REVIEW KERANA AKU SAYANG KAU

9789671226711-medium

EBUKU KERANA AKU SAYANG KAU OLEH EZI AFIZA

Tuah Iskandar itu lelaki paling glamor di kolej mereka tetapi kenapa Hani tak pernah kenal? Anak orang kaya dan paling kacak tetapi sangat menakutkan. Sebabnya, dia seorang gengster. Itu kenyataan yang Hani baru tahu dan kenyataan itu buatkan dia diburu rasa takut. Sebabnya, gengster itulah yang Hani maki ketika berlaku perlanggaran tempoh hari. Dan makin menakutkan apabila Tuah Iskandar tiba-tiba mencarinya. “Ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau.” – Tuah “Erk..cakap dengan saya? Tentang apa?” – Hani “Tentang cinta.” – Tuah Tentang cinta? Siapa yang bercinta? Tentang cinta siapa? Cinta antara siapa dengan siapa? Dan kenapa tentang cinta perlu dibicarakan dengan dirinya? “Aku suka kau. Aku nak kau jadi awek aku.” – Tuah Hani gadis biasa-biasa yang namanya tenggelam dalam ribuan pelajar kolej namun, dia menjadi pilihan seorang Tuah Iskandar. Kerana takut, Hani terpaksa terima dan mengikut saja apa kata Tuah. Mengenali Tuah, Hani mula sedar bahawa lelaki sejuk beku itu sebenarnya punya jiwa yang lembut. Tatkala rasa sayang mula tumbuh di hati Hani, hasad dengki manusia mengharuskan mereka untuk berpisah. “Kerana aku sayang kau…aku lepaskan kau.” – Tuah Apabila nyawa menjadi taruhan, orang yang disayang harus menjadi korban. Mampukah Hani melepasi sempadan dunia yang berbeza untuk meraih cinta Tuah Iskandar? Mampukah Tuah Iskandar melepasi halangan untuk memiliki gadis yang dia sayang?


Cerita yang admin dapat agak sedikit sebanyak jalan cerita. Mana mungkin kalau anda cintakan sesorang, anda gadaikan keselamatnya bukan? Mesti la admin akan sayang extra kekasih admin.  Tuah ni kira watak dia adalah seorang yang hati kering, tak pandai tunjukkan kasih sayang kepada Hani…

Mengapa perlu ada yang terluka tatkala ada hati yang bertaut. Cinta ni unpredictable! Satu saat yang lalu kau kata kau suka. Satu saat selepas itu, kau kata kau benci. Haih. Macam tu juga la Tuah.  Susah la nak cerita panjang- panjang cerita ni. Kena baca dulu baru dapat grab jalan cerita ni.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79419/kerana-aku-sayang-kau