E-SENTRAL MEMPERKENALKAN APLIKASI WINDOWS

Screenshot (5)

Portal e-buku e-Sentral, perintis platform e-buku di Malaysia telah
melancarkan aplikasi E-Reader e-buku bagi sistem operasi Microsoft
Windows.

Perkenalan aplikasi e-buku ini telah berlangsung di Universiti
Multimedia di Cyberjaya dan dilancarkan oleh Encik Toh Swee Hoe, Ketua
Pegawai Peraturan Industri dan Pengawasan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM), mewakili Ybhg Dato’ Sri Dr Halim Shafie,
Pengerusi SKMM, yang telah dihadiri oleh 120 orang termasuklah golongan
VIP, syarikat-syarikat telekomunikasi dan golongan penerbit seluruh
Malaysia.

Portal e-buku e-Sentral yang berasaskan server awan sudah pun disediakan
dalam sistem operasi (OS) bagi pengguna-pengguna Android, iOS, dan
Chrome sebelum ini. Kini dengan pengenalan Aplikasi e-Reader Microsoft
Windows 8.1, e-Sentral dapat memenuhi pasaran pengguna desktop dan
telefon pintar Windows 8.1 dengan memberikan keselesaan bagi pengguna
membaca e-buku yang mempunyai bahan interaktif dalam Windows 8.1.

Dengan pengenalan ini, ekosistem e-buku telah pun lengkap, merangkumi
kesemua sistem operasi (OS) yang diguna pakai oleh pengguna awam
Malaysia. E-Sentral adalah satu-satunya platform e- buku di Asia
Tenggara yang berfungsi untuk semua sistem operasi dan skrin peranti.

IMG_6828

IMG_6781

Muat turun aplikasinya di:
Desktop/Laptop/Surface: http://bit.ly/1F4ou0Z
Mobile: Coming soon !
*Hanya untuk Windows 8.1 dan selebihnya.