[SNEAK PEEK] SAAT KAU LAFAZKAN

9789670657806-medium
SAAT KAU LAFAZKAN Oleh Isma Adeliya

 

“ALHAMDULILLAH.” Aku tuturkan dalam hati seraya tanganku meraup wajah, mengaminkan doa yang dilafazkan oleh Imam Razak. Malam ini kami buat kenduri kesyukuran sempena kejayaan menyiapkan tiga buah chalet di atas tanah peninggalan arwah atuk. Tanah di tepi sungai yang memang sangat sesuai dijadikan resort.
Sudah hampir lapan bulan aku mengusahakan projek ini. Bermula daripada penyediaan kertas kerja untuk mendapatkan pinjaman bank sehinggalah kepada hiasan dalaman, semuanya aku lakukan sendiri. Alhamdulillah dalam tempoh ini aku sudah berjaya membina sebuah rumah tiga bilik dan tiga buah chalet. Satu daripadanya di peringkat akhir pembinaan. Rumah itu sudah pun siap bulan lepas dan aku jadikan rumah inap. Rasanya dalam seminggu dua lagi, setelah hiasan dalaman dan kelengkapan perabot disiapkan, tiga buah chalet tersebut juga sudah boleh disewakan.
“Jemput makan semua.” Kata adik iparku, Ayin kepadasemua jemaah surau yang datang bersama membaca surah Yasin dan bertahlil sebentar tadi. Abah turut sama membantu Ayin mempersilakan tetamu menjamu selera. Kami hanya membuat kenduri kesyukuran dan tahlil untuk arwah atuk secara kecil-kecilan. Sebetulnya aku terpaksa berjimat kerana banyak modal telah dikeluarkan untuk projek ini. Hasilnya pula, belum lagi dituai. Setakat ini baru dua kali rumah inap itu disewa.
“Letih Naim?” Soal emak semasa aku bersandar di dinding serambi rumah.
“Sikit je mak.” Jawabku.
“Kalau ada orang rumah, kan senang along, boleh minta picit.” Ayin menyampuk sambil tersengih. Tangannya ligat melipat kain seperah pengalas meja tempat makan jemaah surau yang telah beredar.
“Betul tu along. Orang dah ada dua anak. Teringin sangat nak makan nasi minyak along.” Sampuk pula si Elida, adikku.
“Isy kamu ni Ida, Ayin, tak ada benda lain ke nak disebut?” Emak membela aku. Matanya merenung aku dalamdalam, bagaikan mengerti perasaan yang terbuku di hati.
Bukannya aku tidak mahu berkahwin. Mendirikan rumah tangga itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Cuma aku belum bertemu dengan seorang wanita yang mampu menyembuhkan luka di hatiku. Selepas Ratna memutuskan pertunangan kami yang baru seminggu termeterai, aku serik untuk bercinta lagi. Tiga tahun menyulam cinta dengan Ratna, akhirnya impian untuk sehidup semati dengannya punah.
Ratna, satu-satunya perempuan yang berjaya membuatkan aku bagaikan makan tidak kenyang, mandi tidak basah dan tidur tidak lena. Siang terbayang-bayangkannya, malam termimpi-mimpi pula. Kekecewaan yang dicetusnya meninggalkan kesan yang teramat dalam. Lantas aku bertekad untuk tidak bercinta lagi. Aku mahu terus berkahwin bila berjumpa dengan seseorang yang mampu mencairkan hatiku. Namun belum ada seorang perempuan yang mampu mencuri hatiku. Jenuh orang tuaku terutamanya emak, mencarikan pasangan. Kini setelah tiga tahun, emak seakan-akan telah berhenti berharap. Tidak ada lagi gadis yang cuba dipadankan dengan aku.
Sejak kebelakangan ini, melihat kebahagiaan Elida bersama suami dan anak-anaknya, juga melihat rakan-rakan lain yang sudah berkeluarga, terdetik keinginan di hatiku untuk mendirikan masjid. Leteran dan nasihat daripada Fina, adik bongsuku yang kini belajar di Australia semakin menyedarkan aku. Kata-kata semangat daripada Fina menyedarkan aku bahawa aku tidak boleh lemah dengan kegagalan hubunganku dengan Ratna. Maka, kebelakangan ini, dalam doaku aku titipkan permintaan agar dipertemukan jodohku segera. Semoga Allah memperkenankan permintaanku.
Aku bangun dan turun dari serambi. Niatku ingin ke belakang rumah. Malas aku melayan usikan Ayin dan Elida. Tiba-tiba Lokman dan Hafiz, anak Elida yang masing-masing berusia empat dan dua tahun berlari ke arahku.
“Pak Long, kita jumpa ni kat rumah inap.” Kata Lokman sambil menyerahkan satu cekak rambut kepadaku.
“Abang bagilah kita. Kita nak.” Hafiz cuba merebut cekak rambut tersebut daripada tangan abangnya.
“Tak bolehlah. Bukan kita punya. Kan mama marah kalau ambil barang orang.” Jawab Lokman seraya berlari mengelilingiku. Cuba mengelak daripada adiknya.
“Betul tu Hafiz, ni orang punya.” Kataku sambil mengambil cekak itu.
“Lagipun Hafiz boy, benda ni girl punya, mana boleh pakai.” Aku memujuk.
“Haha, Hafiz pondan! Nak pakai cekak.” Lokman menyakat adiknya lantas berlari meninggalkan aku. Hafiz mengejar abangnya, tidak puas hati digelar pondan.
Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka. Cekak rambut berwarna ungu dengan corak polka dot putih dan dihiasi batu berkilauan itu aku bawa ke pejabat kecilku yang terletak di belakang rumah orang tuaku, berdekatan dengan rumah inap. Sampai di pejabat yang jaraknya kira-kira seratus meter dari rumahku, terus aku simpan cekak rambut itu di dalam kotak barang yang aku khaskan untuk barang-barang tetamu rumah inap. Setakat ini, hanya cekak itulah sahaja barang yang dicicirkan oleh tetamu yang pernah menduduki rumah inap itu. Ingatanku kembali kepada pemilik cekak itu.
Dia datang kira-kira dua minggu lepas. Orangnya muda, mungkin dalam lingkungan usia 24 atau 25 tahun. Cantik orangnya. Rambutnya panjang hampir mencecah pinggang. Kulitnya cerah. Bibirnya nipis. Bulu matanya tidak terlalu lentik tapi keningnya tebal. Namun kecantikannya tenggelam dek wajahnya yang suram.
Ketika dia sampai, aku tiada di rumah. Emak yang menguruskan pendaftaran masuknya ke rumah inap itu. Kata emak wajahnya seperti orang dalam kedukaan. Dia tidak banyak bercakap, tidak senyum dan tidak mesra. Aku jumpa dia keesokan harinya ketika dia hendak mendaftar keluar.
“Encik, saya nak check-out.” Satu suara yang bernada sayu menyapa telingaku ketika aku sedang melayari internet. Sebenarnya aku ingin meninjau bagaimana perniagaan rumah inap yang wujud di negara ini memasarkan rumah inap mereka di internet.
Pandanganku beralih ke arahnya. Kelihatan wajahnya suram dan matanya bengkak kemerahan. Dia tidak memandang aku walaupun tangannya menghulurkan kunci rumah inap kepadaku. Dan sebaik sahaja aku mencapai kunci di tangannya, dia terus berlalu.
“Cik, bayaran semalam ada bakinya!” Aku melaung.
Dia berpaling dan matanya yang sendu itu bertembung dengan mataku. Riak suram pada wajahnya jelas kelihatan, mengundang persoalan di hatiku. Siapa dia? Apa yang telah terjadi kepadanya? Adakah dia telah menangis semalaman?
“Cik.” Panggilku lagi. Dia hanya membatu. Aku berjalan ke arahnya bersama tiga keping wang kertas sepuluh ringgit.
“Simpan sajalah duit tu.” Katanya dan dia terus berlalu. Launganku tidak dihiraukan.
Cekak yang anak-anak saudaraku jumpa tadi di rumah inap aku simpan bersama duit baki tiga puluh ringgit. Mungkin satu hari nanti, jika dia kembali menginap di sini, akan aku pulangkan kepadanya.

****

 

KESEDIHAN dan kekecewaan yang melanda terus membelenggu hidupku. Seminggu aku tidak pergi bekerja. Mama bising. Katanya dia malu dengan kakitangannya. Manakan tidak, anaknya sendiri yang baru empat bulan dibawa masuk ke syarikatnya sudah pandai buat perangai ponteng kerja.
Alangkah bagusnya kalau mama faham apa yang sedang aku alami. Tapi seperti biasa. Mama memang tidak pernah memahami aku. Semenjak papa meninggal, mama tidak lagi punya masa untuk aku dan Abang Izelan. Mama mengambil alih pengurusan syarikat katering yang papa asaskan. Masanya dihabiskan di pejabat. Mama jarang ada di rumah untuk memahami jiwa remajaku yang kesepian dan dahagakan kasih sayang. Sudahlah papa pergi meninggalkan kami buat selamalamanya. Abang Izelan pula jauh di Ireland, menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan.
Kemunculan Muaz dalam hidupku tepat padamasanya. Dia datang menghulurkan persahabatan ketika aku sepi, rindu, sedih dan dahagakan kasih sayang. Maka salahkah kalau aku jatuh cinta kepadanya? Tapi kini semuanya sudah tidak bermakna lagi. Muaz yang aku cintai rupa-rupanya hanya menyayangi aku sebagai seorang sahabat. Hatinya kini dimiliki orang lain.
Loceng pintu berbunyi. Tombol pintu dipulas dan satu wajah yang aku rindui menjenguk ke arahku.
“Kakak!” Kak Izarina meluru ke arahku.Kami berpelukan di atas sofa dan dalam dakapannya air mataku mengalir laju. Aku menangis teresak-esak dan Kak Rina mengurut belakangku. Cuba menenangkan aku.
Izarina adalah satu-satunya kakakku. Anak tiri mama yang pertama kali kami jumpa pada hari papa kemalangan. Papa meninggal di hospital tapi emak Kak Rina meninggal di tempat kejadian. Sejak itu Kak Rina tinggal bersama kami walaupun mama tidak menyukainya. Mungkin kerana kekecewaan yang timbul apabila mengetahui dirinya dimadukan membuatkan mama tidak menyukai Kak Rina. Namun nasib menyebelahi Kak Rina. Beberapa bulan selepas kematian papa, Kak Rina melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebaik pulang daripada pengajiannya, Kak Rina menetap di rumah peninggalan arwah emaknya.
“Sabarlah adik. Pastinya ada hikmah di sebalik semua ini.” Kata Kak Rina bila tangisan aku berkurangan.
“Adik bodoh, kan kakak? Adik salah mentafsir perasaan Muaz.” Dan tangisanku berlagu lagi.
“Adik tak bodoh. Adik cuma keliru. Janganlah bersedih. Ini semua dugaan hidup. Apa yang adik alami sekarang akan menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk adik meneruskan hidup.” Kak Rina memujuk.
“Hati adik pedih kak. Sakit sangat bila mengenangkan Muaz. Kenapa dia tak faham perasaan adik terhadapnya selamaini. Kalau adik tau akan jadi macam ni, I would have declared my feelings towards him”.
“Cinta tak boleh dipaksa. Tak ada gunanya adik luahkan perasaan cinta kepada Muaz kalau dia tak berkongsi perasaan yang sama dengan adik.” Aku diam. Membenarkan apa yang Kak Rina ucapkan. Betul. Cinta tidak boleh dipaksa. Hari ini aku juga faham mencintai tidak sama dengan dicintai.
“Life has to go on dik. Jangan kerana cinta hidup kita terkandas. Adik pun tau kan, kakak putus cinta tiga kali sebelum jumpa dengan Abang Aeril. Kakak tetap positif walaupun pernah kandas dalam percintaan. Percayalah, kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, itu maknanya Allah nak bagi yang lebih baik kepada kita.”
Aku pandang wajah Kak Rina yang tenang. Memang Kak Rina seorang yang tabah. Aku masih ingat, dia langsung tidak menangis ketika jenazah papa dan emaknya diuruskan. Dia tidak pernah marahkan mama walaupun mama tidak melayannya dengan baik. Dia tidak pernah mengeluh dengan takdir hidupnya, malahan sentiasa positif terhadap apa juga yang terjadi.
“Terima kasih kakak for lending your shoulder and listening to my nonsense.”
Kak Rina tergelak kecil dengan kata-kataku.
“That’s not nonsense. Come . We need to do something to cheer you up. Duduk terperuk dalam bilik ni bukannya membantu adik lupakan kesedihan. Lagi bertambah sedih adalah.” Katanya sambil berdiri.
“Dah mandi ke belum?” Kak Rina bertanya.
“Dah.”
“Isy… dah mandi apanya. Comot macam ni?”
Aku hanya mampu tersengih mendengar usikannya. Masih belum mampu mengukir senyuman.
“Cepat tukar baju. Jom ikut kakak keluar.” Kata Kak Rina sambil berjalan ke arah almari pakaianku.
“Nak pergi mana?”
“Kita pergi makan. Lepas tu pergi KLIA ambil Abang Aeril.
4
SELEPAS MAKAN di Restoran Al Rawsha, kami bertolak ke KLIA. Tidak perlu menunggu lama di KLIA kerana kapal terbang yang dinaiki Abang Aeril pulang dari Kota Kinabalu telah mendarat.
Aku berjalan di belakang Abang Aeril dan Kak Rina yang berjalan beriringan. Hatiku dilanda perasaan cemburu. Alangkah seronoknya jika aku dapat menikmati kebahagiaan yang mereka kecapi. Fikiranku melayang jauh menerawang entah ke mana hingga wajah Muaz muncul di depan mata. Muaz… ketika engkau ucapkan akulah sahabatmu dunia dan akhirat aku juga berharap engkau akan menjadi kekasihku di dunia dan akhirat. Tapi harapanku lebur menjadi debu. Mengingati Muaz lantas membuat aku sedih semula.
Dalam mengelamun, aku telah berjalan jauh dan berlawanan arah daripada Kak Rina dan Abang Aeril. Apabila aku tersedar, aku cepat-cepat berpusing dan berjalan laju-laju untuk mencari mereka. Tidak semena-mena aku terlanggar sesuatu. Eh… bukan sesuatu. Tapi seorang lelaki!
“Ouch.” Kata lelaki itu.
“Sorry…”Tergagap-gagap aku menuturkan maaf. Bagaimana aku boleh selalai ini hinggakan tidak perasaan ada seorang lelaki bertubuh tegap di hadapanku. Tadi apabila aku tersedar daripada lamunanku, aku terus berjalan dan melanggar dadanya dengan kuat, hinggakan beg tanganku terjatuh.
“Maaf… maafkan saya.”
“Kalau pun nak cepat, hati-hatilah sikit.” Kata lelaki bertopi itu. Aku mendongak sedikit untuk melihat wajahnya. Mata kami bertentangan. Lantas matanya membulat memandangku. Kemudian dahinya berkerut, mengundang kehairanan di dalam hatiku.
“Encik. Sorry ya. Encik tak apa-apa, kan?”
Tiada jawapan daripadanya. Sebaliknya dia terus-menerus merenung aku. Panggilan seorang gadis bertudung dari arah belakangku mematikan renungannya. Dia terus beredar tanpa berkata apa-apa. Pelik. Bisikku dalam hati.
Ah… biarlah. Mungkin dia terkejut kerana aku melanggarnya. Aku tunduk untuk mengambil beg tanganku yang terjatuh di atas lantai. Ketika itu aku ternampak satu cermin mata hitam di atas lantai berdekatan dengan beg tanganku. Kedua-dua barang tersebut aku ambil. Aku belek cermin mata hitam itu. Cepat-cepat aku berpaling. Ingin memulangkan cermin mata tersebut kepada lelaki yang aku langgar tadi. Aku pasti cermin mata hitam itu miliknya.
“Encik.” Laungku. Dia yang berada kira-kira 5 meter di hadapanku terus berjalan seolah-olah tidak mendengar panggilanku. Aku kuatkan suaraku namun dia tetap terus melangkah. Semakin jauh meninggalkan aku. Apa nak buat ni? Akhirnya aku memutuskan untuk menyimpan saja cermin mata itu.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/55970/saat-kau-lafazkan

[SNEAK PEEK] PERMAISURI HATIKU

9789670907369-medium
PERMAISURI HATI Oleh Izz Jaja

Prolog

AKU menitiskan air mata tatkala bunyi tangisan bergema di sekitar bilik sederhana besar itu. Kesakitan yang aku tanggung sebentar tadi seakan terbang jauh. Yang ada hanyalah rasa bahagia yang sukar aku terjemahkan dengan kata-kata.

Doktor Haslina sudah tersenyum melihatku. Dia menarik nafas lega. Mungkin bersyukur kerana seorang insan telah selamat lahir ke dunia ini.

“Tahniah sayang… baby boy.” Kudengar suara insan yang paling aku kasihi berbisik di telinga. Dia tersenyum memandangku. Aku tahu kelahiran ini begitu menggembirakan hati lelakinya. Dari dulu kami punya impian untuk mempunyai anak yang ramai.

“Terima kasih sebab sanggup temankan Lina bersalin.” Ujarku lemah. Anak di pangkuan aku riba penuh cinta.

“Cinta kita berdua.” Katanya penuh makna.

Aku mengangguk. Mula berasa lemah. Aku penat sangat. Rasanya mahu sahaja aku tidur.

“Keluarga abang dan keluarga Lina on the way ke sini. Abah tu bukan main gembira lagi bila abang cakap Lina dah bersalin. Kan patutnya minggu depan. Tergesa-gesa diaorang datang sini.” Banyak pula celotehnya. Namun aku hanya setia mendengar.

“Dah fikir nama baby?” soalku sedikit manja.

Dia mengangguk. Tangannya mengusap kepalaku.

“Muhammad Haikal bin Muhammad Nizam, okey tak sayang?”

“Apa-apalah. Asalkan baby kita ada nama.” Ucapku seraya memejamkan mata. Maaf… aku sudah tidak sanggup meneruskan perbualan ini. Kepenatan menyelubungiku. Tiba-tiba, pipiku dikucup lembut. Hatiku diserbu hangat. Selepas itu, aku sudah tidak ingat apa-apa.

****

Bab 1

AKU menggeleng-geleng kepala melihat gelagat Haikal yang sudah boleh berjalan. Penat betul aku melihat tingkahnya. Aku yang tukang tengok ini pun seakan lelah, aku tidak tahulah apa yang dirasai anak kecilku ini. Pipinya aku cubit geram.

Haikal membalas dengan gelak perlahan. Dia menepis manja tanganku.

Nizam yang berbaring di sofa aku pandang penuh cinta. Setiap kali kupandang dirinya, ada cinta yang mengalir. Tiga tahun hidup bersamanya, aku tahu pilihanku tidak salah. Aku mengalih pula pada buku-buku yang berselerakan di meja belajar. Letih rupanya menjadi pelajar dan ibu dalam masa yang sama. Mungkin sebab itu ramai yang menolak berkahwin muda. Tapi aneh, aku boleh mengatasi semua itu, mungkin kerana aku bahagia dengan kehidupanku. Tentulah kadang-kadang perasaan serabut itu ada apabila Haikal meragam sedangkan assignmentku masih banyak lagi yang tertunggak.

Aku berkahwin dengan Nizam seawal umur 19. Dialah cinta pertamaku. Sudah sekian lama aku menyulam cinta dengannya daripada Tingkatan 1, akhirnya kami tekad untuk hidup bersama. Biarpun pada mulanya keputusan kami mendapat tentangan keluarga terutamanya abah dan abang-abangku, akhirnya mereka mula menerima takdir hidup aku.

Aku kini menjadi penuntut di UiTM Kuala Lumpur manakala Nizam pula berada di UPM. Kami bahagia begini sekalipun mungkin ada yang tidak percaya bagaimana aku mampu menerima beban ini tatkala remaja seusiaku masih galak menikmati zaman muda mereka.

“Kenapa Lina termenung ni? Tak baik untuk kandungan tu.” Aku dikejutkan dengan suara Nizam yang sedang tersenyum melihatku. Aku tergelak. Dah bangun nampaknya suamiku ini.

Aku menyentuh perut yang masih tidak kelihatan. Dua bulan yang lalu aku dikejutkan dengan berita kehamilanku buat kali kedua. Aku menerima rezeki ini dengan penuh syukur. Aku tahu Nizam juga menginginkan zuriat cinta ini.

“Abang pergi mandi dulu. Busuklah. Nanti Haikal tak nak dekat dengan ayah dia lagi.” Balasku.

“Kejap lagi abang mandi. Sayang… abang lupalah… abang dah janji nak chat dengan kawan abang dari oversea. Alamak, kesian dia.” Nizam menepuk dahi tiba-tiba lantas cepat-cepat bangun dari perbaringan dan membuka laptopnya.

Aku tergeleng melihatnya. Kata Nizam, dia berkenalan dengan seorang lelaki di Facebook yang juga mengambil jurusan sama dengannya di luar negara. Mereka saling bertukar pendapat mengenai course masing-masing. Pertama kali aku mendengarnya, macam pelik sahaja hatiku, tetapi bila dia tidak kisah aku menyendeng di sebelah apabila di berchatting dengan ‘pakwenya’ itu, aku tahu dia jujur dalam meluahkan kata-kata.

smallimej
AKU HANYA mampu terkebil-kebil tidak percaya mendengar perkhabaran yang singgah di telinga dua hari yang lalu. Perit hatiku menerima semua itu. Bagaikan ada tusukan di dada dan kemudian aku ditikam pula bertubi-tubi. Aku hanyut dalam pelukan emak. Aku menangis dan terus menangis. Sungguh, aku tidak dapat menerimanya.

Bagaikan masih terbayang rempuhan motosikal yang mengena tubuhku tatkala aku berjalan di kampus dua hari lalu. Aku tidak tahu dari mana datangnya motosikal berkuasa tinggi yang bergerak laju itu. Aku yang sedang berjalan mengusung perut bagaikan terpaku. Kakiku seolah-olah dipaku. Tidak sempat aku mengelak, aku jatuh bergolek di atas jalan tar. Serentak itu juga, darah pekat mengalir di celah kelengkangku dengan banyak sekali. Aku pula hanya mampu meraung sebelum pandanganku bertukar gelap.

“Sabarlah… tak ada rezeki Lina agaknya.” Pujuk abah yang sedari tadi hanya melihat aku menangis dalam pelukan emak.

Terkejut aku melihat ketiga-tiga abangku turut memandangku sayu. Bila mereka pulang? Ibu bapa mentuaku juga sama. Kata emak, aku koma selama seminggu. Nizam pula hilang entah ke mana bersama Haikal. Aku tahu dia kecewa dengan berita keguguranku sedangkan tinggal 3 bulan lagi kami bakal menambah ahli baru.

Tapi apakah dia juga tahu, aku lebih terluka daripadanya? Aku yang mengandungkan anak kami. Aku merasai tendangannya, pergerakannya. Akulah ibunya. Bukankah seharusnya dia berada di sini, menemaniku, memujukku? Apakah Nizam marah di atas kecuaianku?

Namun dalam diam aku mengerti sendiri, bukan itu yang membuatkan Nizam kusut. Aku terdiam, meleraikan pelukan emak.

‘Berlaku kecederaan yang agak teruk pada rahim Puan Amalina. Berdasarkan pemeriksaan, puan berkemungkinan besar tidak dapat mengandung lagi.’

Masih terngiang-ngiang ucapan doktor di telinga. Aku bagaikan mati kata. Dapat aku lihat raut wajah Nizam yang berubah keruh. Dia kecewa.

“Mana Nizam pergi agaknya ni?” Kedengaran bapa mentuaku bertanya, mungkin geram dengan tindakan Nizam yang masih tidak menjengukku di sini sejak semalam. Ya, sejak dia dengar berita itu, Nizam hilang entah ke mana.

“Lina tak boleh mengandung lagi, mak.” Ucapku tiba-tiba. Seisi bilik bagaikan terkedu.

“Apa Lina cakap ni?” Abang sulungku bertanya. Jariku diusap lembut.

“Doktor dah sahkan semalam.” Sambungku bersama air mata

smallimej
Beberapa tahun berlalu…

KUPANDANG HIDANGAN istimewa yang aku sediakan dengan segala susah payah sejak pukul enam petang tadi. Siap menelefon emak lagi bertanyakan resipi. Aku sebak sendiri. Sedih mengenangkan segala usahaku langsung tidak dihargai. Dari pukul 8 aku menunggu dirinya, sudah pukul 12 begini, kelibat Nizam masih juga tidak kelihatan. Ada sayu yang bertamu dia hati, apakah Nizam tidak ingat hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang keenam? Sudah lupakah dia pada tarikh keramat kami bersatu hati?

Malas melayan perasaan, aku masuk ke bilik tidur Haikal yang bersebelahan bilikku. Aku tersenyum melihat aksi Haikal yang tidur dengan kaki terbuka luas. Haikal kuselimut dan kukucup penuh kasih. Sudah besar Haikal ni. Sudah bersekolah di tadika.

Aku masih ingat, beberapa tahun yang lalu, ketika aku disahkan tidak mampu melahirkan zuriat untuknya lagi, dia memang kecewa tapi tidak pula memarahiku. Dia tahu kami tidak punya rezeki. Lalu katanya, cukuplah baginya Haikal seorang. Mendengar kata-katanya, air mataku mencurah-curah keluar. Betapa tulusnya dia. Dan hari-hari seterusnya, kami hidup seperti biasa, tanpa ada seorang pun antara kami yang mengungkit tentang ‘kecacatanku’ itu.

Namun aku sudah mulai berasa letih dengan perangai Nizam sejak setahun yang lalu. Banyak perubahan yang berlaku kepada dirinya sejak dia berjaya menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat. Pulangnya sentiasa lewat, entah ke mana perginya, aku tidak pasti.

“Lewatnya abang balik.” Ujarku sekadar berbasa-basi apabila dia muncul di pintu bilik. Rasa sakit dihati aku tolak jauh-jauh.

“Ermm…” Itu sahaja komen Nizam. Dengan muka tidak bersalah, dia menyalin pakaian. Tidak mahukah dia bertanya khabar tentangku yang menunggunya bagaikan orang bodoh ataupun paling kurang bertanya tentang anak kami? Sampai hati dia…

“Abang pergi mana?”

“Kerja.”

“Kerja sampai lewat malam ke?”

“Lina ni kenapa? Abang penat tau. Abang balik aje, dah tanya soalan bukan-bukan. Abang letihlah!” balas Nizam kasar, semakin merobek hatiku.

“Baguslah…”

“Apa yang bagus?” tanya Nizam dengan dahi berkerut.

“Bagus sebab abang masih tahu macam mana rasa letih. Lina pun rasa letih juga ni bang. Letih dengan perangai abang sejak akhir-akhir ni. Abang dah tak hiraukan Lina lagi. Abang ingat Lina tunggul ke dalam rumah ni?” terjahku tidak mampu menahan rasa.

Dia seperti terpaku dengan kata-kataku. Mungkin terkejut dengan sergahanku kerana selama ini aku memang tidak banyak komen pun tentang apa yang dia lakukan. Aku biarkan sahaja dia dengan perangainya.

“Lina nak cakap apa ni? Kalau tak ada apa-apa, abang nak ti…”

“Satu lagi… Lina penat sangat sebab tunggu abang dari lepas maghrib sampai sekarang. Letih sebab Lina perbodohkan diri sendiri semata-mata nak sambut anniversary kita. Ulang tahun perkahwinan kita yang keenam. Tapi abang langsung tak hargainya.” Kataku dengan kasar seraya menarik bantal. Aku malas mahu mempedulikannya lagi.

Dari ekor mata, aku lihat dia masih terpaku. Hatiku menangis sendiri. Nizam benar-benar tidak ingat tarikh keramat itu. Ah! Sakitnya hati aku dibuat lelaki yang seorang ini.

smallimej
KERJA DI pejabat aku bereskan dengan teliti sekalipun kadang-kadang aku teringat juga masalahku dengan Nizam. Walau bagaimanapun, setakat hari ini tidak pernah lagi rasanya aku mencampuradukkan masalah peribadi dengan hal-hal di pejabat. Aku merupakan ketua di bahagian pemasaran, wajarlah kiranya aku menunjukkan teladan yang baik untuk para pekerja.

“Puan, bos panggil.” Setiausahaku memberitahu.

Alamak… apa hal pula Datuk Razif panggil? Macam-macamlah orang tua ni. Rungut hatiku. Aku kepelikan. Sudah dua tahun bekerja di bawah Datuk Razif, aku tahu tingkahnya yang agak cerewet itu. Pantang ada yang salah, mulalah hendak membebel. Pernah juga aku berdoa supaya dia bersara. Haha… jahat betul hatiku ini. Tapi sebenarnya, Datuk Razif itu baik orangnya. Aku cuma tidak berkenan kecerewetannya itu sahaja.

“Duduk Bashira.”

Arahan Datuk Razif aku terima. Terkejut aku melihat seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan Datuk Razif sedang duduk di sisiku.

“Kenalkan… ni Tan Sri Musa dan Tan Sri, ini salah seorang pekerja I yang cukup pakej, Amalina Bashira.” Datuk Razif dengan bangganya memperkenalkan aku kepada kenalannya itu.

Aku jadi malu sendiri dengan pujian melambung tinggi bosku itu.

“Assalamualaikum Tan Sri, apa khabar?”

Tan Sri Musa membalas salamku seraya tersenyum. Aku mengangguk sebagai tanda penghormatan dan perkenalan.

“Well… Bashira… I panggil you sebab I nak you jumpa client I petang ni kat Shah Alam. You tak ada masalah, kan?”

Aku menggeleng. Kalau ada masalah pun, masakan aku hendak mengiakan. Mahu aku dipecat oleh Datuk Razif?

“Good… nanti I akan inform pada you apa yang dia mahu. Sepatutnya I yang jumpa dia tapi nak buat macam mana, kan… kawan I ni dah ada kat sini. I am stuck…” Ujar Datuk Razif tergelak kecil, turut mengundang tawa Tan Sri di sebelahku. Rapat benar mereka berdua nampaknya.

“Lagi satu… client I tu isteri Tan Sri kat depan ni. So make sure you layan dia elok-elok, okey.” Pesan Datuk Razif sebelum aku melangkah keluar.

Oh… aku tersenyum sahaja.

“Ada-ada ajelah kau ni Zif.” Aku dengar Tan Sri Musa ketawa.

Tengah hari itu, aku memandu keseorangan ke Shah Alam. Katanya mahu bertemu di Shah Alam. Jalan raya yang agak sibuk itu tidak membataskan pemanduanku. Tenang sahaja aku memandu seperti tiada masalah.

Aku melangkah masuk ke dalam restoran dengan langkah yang agak perlahan. Mataku mencari pelanggan yang dimaksudkan dan aku tersenyum apabila melihat seorang wanita melambai-lambai ke arahku.

“Amalina?” Puan Sri Rohaiza bertanya. Aku mengangguk. Sekilas aku pandang wajahnya. Cantik. Bertuah Tan Sri Musa. Aku jangka umur wanita ini mungkin sudah menjangkau 50-an tapi kelihatan muda sahaja lagaknya.

“You look gorgeous in your dress.”

Err… terkedu aku mendengar pujian yang tidak terduga itu.

“Terima kasih Puan Sri… ermm… boleh kita mula?”

“Sure…”

Mulutku terus berbunyi rancak menerangkan perihal kerja yang dimintanya. Dalam perbualan kami, aku tahu dia orang yang sangat peramah. Gelaran Puan Sri di hadapan namanya itu hanya sekadar gelaran baginya. Tidak pula dia menyombong diri seperti sesetengah golongan yang berpangkat tinggi.

Hampir sejam perbualan kami, dia meminta diri. Aku pula menghabiskan makanan sebelum berjalan ke kereta. Sebaik sahaja aku membuka pintu kereta, mataku tiba-tiba menangkap satu kelibat yang membuatkan jantungku berdegup kencang.

Dari jauh, kelihatan Nizam sedang bergelak tawa dengan seorang wanita bertudung cantik. Aku lihat wanita itu menepuk-nepuk bahu Nizam dengan gaya yang aku kira bukan main gedik lagi. Kuperah ingatan kalau-kalau mungkin wanita itu saudara-mara atau sepupu-sepupu Nizam. Tidak! Tidak ada. Seingatku inilah kali pertama aku lihat wanita itu. Nizam pula begitu ralit melayan si gadis. Hatiku hancur lumat. Adakah ini sebabnya? Nizam sudah punya pengganti diriku.

Aku bergegas masuk ke dalam kereta. Tidak mampu lagi menonton drama sebabak yang menyiat-nyiatkan hati dan perasaanku kala itu. Namun sebelum aku menghidupkan enjin kereta, sempat pula aku mengeluarkan handphoneku. Perhitungan harus dibuat. Aku tidak sanggup terus-terusan diperlakukan seperti tidak punya maruah diri.

smallimej
AKU TIDAK punya mood untuk melayan kerenah Haikal malam itu. Anak terunaku itu sibuk mahu mengajak aku mewarna buku lukisan yang aku beli untuknya beberapa minggu lalu.

“Mama…” Haikal merengek supaya aku memberi perhatian kepadanya. Dia sudah duduk di ribaku.

“Ekal sayang.” Pipinya yang tembam itu aku kucup. “Boleh tak Haikal dengar cakap mama malam ni.” Pintaku. Aku mahu sekali dia mengerti perasanku yang sedang terluka ini, yang menunggu kepulangan ayahnya dalam debar. Walaupun mungkin dia tidak memahami maksud pertanyaanku, Haikal mengangguk juga.

“Haikal tidur awal ya sayang malam ni. Mama banyak kerja.”

“Boleh… tapi Ekal nak tidur dengan mama.” Dia bersuara manja sekali. Pantas aku membawanya masuk ke bilik. Aku mahu Haikal tidur supaya dia tidak akan mengganggu ‘kerjaku’ dengan Nizam sejurus dia pulang nanti.

Hampir setengah jam kemudian, Haikal terlena dalam pelukanku. Anak kecil itu sungguh aku kasihi. Tanda penyatuan cinta aku dengan Nizam.

Seperti yang aku jangka, jam hampir menunjukkan pukul 12 malam, bunyi enjin kereta Nizam kedengaran. Pintu rumah terbuka dan mukanya terjengul di balik pintu. Dia memandangku sekilas.

“Sampai bila abang nak balik lewat malam ni?” soalku mematikan langkahnya.

“Kenapa Lina asyik soal abang je bila abang balik kerja? Lina ada cita-cita nak jadi polis ke? Mulai malam ni, Lina tak perlu nak tunggu abang. Kalau nak tidur, tidur ajelah dulu.”

“Masalahnya Lina risau tau bang. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada abang…”

“Huh, bosan!!! tahu bosan!!!” Dia meninggikan suara.

Aku pula yang terkedu. Jarang sekali dia bersuara kasar apabila bercakap denganku.

“So… sekarang abang dah bosan dengan Lina?” soalku sedikit sayu. Kusembunyikan perasan sakit di dada dengan riak muka selamba. Aku tidak boleh kalah dengannya.

Nizam kulihat meraup mukanya dengan telapak tangan berkali-kali.

“Come on Lina, kalau Lina marah pada abang sebab abang tak ingat anniversary kita… I’m so sorry okay. Abang betul-betul terlupa.”

“Bukan cuma pasal tu bang. Banyak lagi yang buatkan Lina makan hati dengan sikap abang. Abang dah lama tak kisahkan Lina. Dalam kepala otak abang cuma ada kerja dengan Haikal sahaja. Tu pun waktu pagi sahaja abang layan dia. Malam-malam abang balik lambat. Apa yang buat abang berubah sampai macam ni?” Aku menyoal lembut. Aku tidak mahu nampak terburu-buru.

“Kan abang dah cakap abang banyak kerja kat ofis. Kenapa tak faham ni?”

“Lina pun kerja bang… dan setahu Lina kerja pejabat habis pukul 5. Tapi abang balik selalu tengah malam. Okey… Lina faham kalau abang balik lambat sehari dua, tapi bukan untuk sepanjang tahun ni. Lina dah penat dengan perangai abang ni.”

“Lina nak cakap apa lagi ni? Kenapa tak terus terang aje?”

“Abang ada masalah?”

“No!”

“Abang suka orang lain?”

“No!”

“Jujur ke jawapan abang ni?”

“Kalau Lina tak percaya, lebih baik jangan tanya!” sinisnya.

“Jadi siapa dia ni?” Aku tunjukkan handphoneku kepadanya yang jelas terpampang gambar mesranya dengan wanita itu. Berubah terus raut wajah Nizam. Aku lihat dia seperti terkedu.

“Siapa ni?” Pandangan Nizam menikam mataku.

Aku tergelak sinis apabila dia buat-buat tanya. Apakah Nizam sudah buta?

“Entahlah! Lina pun tak tahu. Abang tahu?” Aku berlagak sinis.

“Lina intip abang?” Akhirnya…

“Kalau ya kenapa?”

“Dia kekasih abang, Lina.” Bagaikan peluru yang menikam jantungku, aku terhenyak di kerusi. Silap dengarkah aku?

“Apa abang cakap?”

Nizam mengeluh. Dia mendekatiku dan cuba meraih pergelangan tanganku namun pantas sekali aku mengelak.

“Jangan sentuh Lina, bang!”

“Tak ada gunanya abang nak tipu lagi. Abang pun dah penat dengan semua ni. Abang tak nak sembunyi-sembunyi lagi. Abang cintakan dia.” Ujar Nizam perlahan, langsung tidak menatapku.

Air mataku menitis tanpa aku sedari, tergamak dia berterus terang begitu. Tahukah dia… ucapannya begitu menyakitkan hati? Nizam curang… curang… curang… Aku mengulang-ulang dalam hati. Seakan- akan mahu perkataan itu terpahat dalam hatiku, biar aku sedar, dia telah bersalah terhadap aku.

“Abang minta maaf. Abang tak boleh halang perasaan abang. Abang dah cuba… tapi tak boleh.” Sambungnya lagi.

Aku menangis di tempatku. Tidak mahukah dia menarik balik ucapan itu?

“Abang… kenapa abang buat Lina macam ni? Selama ni, Lina setia pada abang. Abang dah hancurkan hati dan perasaan Lina.” Aku merayu dalam tangisan.

“Kita bercinta dari kecil lagi, bang. Hanya abang yang Lina sayang.”

“Abang nak ramai anak Lina. Lina tahu, kan?” Nizam menukar topik.

Aku cuba mencari kaitan hal itu dengan kecurangannya, tapi aku bingung.

“Apa maksud abang?”

“Abang nak anak tapi Lina tak boleh lahirkan anak untuk abang. Lina mandul!” Nizam memandangku dengan senyuman sinis.

Terpempan aku melihatnya. Tidak sekalipun selama aku hidup dengannya, aku melihat dia tersenyum begitu. Senyuman yang memberi sejuta kesakitan. Dan tiba-tiba aku berasa sungguh terhina dengan sikapnya.

“Tapi bang… mungkin doktor silap. Lagipun doktor tak kata yang Lina tak boleh mengandung terus. Lina masih tak berhenti berdoa supaya kita dapat anak.”

“Nak berdoa apa lagi? Termakbul ke doa Lina tu? Tengok, sampai sekarang tak mengandung pun. Dahlah… abang dah tak ada rasa dengan perempuan mandul macam Lina!” ujarnya lagi sebelum menghempas pintu sekuat mungkin. Nizam pergi lagi.

Aku tergeleng-geleng mendengar ucapannya. Tidak takutkah Nizam menghina permintaan doaku? Doa yang aku panjatkan itu adalah kepada Allah, Pencipta Yang Satu. Dialah yang menentukan segala-galanya.

Aku meraung-raung di sofa sendirian. Menangisi nasib hidupku. Apakah itu sebab utamanya? Dia menduakan cintaku lantaran aku tidak mampu lagi melahirkan zuriat untuknya… aku tidak mampu menjadi ibu kepada anak-anak yang diimpikannya… rahimku tidak berdaya untuk menghadiahkan keturunannya, yang ada cuma Haikal. Itu pun dia tidak berpuas hati. Tapi bukankah… bukankah dia pernah berkata, Haikal sudah cukup! Dan bukankah dia juga pernah berjanji untuk sehidup semati denganku?

Aku terus menangis tanpa henti.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/90448/PERMAISURI-HATI

[SNEAK PEEK] DIA… MR. PERFECT AKU!

9789670907376-medium-1
DIA… MR. PERFECT AKU! Oleh Azieana

Bab 1

DIYA termenung sendirian memikirkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Safwan sejak minggu lepas. Macam mana dia mahu menjelaskan perasaannya kepada lelaki itu. Sejak awal dia menjejak kaki ke hotel itu, dia tahu mata lelaki itu terus terarah kepadanya berbanding Jemy. Penampilannya hari itu cuma biasa-biasa aje, lainlah dengan pekerja baru yang lain. Nampak bergaya dan berpenampilan. Lagipun buat apa nak bergaya lebih, dia cuma bekerja sebagai tukang bersih bilik saja. Takkanlah nak bergaya macam seorang eksekutif pulak. Tak logik pula, kan.

Dalam diam, dia sudah menanam azam bahawa kerja ini hanyalah sementara. Dia cuma mahu mencari pengalaman. Malas nak kerja dengan ayah di kilang batik tu. Selepas ini dia mahu mendapatkan kerja yang lebih sesuai dengan kelulusannya dalam bidang pengurusan perniagaan. Boleh juga dia memegang jawatan sebagai eksekutif. Kalau boleh, dia nak kerja di syarikat besar di Kuala Lumpur. Macam gambaran dalam drama-drama Melayu yang dilihatnya di kaca TV atau dibaca melalui novel-novel.

Diya mencapai botol mineral 500ml yang berada di atas meja, dibuka botol itu dan diteguk perlahan. Sejak dari tadi, dia tak sempat nak meneguk air. Dahlah hari ni dia tak sempat nak sarapan kat rumah kerana bangun lewat. Nasib baik ibu mengejutkannya. Kalau tidak, terpaksalah dia ponteng kerja. Takkanlah baru dekat dua bulan kerja, dah buat perangai, kan.

“Weh!!!”

“Oh, mak kau!” Diya terus melatah sebaik sahaja dia disergah. Bukan hanya disergah, malah bahunya turut ditepuk dengan kuat. Punyalah dia terkejut.

“Kalau ya pun nak terjah, bagilah salam dulu… macam nak merompak pulak gaya kau! Tak senonoh punya anak dara,” Diya mengurut dada. Terbatuk-batuk dia dibuatnya dek terkejut dengan sergahan temannya itu.

Jemy mula menayang sengih.

“Sorry… tak sengaja!” Kesian pula melihat Diya yang terbatuk-batuk sampai berair matanya.

Diya menarik nafas. Seketika dia menjeling ke arah Jemy yang sudah menggagau tin biskut Julies yang ada di atas meja. Biskut itu dibawa oleh Diya dua hari yang lepas, sengaja diletakkan di bilik rehat itu dengan niat nak buat pahala. Bak kata orang, biskut wakaf. Ada juga pekerja lain turut membawa makanan dan diletakkan di situ.

“Kau dah jumpa dengan Encik Safwan?” tanya Jemy sambil mengunyah biskut.

“Apa hal aku kena jumpa dengan dia… bila?” tanya Diya sedikit tersentak. Dia agak terkejut mendengarkan soalan itu.

“Pagi tadi aku terserempak dengan dia, katanya dia cari kau sebab ada hal. Kau dah jumpa dia?” Jemy menjeling ke arah Diya yang sudah berkerut dahi.

‘Entah-entah dia nak tanya pasal tu tak? Macam mana aku nak jawab.’ detik Diya sambil menggaru-garu kepala membuatkan rambutnya sedikit berserabut.

“Belum. Apa hal dia nak jumpa aku pulak ni, leceh betullah!” rungut Diya.

“Mana aku tahu. Kau jumpa ajelah dia, bukannya kau kena bayar pun!” selamba Jemy bersuara sambil mencapai sekeping lagi biskut Julies dari dalam tin.

“Hesy… malaslah aku nak jumpa dia!” dengus Diya.

Jemy mula menaikkan kening ala Ziana Zain, dia hairan kenapa Diya tak mahu jumpa dengan lelaki yang bernama Safwan itu. Handsome apa, kumbang rebutan kat hotel ni tau!

“Diya, takkanlah kau tak tahu, dia nak jumpa dengan kau sebab dia rindu nak pandang muka kau tu… kan dah hampir seminggu dia tak tatap muka kau yang cantik manis ni, pastilah nak ubat rasa rindu!” usik Jemy sambil tersenyum-senyum membuatkan Diya mengherotkan mulutnya, tak suka dengan usikan temannya itu.

“Hesy… tak kuasa aku nak layan lelaki tu,” cemuh Diya sambil mendengus perlahan.

Setahu Jemy, Safwan kena pergi kursus kat Pahang selama seminggu. Dan sebelum itu, lelaki itu telah berjumpa dengan Diya kerana ada hal yang nak dibincangkan. Bila ditanya kepada Diya, temannya hanya buat tak tahu saja, atau lebih tepat, tak nak berkongsi rahsia dengannya. Tak apa… akan dia selidik sehingga dia dapat jawapannya. Ini Jemy a.k.a Jay Jay merangkap Jamilah binti Jali. Bukan sembarangan orang. Jemy mengangguk perlahan sambil tersenyum.

“Eh! Yang kau tetiba senyum sorang-sorang ni kenapa? Dah buang tebiat ke atau kau dah angau dengan sesiapa ni? Aku beritahu kat Leman nanti, baru padan muka kau!” sergah Diya sambil menepuk bahu Jemy.

“Angau… aku angau… angau… eh! Angau… angau ke benda ni?” Jemy melatah sambil terlompat-lompat macam kera kena belacan.

“Itulah kau, selalu sangat kenakan orang. Sekarang dah terkena kat batang hidung sendiri. Melatahlah kau.” Diya tergelak. Seronok pula melihat Jemy terlompat-lompat. Kelakarnya. Kalau dia rakam masuk dalam youtube ni, ada orang nak tengok dan like tak?

“Aduh, sakitlah!” Diya menjerit apabila lengannya menjadi mangsa cubitan Jemy.

“Dah kau tahu yang aku ni jenis melatah, yang kau kacau aku tu, apa hal?” rungut Jemy menahan geram.

“Kau yang berangan sorang-sorang, nak salahkan aku pulak!” bela Diya.

“Yalah, yalah… aku yang salah!” akhirnya Jemy mengaku.

“Diya!” tiba-tiba Jemy bersuara.

“Apa?” tanya Diya yang sedang membelek majalah hiburan. Majalah itu dibeli oleh Kak Mimah semalam.

“Beritahulah aku, apa hal Encik Safwan jumpa kau hari tu.” Jemy cuba memujuk.

“Benda tak penting pun. Kau budak-budak lagi, belum cukup umur, tak boleh nak masuk campur hal orang tua,” balas Diya sambil matanya tertumpu pada wajah beberapa artis baru di majalah itu.

Jemy mengetap bibir. Geram betul mendengar kenyataan Diya.

“Amboi! Diaorang ni, bergaya sakan tak ingat dunia, seksi habis! Kalau aku… gerenti kena kejar dengan ayah aku. Siap bawa parang lagi kut, silap-silap hari bulan, kena tetak dengan parang tu. Tak ke niaya aku nanti. Hesy… tak mahulah aku!” Diya membebel sendiri sambil matanya ralit memandang majalah itu. Sengaja tak mahu menjawab pertanyaan Jemy. Bukan dia tak tahu perangai teman baiknya itu, kalau dia nak tahu sesuatu perkara, dia akan cuba dapatkannya.

“Diya!” panggil Jemy sambil mencekak pinggang. Marah betul apabila dikatakan dia masih budak-budak sedangkan mereka sebenarnya sebaya. Dah la tu, buat tak layan aje dengan pertanyaannya tadi. Mana dia tak geram.

“Kau ingat kau tu tua sangat ke? Kita sebaya tau. Kalau nak ikut bulan, aku keluar lebih awal dari perut mak aku tau. Tiga bulan lepas aku keluar dari perut mak aku, barulah kau keluar dari perut mak kau tu,” kata Jemy tak mahu mengalah.

“Habis tu, apa masalahnya?” Diya sengaja menaikkan darah Jemy.

‘Apalah si Jemy ni, buat lawak kartun pulak! Kelakar betul!’ desis Diya menyembunyikan senyum.

“Diya! Diya… beritahulah kat aku… kau sayang aku, kan?” Jemy menukar taktik kepada pujukan. Kali ini dia merengek memanggil nama Diya sambil menarik-narik tangan Diya dengan gaya muka ‘sardin’ a.k.a muka tak malunya menagih jawapan.

“Kau ni, Jemy… macam budak-budaklah. Buruk betul rupa kau aku tengok. Kelakar pun ada,” kata Diya yang tak tahan melihat gelagat Jemy yang macam kebudak-budakan itu. Muncung Jemy makin panjang. Malah mukanya di palingkan ke sudut lain. Memang merajuk dah si Jemy ni!

“Okey… aku kenal sangat perangai kau. Selagi tak dapat apa yang kau nak, kau tak akan mengalah. Apa benda yang kau nak tahu ni?” Diya memandang wajah Jemy yang mula tersenyum.

Jemy tahu Diya pasti akan mengalah. ‘Yes! Berjaya.’

“Aku nak tahu pasal kau dan Encik Safwan tu la, apa lagi? Kenapa dia jumpa kau hari tu? Beritahulah kat aku. Aku janji, aku tak akan beritahu sesiapa pun hal ni.” Jemy mengangkat tangan separas bahu seperti mengangkat sumpah.

“Benda tak penting pun… tapi aku tak suka kalau orang lain tahu. Nanti, apa pula tanggapan mereka,” kata Diya sambil menutup majalah hiburan yang dilihatnya tadi. Bukan dia baca pun, sekadar tengok gambar-gambar artis luar dan dalam negara sahaja.

“Ya… aku janji, hanya aku yang tahu!” Jemy bersuara penuh semangat.

“Janji kau memang tak boleh pakai!” kata Diya, sengaja nak mengusik Jemy.

“Ini janji bukan sebarang janji, ini janji seorang pertiwi!” kata Jemy.

“Janji tengkorak kau!” Diya meluku kepala Jemy.

“Aduh, sakit tau!” rungut Jemy sambil menggosok-gosok kepalanya.

“Padan muka,” cemuh Diya sambil tersenyum meleret.

“Kau pernah tengok aku bersilat tak?” tanya Jemy tiba-tiba menahan geram.

“Tak pernah, kenapa?” tanya Diya.

“Memanglah tak pernah sebab aku mana pandai bersilat… hehehe…” Jemy menayang sengih.

“Kau ni Jemy… buat lawak bodoh pulak. Dahlah… aku nak pergi buat kerja, time rehat aku dah habis.”

“Alah… Diya, kau cakaplah. Apasal Encik Safwan jumpa dengan kau hari tu?” pujuk Jemy sambil menarik-narik tangan Diya. Dia tak puas hati selagi tak tahu apa sebabnya lelaki itu berjumpa dengan Diya.

“Hmm… yalah, yalah…” Diya mengalah. Tahu sangat dengan perangai si Jemy ni. Diya kembali duduk di kerusi menghadap muka Jemy.

“Cakaplah!” gesa Jemy yang makin tak sabar nak tahu.

“Dia nak jadi pakwe aku. Dia bagi tempoh seminggu untuk aku jawab,” beritahu Diya. Malas nak bermain teka-teki dengan Jemy lagi.

Jemy bertepuk tangan.

“Apasal tiba-tiba kau bertepuk tangan, dah tak betul ke?” Diya berkerut kening.

“Aku memang dah agak… tahniah!” Jemy segera mencapai tangan Diya, segera disalam tangan Diya sambil mengukir senyuman.

“Tahniah apanya? Aku belum buat apa-apa keputusan lagi!” balas Diya menarik muka masam.

“Aku tahu, kau akan terima Encik Safwan sebab dia tu kan kumbang rebutan kat hotel ni. Nanti meloponglah Cik Zanita kita tu ya,” kata Jemy sambil mengukir senyum.

Diya hanya menarik nafas. Tanpa mereka sedar, perbualan itu didengari oleh seseorang di sebalik pintu.

****
Bab 2

HARI ini Diya cuti, jadi dia mahu menghabiskan masa di rumah sahaja. Malas nak keluar ke mana-mana walaupun Jemy ada mengajaknya keluar membeli-belah, katanya ada jualan murah.

“Diya, ibu rasa elok Diya berhenti aje kerja sebagai tukang kemas bilik kat hotel tu. Lebih baik kerja dengan ayah kat kilang batik. Tak adalah ibu risau. Yalah, kerja kat hotel tu, ibu rasa tak selamat. Orang yang datang menginap kat situ pelbagai ragam. Ibu bimbang kalau Diya diapa-apakan.” Puan Hasmah melahirkan rasa bimbang. Ketika itu mereka sekeluarga berada di meja makan untuk bersarapan.

“Ibu… Diya kemas bilik bila diaorang tak ada. Takkanlah Diya nak masuk kalau ada orang. Lainlah kalau ada apa-apa yang penting. Diya tahu jaga dirilah ibu. Ibu jangan bimbang ya.” Diya cuba menenangkan perasaan ibunya.

“Ya, betul cakap ibu tu. Ayah pun setuju kalau Diya berhenti aje kerja kat hotel tu dan kerja dengan ayah. Kalau tak nak uruskan kilang batik tu, Diya uruskan stesen minyak. Kilang perabot tu, ayah dah tak risau sebab along dah uruskan.” Sokong Encik Jamaluddin.

Abang sulung Diya iaitu Md. Amin Akhtar diberi tugas oleh ayahnya menguruskan kilang dan kedai perabot sejak tiga tahun yang lalu. Amin seorang anak yang baik, selalu mendengar kata ayahnya, sebab itulah ayahnya sayangkan alongnya itu. Diya ni, ayahnya sayang juga tapi adakala Diya suka buat hal sendiri. Kalau boleh, dia mahu berusaha sendiri, tak nak bergantung kepada orang tua.

Mazni dan Fauzan hanya diam, tak berani nak mencelah. Mazni dan Fauzan ialah anak angkat keluarga Diya. Ayahnya telah ambil mereka sebagai anak angkat sejak lima tahun yang lalu. Kini Mazni berusia 15 tahun, manakala Fauzan berusia 10 tahun. Mereka sanak saudara jauh ayah. Ayah mengambil mereka berdua semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk menjalani hidup yang lebih baik berbanding.

“Ibu, ayah… Diya kerja kat hotel tu cuma untuk sementara saja, takkanlah Diya nak jadi tukang kemas bilik sepanjang hidup. Saja Diya nak cari pengalaman walaupun kata orang, kerja tu tidak mencabar,” kata Diya lagi.

“Kalau tidak mengenangkan Si Jamilah tu ada sama, ayah tak benarkan Diya kerja kat situ. Apa kata orang nanti kalau mereka tahu anak ayah kerja sebagai pengemas bilik di hotel sedangkan Diya boleh aje kerja dengan ayah. Berapa pun gaji Diya nak, ayah sanggup bagi.” Kata Encik Jamaluddin.

“Betul cakap ibu dan ayah tu. Along pun sokong. Diya ada ijazah dan ada kelayakan, kenapa nak kerja macam tu?” Amin mencelah. Dia pun tak faham dengan sikap adiknya itu. Takkanlah dia sanggup kerja sebagai tukang kemas bilik. Sedangkan urusan di rumah mereka selama ini pun diuruskan oleh pembantu rumah.

“Kan Diya dah cakap, kerja tu cuma sementara aje. Mungkin sampai bulan depan kut. Lepas tu Diya akan mohon kerja lain. Sebelum dapat apa-apa offer, Diya kerjalah dengan ayah,” kata Diya.

Encik Jamaluddin mengangguk perlahan. Lega mendengar kata-kata Diya. Bukan hanya Encik Jamaluddin sahaja yang lega mendengar jawapan Diya, tapi Puan Hasmah dan Amin juga.

“Ibu… ayah… Maz pergi dulu ya.” Mazni segera mengangkat punggung dan berjalan ke arah ibu dan ayahnya. Tangan mereka segera disalami sebelum dia mendapatkan Diya dan Amin. Tangan Diya dan Amin turut disalami.

“Hati-hati ya,” pesan Puan Hasmah sebelum Mazni keluar dari rumah untuk ke kelas tambahan.

“Jan nak buat apa hari ni?” tanya Diya kepada adik angkatnya, Fauzan.

“Tak ada apa-apa. Kenapa Kak Diya?” Fauzan memandang wajah Diya.

“Sajalah tanya, manalah tahu hari ni Jan nak keluar jumpa kawan ke…” Diya memandang wajah Fauzan.

“Jan nak duduk kat rumah aje. Nak buat kerja sekolah. Kalau tak siap nanti cikgu marah,” kata Fauzan.

“Hmm… baguslah. Belajar rajin-rajin. Nanti jadi orang yang berjaya.” Encik Jamaluddin mengusap perlahan kepala Fauzan.

Sebenarnya dia gembira kerana kedua anak angkatnya itu tidak pernah mendatangkan masalah kepadanya dan keluarga. Mazni dan Fauzan anak yang baik dan pandai menjaga diri. Sejak dia memelihara kedua anak itu, tak pernah sekali pun orang tuanya datang menjenguk. Encik Jamaluddin tahu bahawa ada ketikanya mereka rindukan keluarga. Pernah juga dia mencadangkan untuk membawa kedua beradik itu berjumpa dengan orang tuanya, tapi Mazni yang menolak dengan alasan dia tak mahu mengganggu orang tuanya. Lagipun di sini mereka hidup dengan baik. Tapi Encik Jamaluddin pernah mendengar perbualan mereka adik beradik suatu ketika dulu.

“Kak Maz tak rindukan mak dan ayah ke?” tanya Fauzan.

“Rindu… tapi Kak Maz tak nak jumpa mereka,” kata Mazni.

“Kenapa?” tanya Fauzan.

“Kak Maz tak sanggup nak lihat keluarga kita hidup susah. Kalau kita tinggal dengan mak dan ayah, kita akan lebih membebankan mereka. Di sini, kita dijaga dengan baik oleh ayah dan ibu. Bila Kak Maz besar nanti, Kak Maz nak balas budi mak dan ayah kita. Kalau bukan kerana ibu dan ayah yang jaga kita, Kak Maz pun tak tahu apa nak jadi dengan kita. Mungkin kita tak bersekolah.” Kata Mazni.

“Tapi kak… Jan rindukan mak dan ayah,” rengek Fauzan.

“Sampai masanya nanti, kita jumpa mereka. Kak Maz tahu mak dan ayah juga rindukan kita.” Kata Mazni cuba memujuk adiknya.

Terdiam Encik Jamaluddin mendengar perbualan dua beradik itu. Simpatinya kepada mereka melimpah ruah. Kerana itu juga, dia turut menghulurkan bantuan kepada orang tua mereka. Setiap bulan dia mengirimkan wang buat orang tua Mazni dan Fauzan. Encik Jamaluddin tahu, kalau dia bantu orang susah dan yang memerlukan, Insya-Allah Allah akan bantu dia di kemudian hari.

“Ayah… jauhnya ayah termenung.” Encik Jamaluddin terpinga-pinga apabila ditegur oleh Diya.

“Tak adalah.” Dalih Encik Jamaluddin dan segera dia bangkit dari kerusi.

smallimej
AMIN MENGHAMPIRI Diya yang sedang membaca akhbar yang baru dibeli oleh ayahnya sebentar tadi. Diya mengerling sekilas wajah Amin yang nampak serba salah.

“Apa kena dengan along ni? Macam kucing hilang anak je?” Diya tergelak kecil.

Amin segera meluku kepala Diya sambil mengetap bibirnya. Diya menggosok-gosok kepalanya. Tajam matanya mengerling ke arah alongnya itu.

“Ini mesti ada apa-apa ni.” Diya memandang wajah abangnya yang tiba-tiba sahaja tersenyum manis semacam, nampak pelik pada pengamatan Diya.

“Er… Diya tahu kan yang hari ni kawan along nak datang rumah kita,” kata Amin memulakan bicara.

“Tahu, kan Diya dah dengar tadi. So?” jawab Diya dengan suara selamba.

“Sebenarnya kawan along tu datang sebab dia nak tengok Diya,” beritahu Amin.

“Hah! Dia datang sebab nak tengok Diya! Kenapa?” terlopong mulut Diya sebaik sahaja mendengar kata-kata alongnya. Bulat matanya memandang wajah Amin yang duduk tersengih-sengih itu.

“Dia… dia berkenan kat Diya. Dia dah pernah tengok muka Diya masa dia datang rumah kita hari raya tahun lepas,” beritahu Amin sambil mencari reaksi pada wajah Diya.

Diya ketawa.

“Apa along ni? Buat lawak pulak. Diya tak pernah kenal pun kawan along yang mana satu. Lagipun, Diya ni belum ada mood lagi nak bercintan-cintun ni,” kata Diya tak mahu ambil kisah dengan kata-kata alongnya itu.

“Along tak paksa, along cuma nak sempurnakan hajatnya. Along kenal dia dah lama, sejak kami sama-sama belajar kat overseas dulu. Dia baik, itu sebabnya along benarkan dia nak jumpa Diya. Lagipun hari ni kan Diya cuti, dia datang ni semata-mata nak jumpa dengan Diya.” Kata Amin. Risau juga kalau Diya buat perangai. Mana tahu dia bersembunyi kat rumah si Jemy tu. Kesian kat kawannya kalau Diya tak ada nanti.

“Kawan along tu orang mana?” Diya sekadar bertanya. Kalau dah datang ke sini semata-mata nak jumpa dengan dia, kesian juga kalau dia menolak. Lagipun sekadar nak kenal. Tak salah, kan?

“Dia orang KL dan kerja pun kat sana.” Beritahu Amin.

“Erm… betul ke along nak kenalkan dia dengan Diya ni?” Diya meminta kepastian.

“Yalah, along tak nak paksa Diya terima, Diya kenal-kenallah dengan dia tu. Kalau Diya suka, Diya boleh teruskan, tapi… kalau tak suka, along tak boleh nak buat apa. Manalah tahu kalau dia tu mungkin lelaki yang Diya tunggu selama ni? I mean… your Mr. Perfect!” Amin tersenyum.

“Amboi, perli nampak? Itu ayat Diya tau. Orang lain tak boleh ikut.” Kata Diya sambil bercekak pinggang.

Amin ketawa kecil. Selalu sangat dia dengar ucapan itu. ‘Dia tu bukan Mr. Perfect Diya!’ Itulah jawapan yang sering keluar dari mulut Diya apabila ada yang nak berkenalan dengan Diya. Itu memang trademark Diya apabila dia diperkenalkan dengan seseorang.

“Satu lagi, dia akan bermalam kat rumah kita. Jadi, jangan buat hal,” kata Amin mengingatkan Diya.

“Hal apa pulak?” Diya mencebik.

“Dia tu kawan baik along tau,” kata Amin.

“So?” Diya mengangkat kening memandang wajah abangnya.

“Jangan malukan along!”

“Yalah… along rasa dia tu lelaki yang ditakdirkan untuk Diya ke?”

Amin mengukir senyum membuatkan Diya mengeluh perlahan.

“Semuanya terserah pada jodoh dan kehendak Diya kerana dalam hal ni, Diya yang berhak buat keputusan. Ini melibatkan soal hidup dan masa depan Diya. Apa-apa pun keputusan Diya, along akan sokong,” kata Amin mengambil jalan tengah.

Diya mengeluh perlahan. Amin terus berlalu selepas menyatakan hasrat temannya. Diya menyandarkan badan di kerusi. Berita yang dibawa oleh abangnya membuatkan Diya terkenangkan wajah Safwan. Macam mana dia nak jelaskan semua ni?

‘Betulkah dia lelaki yang akan aku cintai dan hidup bersamanya hingga ke akhir hayat?’ Diya mengeluh perlahan sambil memejamkan matanya seketika.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/90447/DIA-MR-PERFECT-AKU

[SNEAK PEEK] BUNGA DI TAMAN LARANGAN

9789670907093-medium
BUNGA DI TAMAN LARANGAN Oleh Ayumi Syafiqah

“BARU hari pertama kerja dah beli handphone?”

Nada terkejut Idlan hanya dibalas dengan gelak panjang. “Apa salahnya?”

“Takkan kau dah dapat gaji kut?” Idlan masih lagi pelik.

“Advance.” Syarizad tergelak-gelak. Alah… biarlah, Idlan bukan tahu pun.

“Aku tahulah aku belajar tak tinggi. Pandai kau eh nak kelentong aku.”

Makin kuat gelak Syarizad.

“Tak adalah, kan aku kerja PA. Bos aku yang bagi handphone ni, senang untuk kegunaan aku nanti.” Pembohongan pertama selamat dicipta. Syarizad menyandar di sofa dengan bibirnya dikemam. Fokus mata tertancap pada skrin TV yang sedang menyiarkan drama Melayu lakonan Remy Ishak.

“Ohh…” balas Idlan. “Jadi kau okeylah kat sana? Tempat tinggal semua okey?”

Syarizad mengangguk. “Yup, okey sangat. Insya-Allah tak ada apa-apa,” ujarnya.

“Lega aku dengar. Bukan apa, takut jugak kalau-kalau kau sesat ke kat sana,” kata Idlan lalu ketawa sendiri.

“Kalau aku sesat, kau datanglah cari aku. Kau kan sayang aku…” Syarizad buat suara mengada-ada.

“Banyak cantik kau, Jad.”

Syarizad ketawa.

“Aku ada kerja ni. Nanti-nanti free, kau telefonlah aku ya…”

“Aku pulak telefon kau? Kaulah telefon aku, baru gentleman,” cebik Syarizad.

“Dengan kau tak payah nak gentleman sangat. Aku rasa macam kawan dengan orang lelaki jugak…”

“Kurang asam!”

Idlan ketawa berdekah-dekah sebelum mematikan talian.

Syarizad menyandarkan kepala sambil merenung skrin telefonnya. Berkira-kira sama ada perlu atau tidak dia telefon mak ngah. Kalau tak telefon, mesti mak ngah risau. Padahal dia dah janji akan selalu telefon orang tua tu. Malas berbolak-balik lagi, Syarizad akhirnya mendail nombor rumah mak ngahnya.

Agak lama menunggu, barulah suara mak ngah memberi salam kedengaran di talian.

“Waalaikumussalam, mak ngah. Ni Ijad…”

“Ijad? Ya Allah… Akhirnya Ijad telefon jugak. Lama mak ngah tunggu tau.”

Syarizad ketawa kecil. “Sorry, mak ngah… Ijad baru sempat nak telefon mak ngah…”

“Ijad sihat? Okey tak duduk kat sana? Ada masalah tak? Kerja macam mana?” Bertalu-talu soalan diajukan. Nampak sangat Rosni betul-betul risau apabila Syarizad hanya sepi tanpa khabar berita.

“Satu-satulah, mak ngah. Ni tanya banyak-banyak, mana satu Ijad nak jawab?” gurau Syarizad membuatkan mak ngah turut sama tertawa.

“Yalah, mak ngah cuma risau aje…”

“Ijad okey, mak ngah. Mak ngah tak payah risau ya…”

“Baguslah macam tu, lega mak ngah dengar. Ni, Ijad betul tak nak telefon Yana?”

Sebut aje nama Yana, Syarizad terus diam. Liyana Safirah, gadis yang sempurna segala segi. Ada sebab kenapa dia tidak mahu menghubungi Liyana, tapi biarlah hanya dia yang tahu apa sebabnya.

“Nantilah Ijad telefon dia, mak ngah…” Hanya itu yang mampu dijawab. Karang cakap tak nak, mak ngah kecil hati pula.

“Dah lewat ni, mak ngah. Ijad pun dah nak tidur ni. Lain kali Ijad telefon mak ngah lagi ya. Oh ya, mak ngah ambiklah nombor telefon Ijad ni.”

Rosni diam mencatat nombor yang diberikan Syarizad.

“Yalah, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Syarizad hembus nafas panjang. Telefon ditinggalkan di atas sofa lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik. Pintu almari dibuka luas-luas. Satu per satu baju di dalam almari itu dikeluarkan dan diacukan pada tubuhnya.

Dia memandang cermin sambil membuat macam-macam gaya. Senyuman mula terukir pada bibir. Hari esok, hari yang baharu untuk aku! Tekadnya dalam hati.

PAGI ESOKNYA Syarizad masuk kerja dengan semangat baharu. Mujurlah Kak Aiza pun sudah sampai lebih awal jadi dapatlah dia minta Kak Aiza tolong ajarkan mana yang patut. Paling penting kata Kak Aiza, setiap pagi segelas Nescafe wajib ada di atas meja Ben.

Setelah membancuh segelas Nescafe, Syarizad membawa mug di tangan ke arah bilik pejabat Ben. Pintu bilik itu diketuk tiga kali. Sempat nafas ditarik dan dihembus dalam-dalam sementara menunggu arahan masuk. Daun pintu ditolak ke dalam. Syarizad masuk dengan langkah yang sengaja dilenggokkan. Bibirnya pula diukir senyuman manis menggula.

“Nescafe, Encik Ben.” Lembut suara menuturkannya sambil meletakkan mug di tepi meja. Jari telunjuknya dimainkan di atas meja dengan gaya menggoda.

Ben yang perasan tingkah Syarizad itu panggung kepala. Tak cukup dengan main jari atas meja, jari kanannya pula menggulung-gulung hujung rambut. Ben mula terasa lain macam. Liur ditelan.

“Yes, ada apa-apa lagi?” tanya Ben. Walaupun terasa pelik, dia tetap menepis perasaan itu. Semalam bukan main lagi menggelabah, hari ini pula berani semacam PA baharunya itu.

Syarizad menggeleng manja.

“Tak ada apa. Saya keluar dulu ya,” ujarnya. Kemudian dengan penuh lenggok dia berlalu ke arah pintu. Sambil memegang daun pintu, sempat lagi dia menoleh ke arah Ben. Ternyata lelaki itu masih merenung ke arahnya tanpa kelip. Sebaik saja mata bertentang mata, Ben segera menundukkan muka. Syarizad sembunyi senyum.

“Encik Ben ada nak saya buat apa-apa ke?” tanya Syarizad dengan suara lembut. Entah dari mana dia dapat keyakinan untuk beraksi ‘berani mati’ macam tu. Hilang watak kasar, yang ada cuma watak manja yang entah dari mana dicungkil. Bakat terpendam mungkin.

“Err… tak, tak ada apa-apa,” jawab Ben. Muka Syarizad hanya dipandang sekilas kemudian kembali memandang skrin komputer.

Syarizad mengangguk dan terus keluar. Di depan pintu, senyumannya melebar. Wah, hebat kau, Ijad! Macam itulah baru betul-betul semangat nak jalankan misi. Silap hari bulan, watak penggoda dalam drama pun kau boleh pegang tau!

Syarizad berlalu ke arah mejanya dengan ketawa yang disimpan.

“SYARI…”

Syarizad angkat kepala. Muncul Ben di depan mata.

“Ya, Encik Ben?”

“Ikut saya pergi meeting kat KLCC,” ujar Ben.

Syarizad terkejut.

“Sekarang?”

“Ya, sekarang. Jom.” Ben malas menunggu lagi. Dah nama pun PA, haruslah Syarizad ikut ke mana saja yang dia pergi.

“Okey… okey…” kelam-kabut Syarizad bangun mencapai beg dan buku notanya. Dia tak tahu apa-apa tentang meeting yang Ben maksudkan. Tak apalah, nanti dalam kereta boleh tanya.

Syarizad hanya mengikut Ben di belakang. Masuk ke lif, lelaki itu cuma mendiamkan diri. Sikit pun tak cakap apa-apa. Tak sempat Syarizad buka mulut nak ajak berbual, pintu lif sudah pun terbuka. Terpaksalah dia ikut saja Ben keluar menuju ke tapak parkir.

Mulanya dia ingatkan Ben pakai pemandu, rupa-rupanya dia yang pandu sendiri. Mungkin dia jenis lelaki yang lebih suka memandu sendiri kut. Apa barang pakai pemandu? Kereta mahal tapi tak boleh pandu sendiri, baik tak payah. Sempat lagi Syarizad membebel sendiri dalam hati.

Masuk ke kereta, Syarizad melilaukan matanya ke seluruh ruang. Wah… ini baru betul-betul kereta mewah. Baunya saja pun sudah cukup untuk buat dia terpegun sendiri.

“Err… Encik Ben, nak tanya sikit boleh tak?” Syarizad bertanya sambil membetulkan duduknya. Sengaja nak bagi skirt yang sudah memang singkat jadi semakin singkat, menampakkan pahanya yang putih melepak.

“Tanya apa?” Ben berpaling sekilas ke arah Syarizad. Pura-pura tidak nampak paha Syarizad yang terdedah. Perempuan ni, makin lama makin menyeramkan pula. Manalah mummy jumpa dia ni?

“Nanti masa meeting tu, saya kena buat apa ya?” tanya Syarizad sambil menahan senyum. Dia nampak tingkah gelisah Ben. Jelas ketara lelaki itu sedang menahan debaran.

Soalan itu membuatkan Ben tertawa kecil. Mulalah dia rasa pilihan mummynya itu bukanlah pilihan yang terbaik. Tak apa, Ben. Bagi dia masa untuk sesuaikan diri dulu. Pujuk hatinya.

“Masa meeting tu nanti, awak cuma perlu catatkan apa-apa yang penting. Nanti bila dah habis, awak kena siapkan report dan hantar pada saya. Pasal report tu nanti, awak boleh tanya Kak Aiza tentang formatnya. Faham?” satu per satu Ben menjelaskan.

Syarizad terangguk-angguk.

“Okey… faham.”

“Good.” Ben tenang memandu.

Syarizad di sebelah mengitarkan pandangan ke luar cermin tingkap kereta, memerhatikan pemandangan Kuala Lumpur waktu siang. Cantik. Rasa terujanya jelas terbias pada wajah. Apabila orang yang selama ni duduk bawah tempurung tiba-tiba dapat keluar tengok sekeliling, inilah jadinya. Sebiji macam rusa masuk kampung.

Ben yang perasan tingkah gadis itu hanya tersenyum. Sahlah, perempuan ni bukan orang bandar. Kalau ikutkan dalam resume, dia asal dari Kedah. Satu kampung dengan mummy. Tapi kenapa mummy beria-ia sangat nak dia ambil Syarizad ni jadi PA? Entahlah. Sikit pun dia tidak nampak rasionalnya. Tapi tak apa, okeylah daripada tak ada langsung.

Audi A6 Ben berhenti betul-betul dalam petak parkir.

“Jom keluar,” ajaknya. Tali pinggang keledar ditanggalkan lalu pintu kereta ditolak ke luar.

Syarizad ikut keluar. Namun entah mana silapnya, hujung skirtnya tersepit ketika pintu ditutup. Belum sempat dia buka semula pintu, Ben sudah pun menekan kunci penggera. Syarizad terus menarik skirtnya tanpa berfikir panjang. Dek kerana tarikan yang kuat, hujung skirtnya koyak.

“Alamak!”

Ben terkejut. “Eh, kenapa?”

“Skirt saya!” Syarizad rasa nak menjerit masa tu. Skirt mahal okey. Walaupun dia tak tahu harga skirt tu berapa, tapi dia tahu harganya mahal. Memang tak patut koyak sebab tersepit pintu kereta. Grr!

Ben segera menghampiri Syarizad.

“Kenapa dengan skirt aw…” Kata-katanya terhenti di situ apabila terpandangkan skirt Syarizad. Dahlah singkat, terkoyak pula tu. Tertelan air liur dibuatnya. Cepat-cepat hatinya beristighfar. Wajah Syarizad yang cemberut dipandang.

“Macam mana boleh tersepit?”

“Manalah saya tahu. Encik Ben tu yang kunci cepat sangat,” rungut Syarizad. Hujung skirtnya dibelek-belek. Rasa nak mengamuk pun ada.

Kalau tidak dikenangkan Ben tu bosnya, memang sudah lama makan penangan ‘semburan’nya yang pedas berbisa. Disebabkan sekarang dia sedang memegang watak seorang gadis penggoda macam dalam drama-drama di TV, terpaksalah dia tahan amarah yang sudah hampir meletus.

“Awak salahkan saya?” Ben angkat dahi.

“Habis? Salah saya?” Syarizad tidak sedar nada suaranya sudah naik sedikit.

Ben tertawa kecil.

“Lain kali, turun tu cepat sikit. Ini tak, terhegeh-hegeh,” kutuk Ben masih dalam senyumannya.

“Saya tak kira. Saya nak Encik Ben belikan saya skirt baru!”

“Huh?” Ben ternganga sedikit.

“Bolehlah, Encik Ben. Please…” dengan berani Syarizad memainkan jemarinya pada lengan Ben.

Ben pantas melarikan lengannya.

“Yalah, yalah. Dahlah, saya dah lambat ni. Tak elok biarkan klien tunggu lama. Jom.” Terpaksalah bersetuju saja sebelum Syarizad bertindak lebih berani. Dia sendiri pun tak sanggup nak hadap.

Syarizad menahan senyum. Namun apabila tunduk memandang hujung skirtnya, pantas bibir diketap. Ni… skirt ni macam mana? Nak jumpa klien dengan skirt koyak macam ni? Tak ada pilihan, Syarizad bertindak menarik kesan koyakkan itu supaya tercarik sepenuhnya. Jadilah skirt itu semakin pendek. Nafas dihembus panjang.

Lantaklah… yang penting, dia tak perlu malu sebab pakai skirt koyak! Lagipun tak apa koyak sikit. Kan ke makin seksi? Syarizad tersengih. Memanglah kau ni makin berani Ijad!

Langkah dilajukan mengikut Ben dari belakang. Masuk ke sebuah restoran di KLCC, Ben terus menghulur tangan untuk bersalam.

“My PA, Syari.” Ben memperkenalkan Syarizad kepada Datuk Haslam.

Syarizad menyambut huluran tangan Datuk Haslam. Bibirnya diukirkan senyuman manis walaupun masih nampak canggungnya. Renungan semacam Datuk Haslam membuatkan bulu romanya meremang. Itu belum dikira lagi dengan senyuman yang jelas nampak gatal.

“Duduk,” pelawa Datuk Haslam.

Syarizad segera mengambil tempat di sebelah Ben. Dia perasan mata Datuk Haslam tidak lepas-lepas merenung ke arahnya. Kalau setakat tengok muka, dia tak kisah. Ini kalau dah asyik pandang bahagian kaki aje, manalah tak rasa macam nak bagi penyepak.

Duduknya sekejap-sekejap dibetulkan. Inilah padahnya pakai seksi. Padan muka kau, Ijad.

Bukan Ben tidak perasan ketidakselesaan Syarizad sepanjang perbincangan itu berlangsung. Satu yang dia pelik, kenapa mesti Syarizad rasa tidak selesa dipandang kalau dia sendiri yang nak berpakaian seksi? Diibaratkan yakin pergi terjun laut tapi sebenarnya tidak pandai berenang.

“Thank you, Datuk. Saya harap kerjasama antara kita ni akan berjalan lancar nanti.” Ben tersenyum menghulur salam setelah tamat perbincangan.

“Saya pun harap macam tu,” balas Datuk Haslam. Wajah Syarizad masih lagi direnung tanpa jemu.

Syarizad mengetap bibirnya. Cepatlah masa berlalu. Dia dah tak sabar nak blah dari situ. Eii, kalau tak fikir siapa lelaki tua gatal tu, dah lama lelaki tu kena penyepak dia tau!

“Let’s go.” Ben berbisik perlahan di telinga Syarizad.

Syarizad hanya mengikut langkah Ben keluar dari kompleks itu terus ke tapak parkir kereta.

“Petang ni lepas habis kerja, awak free tak?” Ben bertanya setelah masuk ke kereta.

“Hmm… free kut. Kenapa, Encik Ben?” Syarizad memandang Ben dengan mata membulat.

“Pergi beli skirt baru,” jawab Ben tanpa memandang Syarizad. Makin pandang, makin jantung bergetar satu rasa. Hesy… seram!

Syarizad tersenyum. Dalam hati bersorak gembira. Yesss!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79912/bunga-di-taman-larangan

[SNEAK PEEK] ISTERI TUAN IHSAN

9789670907048-medium
ISTERI TUAN IHSAN Oleh Sara Kyoko

TERHUYUNG-HAYANG Seroja membawa kaki yang bersarung wedges enam inci bercorak harimau bintang. Bibir menggumam lirik lagu Bang Bang lantunan penyanyi Jessie J, Nicki Minaj dan Ariana Grande. Beria-ia Seroja menyanyi walaupun tidak jelas butir katanya.

Beg kulit Prada musim terbaru, diayun riang mengikut rentak dentuman muzik. Masih jelas kedengaran dari luar kelab malam yang tersohor di kota metropolitan ini. Mata yang disolek galak, melilau mencari kelibat rakan-rakannya yang lain.

Violet. Anak kacukan Melayu Tionghoa. Sedang mengikutnya dari belakang, turut menyanyi-nyanyi kecil. Mengimitasi lagu yang masih terngiang-ngiang di telinga. Kepala diangguk-anggukkan. Dua tangan tidak semena-mena diluruskan ke depan. Menggagau angin mencari tempat untuk berpaut. Sudahnya, tiang lampu jalan dipeluk erat.

Pening. Badan Violet terus saja melorot di atas jalan. Micro mini hitam tersingkap hingga ke pangkal paha. Seluar dalam Victoria Secret berwarna merah jambu sudah bermain ‘peek-a-boo’, alaa… main ‘cak-cak’ kata orang Melayu!

Violet bagaikan tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya. Dunianya sudah bertukar dimensi. Kesan alkohol yang diteguk mula meracuni setiap pembuluh darah.

Fathin si kulit hitam manis pula, bagaikan sudah dilumas dengan gam gajah seluruh badan. Erat melekat tubuh kecil itu diapit oleh Afwan dan Ayman. Si kembar yang bukan saja seiras wajahnya, bahkan sama juga perangai mereka yang serupa jin!

Tangan keduanya ligat merayap ke setiap pelosok dan lekuk badan gadis yang sudah tidak sedar diri itu. Terdengar desahan nafas ketiga-tiga orang itu beralunan mengiringi nafsu yang sudah membuak-buak.

Seroja gelak kecil.

Geli hati melihat aksi berlaku di hadapannya. Violet dan Fathin memang bodoh! Minum tak ingat dunia. Sekarang semua perangai pun keluar. Yang si Afwan dan Ayman ni pun bukan main ambil kesempatan. Nasib baik kawan, kalau tak… dah selamat kena hempuk dengan aku.

Tiba-tiba terasa diri diperhatikan. Seroja kecilkan mata. Tumpuan diberi kepada sebuah Bentley Mulsanne 6.75 L berwarna hitam yang elok terparkir di seberang jalan. Terganggu tumpuannya terhadap kereta mewah itu, apabila tubuh dihimpit dari belakang.

“Babe! I wanna puke,” Violet menghampiri Seroja. Tangannya masih cuba mencapai lengan Seroja, sekalipun ditepis pantas berkali-kali oleh tuan punya tubuh.

“Eww… don’t you dare! Muntah kat sanalah babe.”

Bergegas Violet berlari ke lorong kecil bersebelahan dengan kelab. Terduduk Violet setelah memuntahkan segala isi perut. Kaki dilunjurkan ke depan. Jari mengurut pelipis kiri dan kanan.

‘Adoi! Menyesal minum banyak sangat malam ni. Besok mesti sakit kepala. Nasib baik hujung minggu. Kalau tidak, sure ponteng kelas!’ Mata Violet sudah terkatup rapat.

Seroja cekak pinggang. Violet dah terbongkang. Fathin tidak sedar diri. Afwan dan Ayman pun ala-ala pening lalat.

‘Jadi, siapa nak hantar aku balik? Menyesal tak bawak kereta sendiri. Huh! Menyusahkan betullah korang ni. Nasib baik aku berlakon aje mabuk selama ni. Kalau aku betul-betul mabuk macam korang, memang kita buat orkestra bunyi dengkur aje kat tepi jalan ni!’

‘Hailah! Tak kurang bodoh jugak aku ni dengan diaorang. Yang aku bangang sangat nak ikut diaorang ni kenapa? Berlakon mabuk sekalipun, tetap jugak bangang kan? Sekarang, siapa yang susah?’

Seroja garu kepala.

Dia sebenarnya mana pernah minum pun. Malas asyik didesak oleh Violet dan Fathin. Konon jangan berlagak alim! Masuk ke tempat begini, kalau tak minum, tak nak telan pil khayal, tak smoking, dan tak mahu gesel-gesel, buang masa! Baik duduk rumah, baca buku!

Serius, Seroja jejak kaki ke sini cuma untuk mencari hiburan. Biarlah orang kata dia berpura-pura, yang penting Seroja ada pendirian. Heh! Sekalipun pendirian itu pun boleh dipertikai… tapi… ‘Cigarettes, pills, alcohol and sex? So not me!’

Sudahnya, dia selalu pura-pura minum untuk sekadar menutup mulut mereka. Alah! Budak berdua tu mana nak sedar Seroja buang air tu pun, kalau dah masing-masing khayal dan mabuk.

“Seroja Irdina?”

Seroja menoleh mencari suara yang memanggil namanya. Berlapis dahi melihat lelaki bersuara garau di hadapannya. ‘Pak cik mana pulak ni? Tapi… my dear God, he’s so freakin’ gorgeous!’

Mata Seroja mula mengimbas wajah itu dengan kuasa mata laser! Rambutnya agak ikal. Uban-uban putih melata berselang dengan rambut hitam. ‘Oo la la… his sexy stubble is killing me!’

Dagu pak cik itu dihias dengan lekuk yang agak dalam. Seroja menggigit hujung bibir. ‘Yummeh! Tubuh badan pak cik ini memang masih tampak tegap dan mantap. Tinggi? Pasti menjangkau 6 kaki. Pak cik ni model veteran ke apa?’

“Found what you’re looking for my dear?”

“Excuse me?”

“You’re staring at me… takkan tak tahu it’s not nice to stare at other people? So, do you like what you see?”

Seroja terlopong. Eh! Pak cik ni, perasan tak ingat!

“Maaflah pak cik…” sengaja Seroja tekan sikit kata pak cik itu.

“Pak cik?”

“Yup! Pak cik, ‘cause obviously you’re wayyy older than me. Anyway, mana tau nama I? You nak apa sebenarnya ni?” Seroja peluk tubuh. Okey… walaupun pak cik ni memang gorgeous, tapi perangai out! Perasan. Berlagak.

“I nak you ikut I sekarang.”

Seroja angkat kening.

“Excuse me?”

“I nak you ikut I sekarang. I tak fikir you ni pekak. So, cut all this nonsense and come with me now!”

Seroja lepaskan gelak halus. Kepala digeleng perlahan. Bukan saja perasan, berlagak, Seroja nak tambah satu lagi… menjengkelkan! Hailah! Pak cik ni memang dah tak boleh diubat perangainya.

“I takde masa nak bergurau. I ngantuk, sekarang dah pukul 2.30 pagi. I need my beauty sleep. So, ciou pak cik!”

Belum pun sempat Seroja habiskan lambaian tangannya, tubuhnya terasa melayang ke udara. Seorang lelaki bertubuh sasa, bersut hitam dari hujung kaki ke hujung kepala mencempung tubuh genit Seroja.

Seroja panik. Dia cuba untuk melepaskan diri. Namun, gagal. Manakan mampu dia melawan kudrat seorang lelaki yang berganda-ganda lebih besar daripada tubuh badannya?

“Hei! Lepaskan I la! Siapa you all ni! Tolong! Please help!” Seroja masih meronta-ronta.

“Aduh!” Berkerut dahi Seroja. Sakit tubuhnya dihempas ke atas kerusi belakang kereta. Eh! Bukan ini kereta Bentley yang dia nampak di seberang jalan tadi? Pintu kereta belakang sebelah kanan dibuka. Bulat mata Seroja melihat wajah lelaki yang menjengkelkan itu muncul lagi. Pak cik tua!

“Jalan!” arah pak cik misteri itu. Kereta mula meluncur membelah jalan yang sunyi.

“Hei! You ni siapa hah? Kenapa you kidnap I? Bodoh! Lepaskan I!”

“Shut up and behave. Kalau you jerit macam tadi lagi, I akan suruh Yusri humban you ke dalam gaung.”

Seroja ketap bibir. Mata melirik kepada lelaki yang bernama Yusri. Duduk di sebelah kerusi pemandu. Lelaki yang mencempung tubuhnya dengan lagak seperti memikul guni kapas! ‘Tak nak aku dihumban ke dalam gaung. Banyak benda aku masih belum buat dalam hidup ini. Banyak benda nak beli juga!’

Seroja peluk tubuh dengan muka yang mencuka. Tak puas hati. ‘Pak cik tua ni memanglah! Rugi aku disentuh oleh Mr. Badang. Kenapa tak dia aje yang dukung aku? Hesy! Karang patah pulak pinggang dia, Seroja… Osteoporosis.’ Seroja tekup mulut tahan gelak.

‘Lagipun, kenapa nak humban ke dalam gaung? Humban ajelah ke lubuk hatimu, pak cik tua! Hahaha…’ Wajah si pak cik misteri di sebelahnya direnung dalam. Takde ekspresi langsung. Sia-sia muka gorgeous.

Siapa dia ni sebenarnya? Apa dia nak daripada aku? Takkan dia nak culik aku sebab nak tuntut wang tebusan? Helo! Dia pakai Bentley okey! Berpuluh biji Myvi aku dia boleh beli. Nak jual, kemudian rogol? Ewww! Rugilah… I mean, pak cik tu yang rugi. Daripada dia jual aku kat orang lain, baik dia simpan aje. I don’t mind at all.’

Mata nakal sekali lagi mengimbas wajah si pak cik misteri, dari hujung rambut ke hujung kaki. ‘Oh! Like seriously, I don’t mind at all, baby…’ Seroja tersengih seketika.

‘Bengong! Gatal sungguh kau ni Seroja. Tak habis-habis buat statement tak sedar diri. Tak sedar ke kau mungkin dalam bahaya? Ni kalau betul-betul nak kena jual atau kena rogol macam mana? Choih! Gelap masa depan! Tapi, tengok gaya bukan macam orang jahat. Orang nak buat jahat kena ada gaya ke Seroja Irdina?’

Bunyi telefon menghalau khayalannya.

“Tuan, panggilan untuk tuan,” Yusri menyerahkan iPhone ke tangan pak cik misteri yang dipanggil tuan itu. Seroja terus saja memasang telinga.

“Yes? Don’t worry, I dah jumpa dia.”

Jeda.

“No. Listen to me, just take care of yourself. At least, until I get there. Sekejap lagi kita orang sampai.”

“Kita nak ke mana sebenarnya?” soal Seroja, cuba berlagak tenang.

Senyap.

“Sekurang-kurangnya, boleh tak you beritahu I, siapa you ni? Apa you nak?”

Senyap.

“I ni dalam bahaya ke?”

Senyap.

“You nak rogol I ke?” tanya Seroja selamba.

Si pak cik misteri kalih pandang ke arah Seroja. Siap dengan pakej jelingan tajam.

“Nak sangat dirogol?”

“Tanya sikit pun nak marah…” bibir sudah dimuncungkan ke depan. Bosan.

“Pak cik, takde muzik ke?”

“One word lady. One more word out of your pretty little mouth, I’ll make sure you’ll regret it.”

Okey… ada nada marah di situ.

“Tak suka muzik eh?”

Mata si pak cik misteri melotot ke arah Seroja yang cuma tersengih-sengih. Dua batang jari ditunjuk dengan muka sengaja dibuat comel. Peace! Kemudian, tangan buat isyarat zip mulut pula. Si pak cik misteri terus buang pandang ke luar tingkap tanpa sebarang bicara.

Seroja mendengus geram. Sombong. ‘Ah! Lantaklah. Aku ni dah tahap apa mengantuknya. Kalau nak bunuh ke, apa ke, biar aku tidur puas-puas dulu. Tak pasal-pasal mata aku jadi mata panda karang. Kalaupun aku ni mangsa, takkan nak buat muka hodoh, ye tak?’

Seroja menutup matanya. Tidak sampai pun beberapa minit, Seroja terlelap. Tubuhnya melorot ke sisi. Menumpang sandar di bahu si pak cik misteri.

Tuan Ihsan mencuri pandang wajah gadis yang sedang elok tidur di bahunya.

‘Seroja Irdina… Boleh pulak dia tidur? Lena pulak tu! Siap dengan dengkur halus lagi. Tidakkah dia risau dengan keadaannya sekarang ni? Kalau betul-betul diculik oleh orang jahat bagaimana?’ Tuan Ihsan geleng kepala perlahan.

‘I don’t really understand why I dragged myself into this mess?’ Keluhan kekesalan dilepaskan.

“Tuan.”

“Hmm…”

“Kita dah sampai.”

Mata Tuan Ihsan merenung wajah putih yang masih tidur pulas. Tidak sampai hati hendak mengejutkan si Sleeping Beauty. Kepala Seroja sudah dipindahkan ke atas ribanya. Spontan tangan diangkat untuk mengusap pipi Seroja dengan lembut. Bagaimana wajah cantik dan polos seperti ini mempunyai watak yang cukup berlawanan sifatnya? Langsung tidak mewarisi kesopanan dan kelembutan Imaninah.

Mulut itu… Dipandang tunak ulas bibir yang basah. Bibir nakal yang menuturkan kata sesedap rasa. Rogol? Alahai, gadis manis. Perkataan itu sangat bahaya dan dalam kesannya kepada seorang yang bernama wanita. Kenapa begitu mudah diungkap seolah-olah ia perbuatan biasa yang dilakukan oleh manusia pada waktu senggang?

Jari-jemarinya yang kasar mengurut dagu yang sudah mula bercadung janggut. Bukankah hidupnya sedang tenang? Jadi kenapa mahu susahkan diri dengan hal-hal begini? Kepala disandarkan di kerusi kereta.

Semua kerana Imaninah! Hati menjadi lembut untuk pulang ke tanah air, sekalipun terpaksa berhadapan dengan kisah silam. Kisah silam yang bakal menyebabkan luka yang lama kembali berdarah.

‘Kita akan luangkan masa yang banyak bersama si gadis manis.’ Jari telunjuk menyebak helaian rambut yang terurai di pipi Seroja.

Demi Imaninah.

‘Salam perkenalan, wahai Seroja Irdina!’

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79667/isteri-tuan-ihsan

REVIEW ROMANCINTA

9789670907086-medium
ROMANCINTA OLEH NICKI LEE

Shah ~ Gelaran samseng tidak membenarkan dia menyayangi dan mengasihi sesiapa. Lalu, hati gadis itu dirobek kejam dan ditinggalkannya begitu saja. Namun, tatkala menyedari, yang dia benar-benar mencintai, gadis itu sudah pun dimiliki insan lain. Kalah dengan tuntutan rasa, dia tegar mahu mendapatkan cintanya semula.

Sofea ~ Kerana terlalu mencintai, maruahnya tercela. Atas desakan keluarga, lelaki itu dinikahi tanpa rela. Untuk menutup aib, dia memaksa diri menerima. Hati terluka namun hatinya tidak mampu melupakan cinta pertama. Dalam kepayahan, dia cuba mengerti dan belajar untuk reda.

Fandi ~ Permintaan untuk menikahi gadis itu diterima, bukan kerana ikhlas mahupun cinta. Upah seratus ribu ringgit tidak mampu dipandang sebelah mata. Peluang yang ada juga digunakan untuk mencari Nabilah, agar adiknya itu dapat kembali ke pangkuan keluarga. Pada gadis itu, yang wujud hanya rasa kasihan…yang akhirnya bertukar menjadi sayang.

Bella ~ Dia melakukan kerja ini kerana dipaksa dan terpaksa. Harta dan kemewahan telah membutakan mata dan hati. Tapi dia sedar, tidak mungkin dia boleh hidup begini selama-lamanya. Cuba untuk lari namun jalan untuk berubah tidak mudah. Satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah pada lelaki itu.

Sang Naga ~ Dia punyai pelbagai nama. Dalam dunia gelap, dia disanjung dan digeruni oleh para pengikutnya. Walaupun begitu, jiwa terasa kosong tak bermakna. Kehadiran gadis itu telah mengembalikan warna pelangi pada hidupnya yang selalu kelam. Demi gadis itu juga dia bertekad, bayang hitamnya akan ditanggalkan demi meraih bahagia.

Latar cerita mereka berbeza. Namun mereka punyai satu perkara yang sama. Demi kasih dan cinta, mereka sanggup berkorban apa saja.


Sebuah naskah yang genre yang sungguh berbeza..Berani sungguh penulis menulis watak yang pelbagai namun saling berkait dan tahniah kerana ada kesinambungan setiap watak… Pandai sungguh penulis membawa kita dari satu adegan ke adegan yang lain… Sofea yang terlanjur dan mengandungkan anak luar nikah. Tahniah kerana keluarga masih mengambil berat dan peduli…Satu iktibar yang perlu diambil… Namun ini lah natijah jika kita bebas laku dan tidak pentingkan halal haram.. Fandi dalam diam jatuh cinta pada si isteri… Namun naskah ini masih ada kekurangan dari segi pengulangan isi dan adegan fandi dan isteri…Kebanyakan watak dalam naskah ini dapat kuteka dengan tepat namun ada satu watak nabilah yang kusilap teka…hahaha….Kesian pada watak Shark kerana padaku Shark tidaklah sejahat mana..(kan dia dah insaf dan sayang pada si dia).. Keadaan masa silam yang membuatkan Shark memilih jalan hitam..Cerita yang menarik ini akan lebih menarik jika Fandi lebih pandai berterus terang tentang perasaannya.

 eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79674/romancinta

[SNEAK PEEK] ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP

9789670657981-medium
EBUKU ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP Oleh Yumi Hyra

CUACA yang sememangnya panas kurasakan semakin panas membahang apabila kedua-dua belah telinga ini terpaksa menadah amarah Puan Seri banyak songeh yang aku jumpa tadi. Adoi, pagi-pagi dah menambah dosa aku! Anak lelaki dia yang nak kahwin tu pun tak banyak bunyi, Puan Seri tu pulak yang tak boleh berhenti berbunyi. Kenapa baju ni besar sangatlah? Kenapa colour dull sangatlah? Kenapa ini dan kenapa itu?

“Kak Iman, kenapa muka merah sangat macam udang bakar ni?” tegur Maya sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam butik.

“Kena marah macam biasa. Dahlah, Maya. Nanti bertambah dosa akak mengata Puan Seri banyak songeh tu,” jawabku. Entah apa nama Puan Seri tu pun aku tak ingat! Yang aku ingat dia memang banyak cengkadak !

“Kak Iman, tadi mat salih hot tu datang lagi,” beritahu Maya.

“Mat salih mana pulak ni?” soalku sambil bergerak ke mini fridge untuk mencari air mineral sejuk.

“Ala, yang datang last week tu. Mat salih rambut brunette tu.”

“Amboi, sampai warna rambut pun ingat!” usikku dan Maya tergelak-gelak.

“Ian ke? Kenapa dengan dia?” soalku kembali.

“Dia cakap dia nak jumpa akak hari ni jugak. Time lunch.”

Aku sudah menepuk dahi. Terlupa yang hari ni berjanji dengan mat salih celup tu. Aku melirik jam tangan. Nasib baik baru pukul 11 pagi. Iman Amani ni memang cepat lupa. Sebab itulah semua benda kena tulis dalam planner. Kalau tidak pun, Maya yang menjadi planner versi live.

“Thanks, Maya.”

“Mister Ian tu siapa, kak?” soal Maya. Riak wajahnya penuh dengan tanda soal.

“Manusialah, takkan alien pulak,” jawab aku sambil ketawa.

“Tahulah kak. He’s too hot to be an alien.”

“Amboi!” Aku menampar bahu Maya.

“Bakal encik suami akak kut. Tapi jangan beritahu orang lain dulu tau.”

Maya terus senyap dengan mulut yang sedikit ternganga.

“Bakal suami kut? Buanglah ‘kut’ akak tu,” balas Maya. Aku sudah tersengih lawa.

“Wah… Untungnya! Bestnya! Akak dah nak kahwin! Dia berjuta-juta kali lagi better daripada Naim.” Maya sudah menjerit kegembiraan.

“Amboi, cara bercakap macam Maya dah lama kenal Ian daripada Naim,” usikku.

“First impression, kak. Macam orang putih cakap, first impression is always important!” jawab Maya sambil tersenyum.

JAM DI dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Aku masih terkial-kial mencari tempat parkir sedari tadi. Rasanya sudah banyak kali aku tawaf kawasan yang sama. Anak mataku cepat menangkap kereta Viva hitam yang baru sahaja bergerak keluar dari kotak parkir. Aku terus memberi signal ke kiri dan bersedia untuk masuk.

“Alamak! Parking space keciklah pulak!” omelku seorang diri.

Disebabkan angah membawa kereta Mini Cooper milik aku, aku terpaksa membawa Honda CRV angah. Alasan abang aku itu, dia tidak mahu bersusah payah mencari parkir di kawasan mahkamah. Bawa kereta kecil lebih senang. Memang pagi tadi aku menjerit apabila tengok Cik Mini dah tak ada dekat tempat biasa.

Aku menukar ke gear R lalu mengundurkan kereta untuk entah kali yang keberapa. Aku menggerakkan kereta masuk ke kotak parkir perlahan-lahan tetapi masih tidak berjaya. Bahagian kiri kereta masih tidak lepas.

Tok, tok, tok!

Aku terkejut mendengar bunyi tingkap sebelah pemandu diketuk dengan kuat. Dengan berhati-hati, aku menurunkan tingkap.

“Get out of the car. I will park it,” tutur Ian yang berkaca mata hitam.

Aku masih terkejut dan terpinga-pinga, tetapi tetap keluar dari kereta. Aku hanya memerhatikan Ian memarkirkan kereta angah dengan mudah. Siap buat reverse parking lagi! Dia ni memang sengaja nak menyindir aku ke apa? Heh, kalau dengan Ian, Iman Amani ni asyik ada monolog dalaman negatif sahaja.

“Why must you take ages to do the parking thingy? I couldn’t stand and watch it anymore,” balas Ian sambil menyerahkan kunci kereta angah.

“Thank you,” jawabku pendek. Malas mahu melayan benda remeh yang mungkin berpotensi untuk mencetuskan perang mulut.

Setelah berada di tempat yang di tuju, kami mengambil tempat duduk dan membuat pesanan makanan. Tengah hari buta begini, perutku terpaksa menelan makanan barat.Semuanya gara-gara mengikut selera mat salih celup di depan aku ni.

“So, please do the story telling. We need to settle them by today. I”ll be going back to England this Sunday. That is why I think it is better for us to settle any confusion, the sooner the better,” ucap Ian. Anak matanya merenungku tajam. Aku merenung garpu yang terletak di sebelah pinggan. Boleh tak aku guna garpu ni untuk korek biji mata mamat ni? Tengok orang macam nak telan!

Aku menarik nafas, membaca bismillah dan memulakan cerita dari awal. Aku cuba ringkaskan dan hanya bercerita apa yang perlu supaya mat salih celup ni tak kejar aku lagi.

“So, I am your replacement husband?” soal Ian.

“You can say that,” jawabku pendek.

“Your fiance broke the engagement just like that?” soal Ian lagi.

“Yes.”

Ian senyap seketika. Kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Why would you accept me, someone who you don’t even know as your husband?”

“I believe my parents will always decide the best thing for me. And I believe Allah knows best.”

Ian terdiam sebentar.

“And why do you accept your mother’s decision? I can see that you don’t really agree with it,” soalku pula.

“Yes, I totally don’t agree with it. I don’t even know you. But, I think it’s time for me to be a good son,” Jawab Ian.Kedengaran sarkastik. Dia ni dah kenapa pulak?

“A good son?”

“Since you told me that you believe your parents will always decide the best thing for you, so do I.”

“Although you don’t even agree with it? I think you are being ironic to yourself.”

Ian ketawa tetapi bunyinya sinis.

“You did the same thing actually.”

Aku memandang Ian yang wajahnya tenang dan tidak beriak.

“You’re accepting me because you don’t want the wedding to be cancelled. You don’t want other people talking bad about your parents. But deep inside your heart, you don’t want to marry a stranger like me. Am I right?”

Aku senyap, malas menjawab. Menjengkelkan betullah mamat ni! Agaknya bila kita orang dah kahwin nanti, mahunya berperang hari-hari dekat rumah sampai boleh terbang periuk belanga.

“I assume that I have cleared things out with you,” tuturku cuba menahan sabar dan mahu cepat-cepat angkat kaki daripada terus duduk di situ.

“Yes, thank you. But, I need to remind you something important,” balas Ian dan wajahku dipandang lama.

“Don’t put high expectations on this marriage. I can’t promise that it will have a fairy-tale like happy ending, I can’t guarantee you that. I can only leave everything to Allah. At least, for the moment,” tambah Ian.

Aku senyap dan terus merenung pinggan besar yang masih berbaki Spaghetti Carbonara.

“KORANG BERDUA jangan nak macam-macam cerita nanti,” pesanku kepada Firas dan Hafiy yang asyik tergelak-gelak dari tadi.

“Weh, dah berjuta kali aku dengar kau repeat line yang sama,” jawab Firas bersahaja. Ketiga-tiga teman baikku sudah lama sampai di butik semata-mata untuk bertemu dengan Ian.

“Tak kesahlah berapa juta kali pun. Sebab korang berdua ni bukannya boleh percaya sangat. Kalau aku pun korang boleh buli sesuka hati, ini kan pulak orang lain,” sindirku. Firas sudah ketawa. Memang mamat ni pembuli nombor satu aku sewaktu di Cardiff dulu. Cuma yang lawaknya, kami masih berkawan baik sehingga sekarang.

“Eleh, sayang jugak kau dekat bakal husband express kau tu, ya,” usik Hafiy pula. Ni lagi seorang. Kalau ada Firas dengan Hafiy, memang menjadi. Seorang tukang buat lawak antarabangsa, seorang lagi tukang gelak.

“Nanti bila kau kahwin, aku tak nak sponsor bunga telur,” ugutku kepada Hafiy.

“Dia selalu ugut aku macam tu. Dah lali dah,” sampuk Firas selamba.

“Isy, korang ni! Behavelah sikit. Macam budak-budak,” tegur Auni.

“Yalah, mak budak,” usik Firas.

“Amani,” panggil satu suara.

Keadaan yang riuh sebentar tadi bertukar menjadi senyap. Empat kepala sudah berpusing ke arah tuan punya suara.

“Hari tu kau cakap kau nak kahwin dengan anak kawan mak kau, kan?” bisik Auni dengan anak matanya masih digam ke arah Ian yang masih berdiri.

“Betullah tu,” jawabku, berbisik juga.

“Kau kelentong aku, eh? Ni mat salih mana kau rembat ni?”

“Ya Allah, memang anak kawan mama aku. Mama aku rembat dari England.”

Auni sudah membulatkan sepasang matanya yang kecil itu.

“Hah? Kau ni cakap macam roller-coasterla. Pusing sana, pusing sini,” balas Auni dengan dahi yang berkedut seribu.

“Siapa suruh kau naik roller-coaster? Ni anak kawan mama aku. Ayah dia British tapi mak dia memang Melayu macam kita. Puas hati?”

Auni tersengih. Firas dan Hafiy mula berbual dengan Ian.

“Ian, these are my best friends since my first year at Cardiff,” ucapku mula memperkenalkan seorang demi seorang kawanku kepada Ian.

“Pandai mama kau rembat mat salih ni dari England. Hot kut!” Komen Auni.

“Eh, kau jangan cakap kuat-kuat. Ian tu faham aje Malay walaupun dia tak berapa boleh nak cakap,” pesanku.

“La… Ya ke?Awat hang tak habaq awai-awai?”

Aku terus ketawa.

“Sebab tu aku suka mengutuk dia guna bahasa Melayu pasar. Susah sikit dia nak faham.”

“Eh, kau ni! Aku ingat korang memang dah jadi pasangan serasi.’’

“Serasi? Kau tak tahu betapa annoyingnya mamat ni. Kau jangan terpedaya dengan appearance luaran dia yang nampak macam innocent tu,” balasku lalu menjeling ke arah Ian yang kelihatan selesa berbual dengan Firas dan Hafiy yang sememangnya peramah dengan sesiapa sahaja.

“Amani, Firas told me that you are a pro computer game player during your uni life,” balas Ian dan sepasang anak mata itu sudah beralih ke arahku pula.

Ah, sudah! Siapa pulak yang gatal mulut buka hikayat Iman Amani ni? Aku terus memandang ke arah Firas. Seperti biasa, dia hanya tersengih.

“I’m not that pro. He is just making up stories,” jawabku sambil sempat menjeling ke arah Firas.

“What else do I need to know about my wife-to-be?” soal Ian kepada Firas. Aku cepat-cepat memandang ke arah Firas sambil menggeleng walaupun aku tahu Firas takkan mendengar kata.

“She is a lovely person but…” Tutur bicara Firas terhenti seketika lalu memandang ke arahku sambil tersengih.

“She is a cry baby and garang. Angry Bird pun tak boleh lawan,” usik Firas.

“Firas!”

“So be prepared because she learnt martial arts before.”

“Kau memang nak kena, kan!” Kusyen kecil yang berada di atas riba kubaling ke arah Firas. Erk, bukan kena muka Firas tapi kena muka Ian. Alamak!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79666/encik-suami-mat-salih-celup