Menulis eBook ePUB dengan OpenOffice.org Writer dan Writer2ePUB

Selain daripada Microsoft Words, kita juga boleh menggunakan aplikasi open source dan percuma seperti OpenOffice.org (OOo) Writer. Kami di E-Sentral telah lama menggunakan aplikasi ini dalam kerja seharian. Untuk Open Office Writer, terdapat juga sebuah add-on yang boleh menghasilkan ePUB.

Add-on itu bernama Write2ePUB. Hanya perlu download dan klik pada fail tersebut. Sekiranya kita memang sudah ada OpenOffice dipasang pada komputer, fail add-on itu akan terus dipasang ke dalam OpenOffice Writer.

extension-manager

Writer2ePUB
http://extensions.openoffice.org/en/project/writer2epub ]

OpenOffice
[ http://www.openoffice.org/download/ ]

Apabila sudah download dan pasang kedua-duanya, Writer2ePUB akan muncul pada toolbar di OOo Writer.

toolbar-panel

Untuk menulis sebuah ebook, elok gunakan font dan setting yang biasa sahaja. Gunakan Default untuk teks biasa dan gunakan Heading1, Heading2 dan seumpanya untuk tajuk bab-bab ebook.

Apabila penulisan diteruskan begini, ianya akan menjadi rujukan kepada Writer2ePUB nanti untuk membina bab-bab dan senarai kandungan.

Fail ini perlu disimpan sebagai fail ODT dan diberikan nama dahulu sebelum ianya boleh disimpan sebagai ePUB. Apabila sudah siap ditulis, kita boleh gunakan butang-butang Writer2ePUB pada toolbar untuk membina ePUB. Ianya akan memaparkan pilihan sebegini. Bolehlah kita tuliskan judul buku, penulis, ISBN, gambar kulit buku dan sebagainya.

exporting-epub

 

2013-09-04 13.01.49

Satu fail ePUB akan dibina yang mempunyai nama yang sama dengan fail ODT kita ini. Ia juga diletakkan di lokasi yang sama dengan fail ODT cuma penghujungnya berbeza, .epub. Ini adalah cubaan ePUB yang kami bina. Kami membacanya dengan E-Sentral App.

Selamat mencuba.