[SNEAK PEEK] LOVE, SUGA

Love, Suga Oleh Najwa Rahman

 

Dian membelek buku notanya, mencari nota-nota yang ditulisnya di dalam kelas hari ni. Dalam dia asyik membelek-belek buku notanya, dia tidak sedar ada sehelai kertas kecil yang terkeluar dari buku notanya.

“Dian, nota hang jatuh tu.”

Teguran rakan sebiliknya menghentikan pergerakan tangan Dian. Helaian kertas itu diambil lalu isinya dibaca. Wajahnya berubah riak!

‘Smile! You look better with it, Dian!’

Love, Suga

“Awat hang?” Bahu Dian ditolak perlahan.

“Mira, aku dapat nota misteri sejak akhir-akhir ni.”

“Nota misteri? Amboi…”

“Ni salah satunya.” Nota kecil yang dibaca tadi dihulurkan kepada Mira.

Love, Suga? Suga? Gula ka?” Mira kerutkan dahinya sikit. Hmmm

“Itulah masalahnya. Aku tak tahu siapa Suga ni.”

Secret admirer hang la noh dia ni.”

“Entahlah!” Dian jungkit bahu.

“Amanda tak kenai ka sapa Suga ni? Dia kan rapat jugak dengan budak-budak kelaih hangpa.”

“Dia tak kenal. Dia yang jumpa nota ni dulu. Dia tanya aku balik, siapa Suga.”

Mira jungkit kening sikit, “Trylah siasat, wei!”

“Siasat? Nak siasat macam mana?”

Mira ukir sengih. “Mula-mula kita senaraikan nama budak-budak lelaki dalam kelaih hang.”

Dian garu kening. “Tapi aku tak kenal semua budak lelaki kelas aku. Aku kenal dua tiga orang je.”

“Amanda mesti kenai. Mana dia pi?”

“Dia mandi.”

“Tak apa. Hang tulis dulu nama hat yang hang kenai. Hat lain-lain, kita tanya Amanda sat lagi.”

Dian mengangguk sebelum sehelai kertas kajang dicapai. Pen biru di tangannya diputar-putar sebelum tangannya menulis nama budak lelaki kelasnya.

1. Jai

2. Hantu Galah

3. Redza

4. …

JAI yang baru selesai ber-Whatsapp dengan Amanda mengetuk dagunya, seperti memikirkan sesuatu. Tak berapa lama selepas itu, dia keluar dari biliknya dan terus berjalan menghampiri Firas yang menaip di komputer ribanya, “Wei, Firas! Tengah buat apa?”

“Tak nampak aku tengah goreng mee ni?” Sarkastik Firas membalas, “Kau nak sepinggan ke?”

“Cis, sinis!” Cemuh Jai sebelum dia duduk di sebelah Firas, “Wei…”

“Apa?”

“Tak ada apalah.”

Firas kerutkan dahi sikit sebelum dia buat tak peduli. Lantak kaulah, Ajai…

Suasana hening seketika, sebelum…

“Firas…”

Firas yang sedang membuat tugasan panggung kepala memandang Jai, “Kenapa Jai?”

“Budak kelas kita kan…”

Firas mengangguk sebelum dia kembali menghadap komputer ribanya, “Hah, kenapa?”

“Kau kenal Suga?”

Firas diam sekejap sebelum dia angkat wajah. “Kau ni, soalan pusing-pusing. Apa kaitan budak kelas kita dengan aku kenal Suga? Tak faham aku.”

“Tak, aku nak tanya ada tak budak lelaki kelas kita yang nama panggilan dia Suga?” Tanya Jai sebelum dia ketawa. Dia pun pening dengan soalan sendiri.

Firas jungkit bahu, “Entah! Kenapa?”

“Amanda cerita, Dian ada dapat nota misteri dari someone. Nama dia Suga. Dia minta aku siasat.”

Firas mengangguk saja, “Habis kau tanya aku kenapa?”

“Manalah tahu kut kut kau kenal siapa Suga tu.”

Firas tersenyum sedikit sebelum kembali mengadap tugasannya. “Budak kelas lain kot.”

“Taklah. Aku dengan Amanda syak budak kelas kita.”

Firas angguk saja. “Kau pergilah tanya budak-budak kelas kita.”

Jai angguk sebelum dia duduk di sebelah Firas, “Wei!”

“Apa?”

“Aku syak kan…” Jai pandang Firas sebelum dia ukir sengih jahat.

“Syak apa?” Tanya Firas sebelum dia menghirup nescafe suam yang dibancuhnya tadi.

“Suga tu kau sebenarnya!”

Uhuk!

Firas terus tersedak manakala Jai ketawa besar! Baru cakap gitu dah tersedak! Amanda, aku dah ada satu calon Suga. Muhammad Firas!

FIRAS yang sedang duduk berbual dengan Redza di belakang kelas berpaling ke depan apabila terasa dirinya seperti sedang diperhatikan.

Dia memerhatikan keadaan sekeliling sebelum dia menggosok belakang lehernya. Tak ada sesiapa yang sedang memandang dia tapi… kenapa dia terasa seperti sedang diperhatikan?

“Kau kenapa?” 

Tolakkan di bahunya buat dia tersentak sebelum dia memandang Redza, “Tak… tak ada apa-apa.”

“Jai mana? Tak datang sekali ke korang?”

“Ada je, tapi tadi dia jumpa dengan Amanda. Entah kenapa. Adalah tu…”

Redza mengangguk sebelum dia ukir senyum apabila tempat duduk di depannya diduduki seorang gadis, “Hai, Mia…”

Gadis bernama Mia itu berpaling ke belakang, “Hai Red! Hai Firas!”

Firas yang dengar namanya diseru sehera mengukir senyuman. “Hai, Mia. Awal you hari ni…”

“Perli I, ye?” Mia buat muka masam sebelum kembali ukir senyum.

Dari jauh, Dian buat muka. Uwekkkk!!! Menggeletis! Gedik! Macam sotong hidup kena salai! Uwekkk!!!

“Dian, kau kenapa?”

Dian laju berpaling ke depan apabila namanya disebut. “Eh… tak ada apa-apa.”

“Kau jealous ye tengok Mia tu mesra-mesra dengan Hantu Galah kesayangan kau tu…”

Jealous? Tolonglah, Laila! Tak kuasa aku nak jealous!” Ujar Dian sambil ketawa.

“Tapi kan Dian… aku sedar tau, semester ni nampak ketara benar si Firas tu usik kau.” Alis yang berada di sebelah Laila, bersuara.

“Aku pun sedar, Dian!” Hani pun mengangguk setuju.

“Mana adalah, wei! Dia usik aku sebab dia tak puas hati lagi pasal kes aku panggil dia Hantu Galah tu.”

“Iya ke? Mana kau tau?” Laila jungkit kening.

“I just know, Laila.”

You never know, Dian. Entah-entah dia tu suka kau!” Ujar Hani kemudiannya.

Dian cuma ketawa. Hantu Galah tu sukakan aku? Kalau kepala dia kena baling dengan bola pun, belum tentu dia suka aku…

“WEI, Gemok!”

Dian yang sedang mengambil gula-gula dari balang plastik di kedai runcit buat muka. Dia ni lagi! Tak ada orang lain ke dalam universiti ni, hah?

“Wei, Gemok! Aku panggil kau ni!”

“Kau kenapa, hah?” Separuh geram, Dian bersuara sebaik saja dia berpaling ke belakang.

Firas yang berdiri tersengih, “Kau mengaku jugak ek kau Gemok?”

“Urghh! You are such an annoying guy, Hantu Galah!”

Annoying, huh? Tapi mamat annoying nilah kau ushar dalam kelas tadi.” Firas senyum jahat. Dia ingat aku tak nampak?

“Motif aku nak ushar kau?” Dian buat muka. 

“Motif? Sebab kau suka aku…” Firas meleretkan suara sebelum wajahnya didekatkan dengan wajah Dian, “Kan?”

“Suka kau? Bagitahu kenapa aku nak suka dekat lelaki yang panggil aku Gemok?”

Firas ketawa, “Simple. Because I’m handsome and Gemok is such a manja nickname, kan?”

“I don’t even know why I’m talking to you! Urghh!” Dian merengus sebelum dia berlalu ke kaunter. Dia mahu cepat-cepat beredar dari kedai itu. Satu, dia malu kerana ramai sedang memerhatikan dia dan Hantu Galah bergaduh. Dua, dia rasa sikit lagi penumbuknya nak naik ke wajah si Hantu Galah itu!

Usai urusannya di kaunter, dia berpaling namun dia tersentak apabila Firas berdiri rapat benar dengan dirinya.

“Aku rasa betullah kau suka aku, Gemok sebab aku tau kau jealous tengok aku bersembang dengan Mia dalam kelas tadi, kan?” Separuh berbisik Firas bersuara.

Tak menunggu lama, Dian laju menghayun kakinya kepada kaki Firas. 
Pak!

Wajah Firas berubah. Dahinya berkerut! Ouch!

Dian tersenyum, “Sekali lagi kau panggil aku, Gemok… bukan setakat kaki kau aku sepak, Hantu Galah!”

Firas menggigit bibirnya. Dia nak balas kata-kata Dian tapi sakit di kakinya mematikan suaranya. Mak oii… sakit!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/278021/LOVE-SUGA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *