[REVIEW] Selagi Jantung Berdegup

Selagi Jantung Berdegup oleh Widuri

SERAM sejuk Isyqi rasakan. Aneh apabila ada orang lain di dalam biliknya. Dia terlalu malu dan segan. Selepas mandi dan bersolat isyak, dia pakai baju tidur lengan panjang. Pakai tudung. Dia tahu Affan sudah sah sebagai suami. Halal auratnya didedah kepada Affan. Tetapi dia malu. Affan masuk ke dalam bilik. Isyqi rasa berdebar dan takut. Apa akan berlaku nanti? “Wanginya kau. Ingat aku akan tergoda ke?” Affan mencebik. Seperti pedang menghunus, pedih dan ngilu mendengar kata-kata Affan. Malam pertama sebagai suami isteri, dirasakan bagai berada di pintu neraka. “Aku tak pernah terima pernikahan ni. Semua sebab terpaksa. Aku rasa kau pun tahu. Yang salah, yang bodoh kaulah sebab terima juga aku sebagai suami. Aku dah suruh jangan terima. Suruh bagitau baba kau yang kau tak nak. Tapi apa kau dah buat?” Isyqi diam. Sebelum bernikah pun, Affan nyatakan perkara yang sama. Suruh Isyqi menolak sedangkan dia sendiri pun angguk akur pada ayah dan ummi. “Aku tak akan suka pada kau. Tak hingin nak anggap kau sebagai isteri aku.” Isyqi sebak. Air mata merembes di pipi. Bahagia yang diimpi menjadi igauan semata. Suami budiman yang diimpi tidak akan dimiliki. Affan ambil beg pakaian di tepi katil. Keluarkan tuala, baju dan seluar. Kemudian masuk ke dalam bilik air. Isyqi hanya memandang kosong. Air mata masih basah di pipi. Affan keluar lengkap dengan pakaian. Tuala yang basah dibaling pada muka Isyqi. Isyqi pejam mata. Menahan sabar. Affan capai bantal dan tidur di lantai atas karpet. Isyqi terkebil-kebil sehingga azan subuh berkumandang. Hari kedua sebagai isteri sudah menjelma. *** Isyqi kemaskan meja makan. Affan duduk di sofa melayan telefon. Ralit sangat macam hendak masuk di dalam telefon saja. Isyqi malas nak melayan. Biarlah. Muka Affan pun masam dan marah setiap kali mereka berpandangan. “Ada nak apa-apa ke?” Isyqi bertanya. “Bosan. Aku tak tahu nak buat apa.” “Awak pergilah ke mana-mana pun.” “Apa kata ayah, ummi, baba kau, kalau aku keluar?” “Takkan kata apa-apa pun. Pergi sajalah.” “Mana ada pengantin baru yang keluar sendiri?” “Takde ke?” Sakit hati Affan dengan pertanyaan Isyqi. Nampak sangat sindir dia. “Jadi saja diri sendiri.


Tak perlu nak berlakon sangat,” perli Isyqi. Affan besarkan matanya. “Boleh tahan juga kau ni menyindir aku. Nampak lembut sangat, tapi…” Isyqi jongket bahu. “Kenapa kau pun tak nak kahwin dengan aku? Kau ada kekasih?” soal Affan. Isyqi geleng laju. Mukanya berkerut. “Perempuan macam kau, luarannya macam sopan, baik budi. Tapi aku kenal sangat jenis macam kau ni. Mesti kau pun ada kekasih, kan?” “Tak ada.” “Eleh. Tak payah nak tunjuk baik sangat.” “Tak nak percaya sudah. Tak paksa pun.” Bersahaja Isyqi. “Okey. Kalau macam tu beritahu kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?” Affan ajak main teka silangkata pula. “Sebab saya pernah nampak awak dengan perempuan yang berlainan. Awak ni jenis lelaki tukar perempuan macam tukar baju.” Berubah muka Affan. “Kau nampak bila? Di mana?” “Bandar ni bukan besar mana pun. Kita pun bukan berada di negeri berbeza. Masih dalam daerah yang sama.” “Jadi sahlah kau memang bodoh. Dah tahu aku macam tu, nak juga kahwin dengan aku.” Isyqi diam. Barangkali benar dia bodoh. Tetapi dia langsung tidak ada kekuatan hendak menolak kehendak baba. Ayah Haji dan Mak Haji pun sangat suka dengannya. “Jadi, kalau apa-apa jadi lepas ni, jangan menyesal. Inilah akibat kebodohan diri kau sendiri.” Pedas sekali kata-kata Affan. “Saya percaya dan terima pilihan baba.” “Eiii, ayat buku sangat kau ni. Jangan berharap sangat pada aku.” Hati Isyqi remuk. Kalau bukan berharap dan bersandar pada suami sendiri, nak berharap dan bersandar pada siapa lagi? “Aku nak keluar. Rasa semak dan sesak kepala otak aku ni berdua dengan kau.” Isyqi hanya tengok Affan berlalu. Hatinya rasa kosong. Hendak menangis tetapi tidak mampu.isyqi dijodohkan dengan affan. mereka tidak rela cuma kerana tidak mahu mengecewakan ibu bapa masing-masing, mereka berdua akur dengan jodoh.
sungguhpun begitu, hanya isyqi menerima dengan redha. affan sebaliknya. di hadapan ummi dan ayah, dialah suami yang paling romantis tapi di belakang, di’aku kau’ saja dengan isyqi.
zalim sebenarnya. dia mendera emosi isyqi yang sebenar tidak mahu berbohong dengan keluarga.
sarima tahu rahsia mereka. adik affan itu tahu tanpa sengaja. tapi dia juga diugut oleh affan supaya senyap. affan sendiri yang mahu memberitahu ummi dan ayahnya.
affan diserang strok. sehari sebelum dia mahu menceraikan isyqi. isyqi dengan rela hati menjaga suaminya. di situ timbul sayang affan terhadap isterinya.
sesuatu berlaku. sesuatu yang buat affan ada masa hilang kawalan diri. isyqi terpaksa menerima segala tindak tanduk affan. emosi affan hanya berada dihujung tanduk. bila-bila masa sahaja boleh lebur. kasihan isyqi yang terpalsa kuat bertahan.
deliya dan zeeta mengambil kesempatan. bagaimana rumah tangga mereka menerima musibah dan gangguan insan lain?
isteri cerminan suami. suami pelengkap isteri. masing-masing saling memerlukan. jadi yang utama, perlu ada persefahaman, tolak ansur dan keikhlasan.

Pada Isyqi Emalin, menjadi isteri kepada lelaki yang pernah dia suka secara diam-diam, tidak indah langsung. Affan, suaminya si muka ketat yang ada bakat lakonan nombor satu. Depan ummi, ayah, Affan taut erat tangannya. Romantisnya bagai lori gula terbalik. Boleh kena kencing manis! Belakang ummi, ayah, kemarahan Affan boleh buat Isyqi dapat darah tinggi!
Tragedi jahanam meranap keharmonian mereka.
Sebagai suami, mana mungkin Affan dapat terima apa yang berlaku. Pencerobohan itu jadi trauma yang memanggang hati seorang suami.
Apatah lagi hasilnya depan mata. Sungguh Affan tidak kuat. Sedang Isyqi, sampai satu saat, perlu memilih antara dua. Tidak sanggup lagi hidup dengan suami yang setiap detik waktu, mengungkit warna kelabu yang tidak pernah dipintanya.
Sekiranya ini yang terbaik, demi maruah diri, biar saja kuundur diri – Isyqi
Sampai bila-bila, sampai mati, abang hanya mahukan sayang di sisi abang – Affan.
Realti hidup bukan macam cerita khayalan. Tangis dan tawa syaratnya. Rencahnya duka dan air mata. Yang diperlukan adalah kepercayaan tanpa sempadan. Sebaik-baik teman kepada suami, adalah isterinya sendiri.
ISYQI genggam erat tangan sendiri. Angin di luar sangat dingin. Sedingin hatinya saat ini. Dada rasa mahu pecah tatkala Affan datang melabuh duduk di depannya, di laman rumah.
“Hmm…” Affan berdeham menyatakan kehadirannya.
Isyqi angkat muka. Bertatapan dengan Affan. Lelaki itu pamerkan senyum sinis yang mengejek.
“Kau nak kahwin dengan aku?” terus Affan bertanya.
Tersentak Isyqi. Soalan yang jelas buatkan Isyqi rasa terhina dan dipersenda. Membahasakan diri ‘aku’, sangat tidak sopan. Jelas sekali yang Affan tidak setuju dengan pilihan orang tuanya. Bagaimana dia mahu jadi isteri kepada lelaki yang tidak menerima dirinya dengan seikhlas hati?
“Kalau tak nak, tolaklah cadangan ini. Beritahu orang tua awak yang awak tak nak, tak setuju,” kata Isyqi. Tegas.
“Kenapa aku yang kena buat? Kau tak nak, kaulah menolak.”
“Saya tak sanggup nak hampakan harapan baba saya. Sebab itulah saya terpaksa berada di sini malam ini.”
Affan mencebik. Menyampah. Wajah Isyqi direnungnya. Tak mekap tapi tak hodoh. Maknanya sangat cantik. Tapi, kenapalah pakai macam khemah? Baju besar, tudung besar.
“Aku dah tolak. Tapi, ummi, ayah aku berkenan sangat pada kau.”
“Sama macam baba saya berkenan pada awak.”
Sebuah keluhan diluahkan.
“Apa kita nak buat? Takkanlah aku nak kahwin dengan perempuan macam bibik indon?”
“Sedapnya mulut awak bercakap ya.” Isyqi sengih. Boleh tahan mulut Affan mengutuk.
“Kau nak ke kahwin dengan aku?”
Isyqi menggeleng.
“Dah tu, beritahulah baba kau.”
“Awak pun tak nak, kan? Beritahulah ummi, ayah awak.”
Untuk lebih Lagi boleh dapatkan di

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *