REVIEW HIDUP PENUH ERTI: CERITA DARI HATI

9789674112400-medium
HIDUP PENUH ERTI: CERITA DARI HATI OLEH HILAL ASYRAF DAN AIMAN AZLAN

Buku motivasi yang bertajuk Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati adalah sebuah buku gabungan Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Mereka berdua berkongsi pelbagai isu yang mencuit daripada pelbagai topik yang menjalar dalam kehidupan kita, dengan harapan supaya di celah-celah penyampaian buku ini, dapat kita mengenali diri sendiri. Identiti kita yang sebenar adalah kita merupakan hamba Allah s.w.t. Itu identiti kita. Segala pergantungan kita adalah kepada-Nya, segala tindak-tanduk, dan perlakuan kita adalah kerana-Nya.

Semoga cerita-cerita hidup kita nanti, kala ditayangkan di akhirat kelak, merupakan cerita-cerita yang indah, dan menjadi punca untuk Dia merahmati kita, seterusnya memberikan kita tempat di syurga-Nya. Semoga Allah s.w.t. meredhai kita semua. Insya Allah.


Alhamdulillah. Berguna kepada admin sepanjang bulan Ramadhan ni.

Sebuah buku yang mampu membuatkan anda terfikir. Bagi admin buku ni nice sebab mungkin admin dah lama tak baca buku motivasi hati, maka hati admin pun tertarik untuk review buku ini. Alhamdulillah. Pengisian yang sungguh mengagumkan dan mematangkan jiwa.

Buku ini mengkompilasikan kisah-kisah inspirasi garapan dua orang pemuda yang tidak asing lagi iaitu Tuan Hilal Asyraf dan Tuan Aiman Azlan. Cerita-cerita yang disampaikan sangat mudah difahami, simple dan memukau rasa. Sungguh memotivasikan. Selain mendapat tarbiyah langsung, ada juga kisah pengalaman mereka hidup di IPT.

Sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang sentiasa dahagakan motivasi hati. 🙂

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/18751/hidup-penuh-erti-cerita-dari-hati

 

[SNEAK PEEK] HIDANGAN LENGKAP SEHARI: SELASA

9789674111632-medium
EBUKU HIDANGAN LENGKAP SEHARI: SELASA Oleh Chef Hussin Khan

Resipi: Skewer Udang, Sotong & Ikan

Bahan A

  • 8 udang sederhana besar (dibelah tengah)      Screenshot_2016-06-07-15-48-50
  •  e ekor sotong (dipotong kecil)
  • 1 filet ikan (potong kiub)
  • 10 kiub nenas
  • 1 biji capsicum (potong kecil)
  • 8 cendawan butang
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • Garam dan serbuk lada putih
  • Minyak
  • Lidi

Bahan B (Sos BBQ)

  • 3 ulas bawang putih dicencang halus
  • 1 labu bawang besar cencang kasar
  • 1 biji capsicum
  • 4 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

Cara- cara memasak ye akak2 semua…

Skewer

  1. Perap semua hidupan laut yang akk guna dengan serbuk cili, garam, dan lada putih
  2. Lepas perap semua tu, cucuk bahan2 tersebut dengan lidi. Add on juga capsicum, nenas, dan cendawan mengikut perut masing2.
  3. Bakar/ panggang skewer tadi hingga masak

Sos

  1. Tumis bawang, capsicum semua bersama.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, lada putih. Gaul sebati dan campurkan sedikit air
  3. Hidangkan skewer tadi bersama sos dan hias mengikut citarasa masing2.

Haha.. Senangkan.. Simple je.. Selamat mencuba readers!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/14376/hidangan-lengkap-sehari-selasa