[REVIEW] GULP! Cafe

GULP! Cafe oleh Najwa Rahman

ICED AMERICANO Perkenalan Iman dengan Jet bermula dengan Iced Americano. Dalam diam, Iman jatuh hati tapi Jet masih setia pada cinta lamanya. “You tak nak jadi barista?”- Iman “I dah tak ada sebab untuk jadi barista lagi.”- Jet Iced Americano itu pahit. Sepahit kisah cinta Iman tapi Iman tetap sukakannya… JODOH DARI LANGIT Waktu ibu Jet tanya pada Apek bila nak kahwin. Jawapan dia, “Saya tunggu jodoh turun dari langit.”- Apek Tapi bila tiba-tiba dia dilamar si Lisa gadis sunti 17 tahun, dia serabut! Nak diterima atau patut dia tolak saja? CIK PEAH KLINIK SEBELAH Perkenalan mereka tidak dirancang. Adib itu nakal kuat mengusik. Peah itu kuat melayan. “By the way, Faridatul Afifah adalah sebuah nama yang sangat sedap. Kenapa kau bagitahu aku nama kau Peah?”- Adib “Sebab aku takut kau mandremkan aku, so aku rahsiakan nama betul aku.”-Peah SI SNEAKERS MERAH Senyuman si wanita buat jantungnya bergetar. Jatuh cinta pandang pertama itu wujud dalam kamus hidup Mike, si pencinta kucing.. “Beli untuk kucing ke?”- Mike “Tak, saya nak buat makan sarapan pagi. Makan dengan susu.”- Sarah Comel! Jawapan dari Sarah buat Mike terkedu. Namun ada kisah buat Sarah menjauh… Turut memuatkan cerpen Eccedentesiast dan lima cerita istimewa…


Dengan penuh hormat, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis dan penerbit ebook ini, buku ini membawa cerita yang penuh kegembiraan dan juga kesedihan, buku ini memberi satu pesanan bahawa impian itu boleh dicapai jika kita berniat dan berkerja keras terhadapnya. Tanpa menafikan apa-apa, halangan tetap akan menghentikan misi kita terhadap sukses. Namun, Jet, Apek, Adib dan juga Mike membuktikan bahawa dengan dedikasi adanya cahaya sukses.

Ebook ini Menceritakan pembuka kisah tentang jet, si duda yang tak yakin dengan hatinya terhadap iman. kemudian apek atau panggilan manjanya oleh lisa – pak cik. budak yang tak habis spm lagi nak jaga lelaki yang simpan cinta kerana sahabat. Adib dan peah. si kasanova yang kecewa dan kemudian jadi pencinta setia. last, mike yang punya keyakinan sangat rendah dalam menterjemah rasa hati terhadap sarah.

Seterusnya, GULP! Cafe adalah sebuah kisah yang memberi impak drama yang belainan daripada kisah drama yang lain. Kisah yang menitik beratkan kekuatan persahabatan yang tidak putus. Dengan mengejar satu impian yang jelas. Gelak ketawa yang tidak dinafikan membuatkan cerita ini lebih menarik dan menghiburkan pembaca.

Akhir kata, Cerita ini sesusai kepada sesiapa yang ingin kata harapan untuk mengejar impian mereka, cerita ini juga sesusai kepada mereka yang menitik beratkan nilai persahabatan. Sudah terang lagi bersuluh ebook ini menceritakan kisah yang menarik minat semua.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com