Ulasan buku: Saranghae Sayang

Saranghae Sayang_Cover

Rena merupakan seorang remaja yang terpengaruh dengan arus Korean Wave yang sedang melanda dunia.  Dia tidak pernah kisah akan orang disekelilingnya kerana dia hidup dalam dunia imaginasi ala drama Koreanya.  Hanya kawan baiknya, Zahra yang memahami sikap gila-gilanya.

Segalanya berubah setelah dia jatuh hati pada Aidi, seniornya yang dirasakan seiras dengan  artis Korea kegemarannya. Lalu bermulalah kehidupannya sebagai seorang ‘secret admirer’ dan Rena sanggup melakukan apa sahaja untuk menambat hati Aidi.

Namun di hati Aidi cuma ada Liya yang hanya menganggap Aidi sebagai seorang kawan baik. Aidi pasrah.

Konflik mula melanda apabila hati mula berubah. Rena cuba berlaku jujur dengan Aidi namun keadaan tidak memihak kepadanya. Dia dipersalahkan atas segala yang berlaku. Dalam diam Zahra rupanya menyimpan rahsia yang tidak disangka. Dan kemudian, sekali lagi Zahra menjadi penyelamat keadaan.

Unsur pengaruh KPOP yang merupakan salah satu masalah sosial remaja diterapkan supaya menjadi pengajaran kepada pembaca. Saranghae Sayang juga menerapkan nilai-nilai persahabatan dan keihlasan serta ketelusan dalam berkawan.

Penulis Geng Arnab Paranoid juga mempunyai beberapa buku berkisar kehidupan remaja seperti: Asrama Kiki, Gaduh! dan Lofa.

Penulis: Geng Arnab Paranoid

Penerbit: KarnaDya Solutions

Imprint: Readoactive

Url: http://www.e-sentral.com/search/byid/14639