Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan… Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang… Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang. Widea… apa sebenarnya yang kau mahu?
Admin suka dengan watak heroin dalam novel ini. Widelia Harun (Wid) yang mempunyai strong personality. Sikap Widelia yang tegas, berdikari serta suka menolong orang susah mencuit hati Haikal Khalil. Haikal Khalil seorang lelaki yang tak pernah penat untuk menagih cinta Widelia.
Akhirnya, episod ‘kecederaan’ yang dilakukan Widelia terhadap Haikal membawa mereka ke satu perjanjian pernikahan. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mereka lalui. Ada saja insan yang cuba merosakkan rumahtangga mereka. Nasib baiklah Widelia bukan seorang yang mudah melatah dengan dugaan yang di hadapi. Konklusinya, admin suka idea penulis yang santai dan jalan cerita yang senang dihadam.
So, itu adalah ulasan buku yang dapat admin kongsikan kepada readers pada hari ini. Kalau readers nak dapatkan ebook ini, boleh klik pada link di bawah.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/93973/encik-abangku-romantik