[SNEAK PEEK] JEEWA FIRUS HATEE KESUMBA

Jeewa Firus Hatee Kesumba Oleh Izatul Husna

Lelaki itu mendepakan kedua-dua belah tangannya melindungi kau. Kekuda kakinya tidak begitu stabil. Kau tergamam.

“Jangan banyak bercakap. Darah kau banyak keluar. Macam air keluar dari kepala paip. Bwerk! ”

Muntah darah mengakhiri kata-kata lelaki itu.

Kau memejamkan mata seketika. Bodoh dan lelaki itu berpisah tiada. Seperti ditakdirkan untuk bersama. Selamanya. Kau mengelap sisa darah yang keluar dari mulut kau. Habis hilang maco kau.

Tangan lelaki itu menolak bahu kau keluar dari mata pisau. Sekejap. Apa yang lelaki itu nak buat?

“Darah gasar alah dengan firus, kan?”

Firus? Apa benda lelaki ini cuba cakap ini? Kenapa otak kau rasa lambat tangkap?

Kata-kata fakta atau jenaka? Ah!

Sakit gila! Argh!!!

Kau melutut menahan luka yang terbit di belakang badan kau. Apa benda semua ini? Kenapa rasa sakit ini bukan kepalang!

Nafas kau semakin tercungap-cungap. Kau melihat tangan kau yang menyentuh luka belakang badan. Pekat. Kau nak mati dah ke?

“J, rawat luka kau cepat!” arah EPA.

Oh, Encik Parasit Abadi rupa-rupanya. Datang selamatkan kau. Macam wira. Kini, EPA sedang bertarung dengan Catur. Lawan catur kot. Apa-apa jelah!

Kepala ditundukkan sedikit. Jarang kau sakit macam nak putus nyawa. Ini kali pertama kau rasa sakit akibat ditikam dari belakang. Cepat-cepat kau keluarlan tabung cecair yang kau simpan dalam poket uniform.

Cecair tampal luka. Ciptaan Kia. Kenapa bagi dalam bentuk cecair! Bagilah dalam bentuk pil ke pelekat ke. Menyusahkan!

Kena sapu ke apa? Pedih woi! Rasa macam terbakar! Argh!!!

Glup!

Terbelalak mata EPA melihat tindakan kau. Kau telan apa itu? Habislah. Kau mengesat sisa ubat yang terpalit pada bibir dengan hujung jari.

“J, ubat tu untuk disapu!” pekik EPA dari jauh.

Catur kian menyepak perut EPA berlanjutan. Namun, EPA tidak mengaduh kesakitan. Mungkin sakit lagi otaknya tengok kebodohan semula jadi kau.

Ubat patut disapu tapi kau pergi minum macam teguk air kosong. Apa boleh buat?

Asalkan masuk dalam badan. Kan?

Degup!

Kepala kau mulai pening. Terasa berat ya amat. Rasa macam ada batu hempap atas kepala kau. Kau tak mampu duduk bersila mahupun bersimpuh. Perlahan-lahan kau mengengsot di atas lantai bangunan itu.

Mata kau samar-samar melihat kelibat seseorang datang menghampiri kau. EPA ke? Macam bukan. Catur? Lagi sekali. Siapa Catur sebenarnya?

Kenapa Catur nak rampas Firus daripada kau? Apa salah kau? Sekejap.

Kenapa mata kau tengok EPA dan Catur saling berpelukan? Macam kawan yang dah lama terpisah. Kawan?

‘EPA, aku dekat sini. T-tolong aku …’

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349062

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *