[SNEAK PEEK] 77 Resipi Bakar & Kukus

77 Resipi Bakar & Kukus oleh Chef Hanieliza

Untuk buku kali ini, Chef Hanieliza menyajikan hidangan yang dimasak dengan cara membakar dan mengukus, cara memasak yang lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak yang banyak. Pada era yang mana kesedaran tentang kesihatan meningkat, cara penyediaan makanan juga turut berubah. Namun ada yang berkata, masakan yang dibakar ataupun dikukus tidak seenak yang digoreng ataupun ditumis. Ini adalah tidak benar. Dengan resipi dan panduan memasak yang betul, kita boleh menjamukan hidangan bakar dan kukus yang sedap sehingga menjilat jari. Chef Hanieliza berharap supaya buku ini dapat membantu pembaca semua merealisasikan impian memasak secara sihat.


Ayam Bakar Lemon

Masa Penyediaan: 20 minit | Masa Memasak: 30 minit | Hidangan: 2 orang

Bahan-Bahan

2 keping paha ayam (Seluruh bahagian)
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan rempah lemon-pepper
1 sudu makan parutan kulit lemon
1 sudu makan kicap seasoning
1 sudu makan lada hitam kisar
1 sudu makan chili flakes
1 sudu makan madu
3 ulas bawang putih
1/2 cawan daun ketumbar (Dicencang)
Garam secukup rasa

Cara Membuat

  • Bersihkan paha ayam dan kelarkan.
    – Masukkan ayam dan semua bahan ke dalam mangkuk.
    – Gaul sebati dan perapkan selama 1 jam.
    – Masukkan ke dalam loyang pembakar.
    – Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180ºC dengan api atas dan bawah selama 30 minit.
    – Sedia untuk dihidangkan.

Ikan Percik Putih

Masa Penyediaan: 30 minit | Masa Memasak: 25 minit | Hidangan: 2 orang

Bahan A

2 ekor ikan selar (Saiz besar)
2 ulas bawang putih { dikisar
2 biji bawang merah { dikisar
½ inci halia { dikisar
Garam secukup rasa

Bahan B (Kuah)

1 cawan santan pekat
4 biji bawang merah { dikisar
2 ulas bawang putih { dikisar
2 batang serai { dikisar
1 keping asam gelugur

Cara Membuat

  • Bersihkan ikan dan kelar.
    – Gaulkan bahan A yang dikisar dengan garam.
    – Ratakan pada ikan dan perapkan selama 30 minit.
    – Masukkan semua bahan B dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih dan pekat.
    – Bakar ikan di dalam kuali non-stick sambil ratakan kuah ke atas ikan.
    – Masakkan sehingga agak garing.
    – Sedia untuk dihidangkan.

Nak resipi lagi? dapatkan ebook di :

https://www.e-sentral.com/book/info/332415/77-Resipi-Bakar-Kukus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *