapat admin kongsikan kepada readers pada hari ini. Kalau readers nak dapatkan ebook ini, boleh klik pada link di bawah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com