CSR: Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-ikhlas

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, e-Sentral bersama beberapa pihak seperti penerbit video Kicapi, penerbit buku KarnaDya, dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, telah melawat Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-ikhlas di Pulau Meranti, Selangor, dan membuat satu dokumentari ringkas untuk mewar-warkan keperluan rumah orang tua ini. Kami mengharap pihak ramai dapat menghulurkan bantuan kepada Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-ikhlas bukan sekadar ketika bulan puasa, malah untuk sepanjang masa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh tonton dokumentari ringkas ini.

https://www.youtube.com/watch?v=-yfNoDgTEjM#t=50