E-SENTRAL BESTSELLER ROMANCE

 “I dengar you nak kahwin lagi.” Selepas setahun mereka tak bertegur sapa, ini ayat pertama yang Akashah titipkan untuknya. Mata berbalas renungan. “Kalau betul pun, apa masalah you?” – Anggun Zea “You dahagakan belaian I? Kalau nak, kalau teringin, mintak dekat I. Bukan dekat lelaki lain,” ucap Akashah, dengan renungan tajam. Nadanya serius. “You dah gila ke? You lupa, kita dah bercerai?” selar Anggun, geram. Giginya terketap kuat. Sakit benar hati Anggun! Setahun, dia cuba kuatkan diri. Tapi, semuanya hancur dalam satu malam. Gara-gara Akashah tahu, dia sudah ada Zamarul. “I dah kata, I nak you semula.” Akashah ulang semula niatnya. “Silalah tepuk sebelah tangan, sampai bila-bila.” Hujung bibir Anggun naik tinggi. Senyum sinis. “Tak kan. Sebab I akan pastikan…” jeda, tangan Anggun dipegang, lalu tapak tangan Anggun ditepuk-tepuk ke tapak tangannya. “Tangan you akan ikut bertepuk sama,” sambung Akashah, seraya menguntum senyum penuh makna

Senang ke Akashah nak pikat janda dia semula? Dan, apa pula yang akan jadi pada Anggun, bila dudanya itu adalah SEDUCTIVE AKASHAH?

https://www.e-sentral.com/book/info/389585

Arayana diperangkap dalam aturan perkahwinan dengan abang dua pupunya, iaitu Malek Darren Ng. Ditinggalkan selama 5 tahun tanpa kata putus, Arayana menganggap perkahwinannya telah pun terlerai. Namun kemunculan semulanya mengundang bencana dalam jiwanya dan kemudian memaksa Arayana untuk tinggal bersama dengannya. Bertahankan Ara dalam genggaman si ‘Devil’ itu? Adakah dia bakal menyerah kalah dan tunduk pada ‘Devil’ yang dibencinya selama ini?

Tergamak Aina membawa sesuatu yang cukup berharga buat Syamil. Dirinya dikhianati semudah itu sedangkan rasa cintanya telah mengunung tinggi! Bertahun terpisah, mereka bertemu di hospital tempat Aina bekerja. Layanan dingin Syamil membuatkan Aina menyangka lelaki itu telah membencinya. “Saya dah hampir putus asa. Adanya baiknya dia lepaskan saya kalau itu yang buat dia bahagia…” – Aina Puan Dahlia, ibu Syamil berkeras mahu mengahwinkan Syamil dengan Laila sementelah hubungan Aina dan Syamil sedang kucar kacir. Adakah terlerai masalah yang menjerut dalam hubungan mereka berdua?

Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

Untuk dapatkan lebih banyak lagi klik link ini :https://www.e-sentral.com/shelf/show/romance_bestseller