[REVIEW] AKU TUNGGU DIA

Aku Tunggu Dia Oleh Nurul Jannah

NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang. Dirinya dikelilingi sahabat-sahabat yang gila-gila dan satu kepala dengannya. Dia juga dicintai Iqmal Hisyam tetapi dia tidak pernah membalas kasih lelaki itu. Hatinya telah diberikan sepenuhnya kepada Fazar Azameer, lelaki yang tidak pernah mencintainya. Walaupun Fazar Azameer sering menghina tetapi lelaki itu juga yang terus bertakhta dalam hatinya. Saat selangkah dengan kematian, Nadia Asyila mendapat cinta yang dia inginkan. Bangkit daripada koma, dia memberi kejutan. Tetapi dia lebih terperanjat dengan kejutan yang diterimanya. Rupa-rupanya dia bangun bukan hanya untuk bernyawa kembali tetapi dia perlu memberi nyawa. Kini dia perlu memilih di antara dua orang lelaki yang jujur mencintainya. “Memang saya sayangkan awak, Fazar. Tapi saya tak pernah doakan perpisahan tu. Saya tahu awak sayangkan Fasha. Dan saya…” ~ Nadia Asyila

“Layak ke untuk aku mencintai kau? Kau terlalu pentingkan diri sendiri. Hanya insan sebaik Fasha yang layak miliki hati aku. Dia sanggup undur diri untuk beri ruang pada insan kotor macam kau.” ~ Fazar Azameer

“Kenapa aku diduga sebegini? Kenapa kau masih datang jumpa aku? Kalau peluru tadi tak terkena Nadia, pasti akan tembus badan kau. Kau masih lagi nak jumpa aku? Aku jahat, Fazar.” ~ Iqmal Hisyam


Entry kali ini, min macam biasa pilih cover yang comel comel, cantik cantik, warna warni, ada vibe sweet and romantik gitu. Anda semua pun dah tahu kan perangai min macam mana hehehe. Tapi kalini pilihan min tersasar. Ku sangkakan ini buku romantik sweet, rupanya kisahnya sedih dan pilu. Tak pasal pasal tisu kat rumah min habis sekotak. Huhuhu.

Okay, novel ini mengisahkan seorang anggota polis perempuan, Nadia Asyila, yang sangat setia mencintai seorang jejaka yang sesaat pun tidak pernah mencintainya. Orang kata, cinta bertepuk sebelah tangan lah, senang cerita. Akan tetapi, terdapat seorang lelaki lain yang menaruh perasaan kepada Nadia namun, sedikit pun tidak dibalas oleh Nadia. Sensitif betul la min kalau cerita cerita unrequited love ni atau dalam bahasa melayu nya, cinta tiga segi. Nadia tu sanggup bertekak untuk menegakkan benang yang basah dan sanggup tunggu si Fazar tu sampai bila bila.

Tapi, penantian Nadia tu tak sia sia. Orang kata kebenaran itu pahit. Fazar sedar cintanya dikhianati oleh Fasha setelah kebenaran terbongkar, kembali menagih cinta Nadia. Malu tolak ketepi. Sayangnya Nadia coma. Sedar je, dia mencari Syam..lelaki yang tulus mencintainya. Fazar kecewa kerana lafaz cinta ditolak. So, apa kesudahannya? Siapakah yang Nadia pilih? Haaa… Jeng jeng jeng…

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351825