[REVIEW] KERANA KAU ISTERIKU

Kerana Kau Isteriku oleh Nuriarina

 

Dek dikejar oleh konco-konco kelab malam kerana dipaksa melayani lelaki, akhirnya WIDAD berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh AIDIL. Rentetan itu, satu permasalahan yang tak disangka telah dihadapi oleh si lelaki yang sudahpun beristeri ini. “Hei, siapa cakap aku setuju nak kahwin dengan dia?” – AIDIL “Kau setuju ke tak setuju ke, kau kena setuju juga. Kalau kau tak setuju sekali pun aku akan heret kau untuk setuju juga!” – ZAFRUL Aidil yang terpaksa mengahwini Widad telah mengambil keputusan untuk merahsiakan perkahwinan kedua yang telah dipaksa oleh ZAFRUL. Semuanya untuk menyelamatkan si gadis daripada terus menjadi buruan konco-konco jahat kelab malam yang sebenarnya didalangi oleh ALIAS! Dalam keterpaksaan setelah bergelar suami dan isteri, layanan buruk telah diterima daripada si suami. Widad dituduh sengaja memerangkap Aidil. Biarpun begitu, hubungan mereka tetap berjalan seperti biasa sehinggalah berlaku satu kehendak takdir yang membuatkan kemesraan mereka sebagai pasangan suami dan isteri jadi semakin intim. Apakah peristiwa yang berlaku itu? Tahukah isteri pertama Aidil tentang perkahwinan kedua suaminya? Siapa isteri pertamanya? Siapakah Zafrul dan Alias dalam hidup mereka? “Dia hanya isteri aku di atas kertas sahaja. Dan aku tak pernah anggap dia sebagai isteri aku.” – AIDIL Apakah cinta terus tiada dalam hati Aidil buat Widad? Temui jawapannya dalam Kerana Kau Isteriku karya sulung tulisan Nuriarina ini.


Kerana Kau Isteriku karya sulung tulisan Nuriarina menceritakan kisah hidup berpoligami. Watak Yana yang matang dan menerima dirinya dimadukan, watak Aidil yang penuh tanggungjawab dan watak Widad menjadi isteri kedua. Novel ini mempunyai jalan cerita yang cepat dan tidak meleret namun tidak terlalu berat. Sesuai untuk bacaan santai. Aidil menikahi Widad atas dasar terpaksa mulanya sangat dingin terhadap Widad kerana Aidil telah pun berkahwin dengan Yana dan mempunyai anak bersama. Walaupun Yana redha dengan ketentuan hidupnya untuk bermadu, kadang kala keluar juga sifat cemburu sebagai isteri pertama. Bagi Widad pula, dia sedar dirinya merampas dan menumpang kasih, tetapi dia juga mempunyai sifat yang tamak dan ingin dirinya diutamakan oleh Aidil berbanding Yana. Namun masalah mereka selesaikan oleh kedua-dua madu.  Watak Aidil adalah sifat tegas, bertanggungjawab dan cuba untuk bersikap adil. Seringkali kita disajikan dengan nasib diri isteri pertama dan munculnya pelbagai penderitaan bila berpoligami. Namun untuk kisah ini, kita dihidangkan pula cerita dari kaca mata isteri kedua dan hidup mereka bahagia apabila wujudnya keredhaan dan saling bertolak ansur walau permulaannya menjadi yang kedua sangat perit. 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/272102/Kerana-Kau-Isteriku