[SNEAK PEEK] MUTIARA MILIK EDWARDS

Mutiara Milik Edwards oleh Anis Ashikali

Tak mahu berputus asa, bergegas Mutiara berlari dalam cubaan untuk menyaingi langkah lelaki ini sekali lagi. Namun, malang baginya apabila Ray lebih pantas menangkap tubuhnya. Dia dikendong ke atas bahu lelaki itu, lalu tubuhnya dihempaskan dengan kuat ke atas katil

Berpinar juga matanya dengan kesan hentakan itu. Dalam sekelip mata, Mutiara dengar bunyi pintu ditutup, kemudian dikunci dari luar. Bersama kepala yang pening-pening lalat, dia bangun, dan berlari ke arah pintu yang tertutup rapat.

“Ray!!!” jerit Mutiara kuat dari dalam bilik. Tangannya menepuk-nepuk daun pintu itu dengan kuat.

“Ray!!! Bukak pintu ni! Ray!!!” laung Mutiara lagi. Tak henti-henti dia menghentak daun pintu itu. Berharap agar Ray akan segera membukanya.

“It’s the only way to tame a wild girl like you!” bergema suara Ray dari luar pintu.

Mutiara melorot jatuh ke bawah. Bala apa yang sedang menimpanya pagi ini? Kenapa Ray buat dia begini? Memikirkan tiada siapa tahu akan lokasinya di sini, buatkan dada Mutiara dihimpit rasa cemas yang mendadak. Dan, mengingatkan telefon bimbitnya yang dah dirampas oleh Ray tadi, jadikan dia lebih panik.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/352035