[REVIEW] Mine Meena

Mine Meena oleh Hash Aulia

Hadee Zulkarnain.

Lelaki tenang, menyimpan sejuta rahsia. Positif terhadap sebuah perkahwinan pilihan keluarga. Bagi Hadee, tiada istilah kahwin paksa setelah akad terlafaz. Katanya, daripada kita ignore each other disebabkan tiada cinta, lebih baik kita cuba bina keluarga atas dasar ‘halal’. Setahun, seorang baby. Kalau 2 tahun, dah dua orang baby.

Kau ingat aku kilang buat anak, Hadee? Atau aku mesin yang mana bila kau bagi arahan, aku terima tanpa membantah? Bagi Meena, sebelum melangkah jauh, serahkan segala-galanya, hati budi Hadee perlu dikhatam. Agar hidupnya tak menderita kelak.

“Sebelum I serahkan segala-galanya, mestilah ada sesi perkenalan sebulan dua. Bukan terus terjah je. Nak masuk rumah orang kena beri salam. So, I perlu tiga bulan untuk kenal you.” – Meena

“Nak masuk rumah orang, tinggal bagi salam je. Tuan rumah akan buka pintu. Nak terjah you, I kena sentuh je. Bagi hint sikit. Takkan you tak nak buka pintu tetamu nak masuk? Tak pernah orang halau tetamu.” – Hadee

Nakalnya Hadee, degilnya dia dalam mengambil hati, buat Meena terpaut dalam diam. Mulut kata perlu masa, tapi hati dah diserah tanpa sedar. Bila bahagia mula mengetuk pintu rumahtangga mereka, dosa semalam menghancurkan segala-galanya. Cinta yang baru berputik, layu sekelip mata.

“I tak sangka, you manusia bertopengkan syaitan. Tak ada hati perut. Lelaki yang tak layak bergelar lelaki.” – Meena.

“Bukan kerja you untuk menghitung dosa pahala I, Meena. I ada dosa, you ada dosa. Kita manusia tak pernah terlepas daripada dosa. Jangan menghukum.” – Hadee.

“Seorang bapa, tak akan sesekali mengabaikan anaknya. Seorang lelaki, tak akan sesekali meranapkan hidup seorang perempuan. Dan you, bukan lelaki mahupun bapa.” – Meena.

Perbuatan Hadee kali ni, tak mampu dia maafkan. Seluruh kepercayaan serta cinta, musnah ditelan dosa semalam. TAKDIR, DIA, dan HADEE…tanpa sedar telah memusnahkan CINTA.


Romantiknyaaa novel ni. Tu first tanggapan admin. Siapa dah baca tau lah romantik scene dia macam mana hahahaha. Hadee tak jemu dan tak segan memikat isteri sendiri. Seronok rasa baca. Siapa yang suka novel romantik bersemut, boleh dapatkan ebuku ni di e-sentral ya 😉

Admin suka dan faham gaya penulisan novelis. Untuk karya pertama dari novelis yang admin baca, admin puas hati sebab baca je dah best. Bagi admin part dugaan yang ada dalam novel ni taklah berat mana sampai rasa tak boleh baca. Admin suka part bahagia dan part deritanya juga. Kena dengan selera.

Macam-macam rasa timbul. Marah dengan Meena, marah dengan Hadee, marah dengan Fiqa, marah dengan Tok Mi. Sedih dengan nasib Hadee dan Meena. Admin dibawa naik roller-coaster perasaan yang tak menentu.

Terima kasih penulis untuk karya ni. Admin suka dan seronok baca.

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/343918

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *